Khamis, 5 Januari 2012

Titian Rasa

Terhenti langkah
menghela nafas panjang
memejam kerdipan mata
mendengar rentak degupan jantung

Hatiku semakin sayu
bilaku menyebut namaMU
disetiap pandangan
nyata wujud wajahMU

akukah dipersada ini
bersama sarung kelibatmu
bernada irama senja
berlabuh ditirai asmara

Huuuu
gejolak rasa menghempas jiwa
dimana aku dan dirimu
bergelora panas membara
namun panasnya menyejukkan

lantaran semilir silih berganti
menyata rahsia aku disini
pada insan dunia syurgawi
membakar pedih kebahagian

memilih terpilih dan dipilih
melara fana ku tak sedih
itu perjalanan aku yang rasa
biar aku tenggelam dalamnya

Aaaaaaaahhh
ku rasa Kau pun jua
meniti bahagia
tiada taraNYA...

Tiada ulasan: