Khamis, 5 Januari 2012

Pengorbanan

Pengorbanan

Pengorbanan
erti pengabadian diri
terhadap sesuatu
dengan keikhlasan
yg terbit dari sanubari
menyambut ia menjadi
lahiriah diri
terpancar dari segenap segi

pengorbanan
bukan hanya berkorban
harta benda
wang ringgit
masa dan tempat

bukan hanya
menginginkan pembuktian
yang mana dizahirkan
yang mana tidak

bukan hanya
mengimbau kenangan lalu
saat ikhlas,tawakal,redha dan pasrah
demi menyahut seruan ilahi

pengorbanan itu
luas lagi meluaskan
pengorbanan sang jasad,nafsu dan
akal dan qalbu terhadap roh

manakala pengorbanan roh itu
mengorbankan jasad,nafsu,akal,qalbu
dan roh serta apa pun jua yang ada pada 
dirinya zahir dan batin dikorbankan terhadap
Zat Allah Yang Haq lagi Mutlak
hingga hilanglah keakuan,KeAkuan
kembali pada KEAKUAN

TANPA Sebarang Persamaan
TANPA sebarang ertikata
TANPA sebarang persoalan
TANPA sebarang pertikaian
TANPA sebarang ganjaran
TANPA sebarang keinginan
selain daripadaNYA
DenganNYA
UntukNYA
KepadaNYA

bertakhtalah
DIA diSinggahsanaNYA
dengan Segala Kebesaran
Keindahan dan KesempurnaanNYA

Tiadalah yang ada
melainkan Allahu Wa Taala
Robbul Jalil

Maka Leburlah diri
zahir dan batin
jasad dah roh
kembali kepada penciptaNYA
Yang Mutlak


> Sungguhpun jasad hanyalah sebuah pengadaptasian sebuah penyaksian, Yang mengungkai zahiriah tubuh jasadnya dan rohnya Adam.Manakala batiniahnya akan perihal roh yang merupakan sebahagian RohKU yang terkandung dalam tubuh jasad setiap mahkluk yang bernyawa mahupun tidak...

Segalanya yang tercipta merupakan sebuah perencanaan yang Maha Hebat dariNYA.Kerna andai tiada satupun penciptaan dariNYA tidak mengubah apapun terhadap KekuasaanNYA,KehebatanNYA dengan segala KebesaranNYA. Kerna bagiNYA DIA tidak memerlukann segala apapun hanyasanya
DIA suka apa yang DIA ciptakan itu mengenaliNYA, mencariNYA dan kembali kepadaNYA setiap ketika tanpa sebarang beda jarak,masa dan ruang. Hatta segala penzahiran itu diterbitkan olehNYA lantaran oleh penyaksian.Sungguh dialah Yang Maha Merancang dan sebaik2 Perancang.
PerancanganNYA terhadap segala yg melewati alam kabir dan alam soghir hanya DIALAH Yang MenciptaNYA.

Carilah DiriNYA disebalik setiap perkara yg tercipta itu akan dapat kau lihat kelak siapakah PenciptaNYA. Kekalkan pandangan itu setiap ketika hingga hela nafas dan nadimu terhenti..dan berpindah alammu ke tempat yg seterusnya...

Korbankanlah dirimu
zahir dan batin
korbankan segala2NYA
hingga tiada apapun
yg tinggal darimu
oleh apapun selainNYA

Maka tiadalah yg tinggal
selain dari Kata-kataNYA
selain dari perbuatanNYA
selain dari pandanganNYA
selain dari pendengaranNYA

SubhanALLAH wa bihamdihi
SubhanALLAH wa bihamdihi
SubhanALLAH wa bihamdihi

Tiada apa keinginan dan kehendakku
melainkan memandang terus padaMU
walau alam silih berganti
agar dapat ku berada disisiMU
menjadi antara para kekasihMU

Tiada ulasan: