Dari Segi Bahasa Bermaksud :BerlindungDari Segi Istilah Bermaksud :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat
Peri pentingnya untuk memahamkan ayat tersebut terletak pada 2 kata iaitu perkataan Berlindung dan perkataan Syaitan. Dengan memahamkan sebaik-baik dan sedalam-dalamnya tentang 'Perlindungan Allah' dan tentang syaitan kita akan memahami dan mengerti sedalam-dalamnya akan isi yang terkandung dalam ayat ini.
Umum ketahuan kita tahu akan peri pentingnya penggunaan kalimah ini dalam pembacaan Ayat-ayat Al-Quran dan pembacaan yang diamalkan sebagai perlindungan kepada Allah dari segala serangan dan gerakan syaitan dan sekutunya. Begitu jua dgn makna kalimah tersebut yang sinomin bagi diri kita. Anak-anak kecil juga tahu akan makna kalimah tersebut. Akan tetapi berapa ramaikah yang mengkaji akan peri pentingnya kalimah ta'awudz atau kalimah Isti'azah ini dengan sedalam-dalamnya dan sebaik-baik pemahaman.. Wallahualam. Saya sekadar ingin mengupas beberapa pemahaman agar kita lebih kusyuk dalam memperkuatkan asas keimanan kita dengan sebaik-baik pemahaman dan agar kita dapat memuantopkan keyakinan kita ditahap yang lebih tinggi adanya.Sepertimana dalam Surah Al A'raf Ayat 200 yang bermaksud:
"Adapun jika engkau diganggu syaitan, dengan suatu gangguan, hendaklah engkau minta perlindungan kepada Allah kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Ini sudah cukup dibuktikan akan keistimewaan kalimah Ta'awudz ini, yang seharusnya dijadikan teras dalam kehidupan sehari-hari kita mahupun anak2 kita. Mengapa bila kita saksikan cerita seram di TV,wayang dan sebagainya tiada diberi penekanan sebegini?? Keyakinan diri mula kurang.. bila dah kurang? tak tau nak ucap apa bila ketakutan atau dilanda was2 dan sebagainya.
Mengupas tentang Makna terkait bekenaan dengan 'Perlindungan Allah' yang tertera sebagai makna ayat tersebut kita mesti faham dan yakin akan kekuasaan Allah yang Maha Luas dan Maha Besar ini. Alam yang terjadi ini bukan terjadi dengan sendiri melainkan dengan KekuasaanNYA belaka dalam menciptakan dan mengatur segalanya. Bukankah ayat ' Kun fa ya kun' menjelaskan segalanya? Disini kekuatan kefahaman itu dapatlah digarapkan melalui ; Allah menciptakan langit dan bumi dan seisinya , Mengaturnya dengan sebaik-baik aturan sesudah diatur malah MenjagaNYA pula..Bukankah ini menjelaskan tentang sifat Yang Maha Melindungi? sepertimana yang terjelas dalam kalimah isti'azah tersebut?
Perkataan Berlindung ini juga adalah sebagai penyaksian dan pengakuan akan kita terhadap kebesaran Allah yang Maha Hebat yang tiada tandinganNYA. Untuk mengetahui betapa hebatnya Kebesaran Allah yang Maha Hebat yang digarap dalam kalimah ini:-
1. Bumi berputar dipaksinya sendiriBumi berputar penuh dalam tempoh 24jam. Putaran yang menyebabkan kejadian malam dan
siang. Menyeimbangkan panas siang dan sejuknya malam. Dengan itu juga bergerak juga
pasang dan surut air laut saling bertukaran disuatu-suatu bahagian.Tidakkah kita perhatikan
sedalam-dalamnya akan kejadian Alam? Bumi yang besarnya 40ribu kilometer dan berat
pula mencecah 6ribu juta juta tan metrik.. tergantung pula ia diatas paksinya tanpa ada
tiang atau tali terawang-awang dalam graviti. Tidakkah kita menyaksikan dengan mata dan
mengaku dengan lidah dan mengaku dalam hati?
2.
Bumi berputar pula mengelilingi MatahariDalam pada bumi berputaran pada paksinya melengkapi 24jam sehari semalam. Ia juga
berputaran pada paksi mengelilingi matahari sepetimana planet-planet yang lain dalam
sistem cakrawala ini. Putaran mengelilingi matahari ini mengambil masa 365hari,5jam,49minit
12 saat yang mencakupi hari dalam melengkapkan satu tahun.
Dalam putaran mengelilingi matahari,bumi kadang-kadang miring ke utara dan miring ke
selatan bergilir-gilir. Pengiliran ini menghasilkan musim panas dan musim dingin bagi
sesetengah kawasan utara dan selatan bumi. Dengan pengiliran ini, maka bermacam-macam
hidupan flora dan fauna dapat hidup dan membawa nikmat paling besar bagi kehidupan
manusia sejagat. Bukankah Allah itu Maha Pengatur yang mengatur segala-galanya dengan
cukup indah dan bermakna?
3.
Jarak antara Bumi, bintang-bintang dan planet-planet dalam sistem cakrawala. Bumi kita terletak dalam jarak tertentu dari matahari,jrak tertentu dari bulan dan lain-lain
bintang dan juga planet-planet lain, iaitu 93,000500 Million dari matahari. Sudah dijelaskan
dalam Al-Quran jika berubah sikit saja jaraknya maka akan terjadilah kerusakan-kerusakan
hebat dipermukaan bumi ini. Jika Bumi mendekati matahari sedikit atau menjauhi sedikit dari
matahari maka akan terjadilah ribut dan taufan,gempa-gempa bumi dan bencana alam yang
tak terkira hebatnya. Begitu jua bulan, sekiranya ia mendekati atau menjauhi bumi dari jarak
ketetapnya maka akan timbul bermacam-macam penyakit dipermukaan bumi.
Maka jarak yang telah ditentukan Allah bagi bumi ini ditengah-tengah alam planet dan
bintang-bintan, merupakan Perlindungan Allah yang sangat besar faedah dan manafaatnya
terhadap semua kehidupan di pemukan bumi ini. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal
dan fikiran jangan hanya memikirkan perkara-perkara kecil spt makanan, pakaian, harta dan
pangkat dan segala macam perkara kecil sahaja, bukakanlah minda,akal dan fikiran dalam
memikirkan soal yang lebih besar diciptakanNYA. Masalah manusia sejagat yang diturunkan
sebagai khalifah untuk memakmurkan dunia ini bukan membuat kerosakan dibumi ini.
" Kamu ditipu oleh penghidupan dunia yang rendah,maka sekarang (diAkhirat) mereka
tidak dikeluarkan darinya (Neraka) " Surah-Jatsiyah :35
Renungkanlah sedalam-dalamnya setiap bintang dan planet yang bebas dan lepas diangkasa
semua bergerak dan berputar berabad-abad lamanya, masing-masing telah ditetapkan jarak
dan arah tertentu dengan sebaik-baik aturan supaya ia saling tidak berlanggaran sesamanya.
Bukankah ia jelas bahkan bersuluh menyatakan betapa hebat kekuasaan Alah yang
mengaturnya.
"Matahari itu berjalan ditempat yang ditetapkan baginya.Demikianlah penetapan
Tuhan Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui. Sedang bulan itu Kami tentukan
baginya letak-letak tertentu (tiap hari berubah satu darjat) sehingga ia kembali bentuk
sepeti pelepah kurma yang telah kering (seperti sabit). Tiadalah akan terjadi matahari
akan mendekati bulan dantidak pula malam akan mendahului siang, sedang semuanya
(bintang dan planet-planet itu) berjalan terapung di angkasa" (Surah Yasin : 38-40)
4. Hawa dan Udara
Perlindungan terhebat bagi segala macam kehidupan baik kehidupan manusia, haiwan,
tumbuhan dan juga benda beku sekalipun ialah hawa dan udara. Tiada apa yang dapat hidup
tanpa hawa dan udara.Ianya lebih penting dari makanan,minuman meskipun pakaian. Dengan
Hawa dan udara maka setiap yang hidup akan terus hidup.Adapun hawa dan udara itu terdiri
dari bermacam-macam zat antaranya Oksigen,Nitrogen,hidrogen dan sebagainya. Udara
dimana kita manusia dapat hidup adalah terdiri daripada 78% Nitrogen, 21% Oksigen dan 1%
lain-lain.Sekiranya perbandingan ini berubah sedikit sahaja manusia tidak dapat hidup atau
akan mati atau lemas. Perbandingan ini hanya terdapat setebal 10km pertama dari
permukaan bumi. Semakin tinggi jaraknya maka perbandingan zat dan hawa tersebut akan
berubah. Sehingga pada ketinggian 100km atau lebih manusia tidak akan boleh hidup kerana
kurangnya zat oksigen dan zat lain. Maka tekanan udara akan semakin meninggi sampai
menyebabkan manusia tidak boleh bernafas. Tekanan udara disitu akan lebih tinggi dari
didalam badan manusia yang boleh menyebabkan darah keluar dari segenap anggota.
Akhirnya pada ketinggian yang terlalu jauh dari permukaan bumi ini terdapat semacam zat
nuklear bilamana terhirup oleh manusia akan membawa kematian. Ia amat merbahaya
sekali untuk kehidupan umat manusia didunia.Alangkah hebatnya perlindungan Allah
terhadap bumi yang kita diami ini, sehingga bumi kita yang selalu beredar diruang angkasa
yang penuh nuklir itu bisa terhindar darinya. Bagaimana cara Allah menghindarinya maka ia
adalah satu daripada rahsia alam yang tak terjangkau akal kita untuk memikirkannya.
" Sesungguhnya Allah lah yang memegang langit (bintang-bintang dan planet) dan bumi
supaya tidak hilang ( gugur atau terlepas dari rangkaiannya sekarang ) dan jika langit dan
bumi itu itu hilang, maka tiada seorangpun dapat memegangnya selain Ia (Allah) ,
Sesungguhnya Allah penyabar dan pengampun " (Surah Al-Fathir:41)
5. Air Laut yang Masin
5 per 7 bahagian permukaan bumi diliputi oleh lautan luas yang dipenuhi air masin. Saban saat siang dan malam non-stop berjuta-juta sungai didalam dunia ini sungai yang besar mahupun kecil menumpahkan dan melemparkan berjuta-juta tan kotoran ke laut yang masin itu. Pernahkah kita perhatikan sekiranya air laut itu tidak masin?? Segala macam kekotoran yang masuk kelaut akan mengeluarkan bau yang sangat busuk dan dalam beberapa bulan saja maka lautan tadi akan menjadi busuk sebusuk busuknya. Bukan itu saja, Malahan udara dan hawa tadi akan terganggu olehnya. Mengganggu keamanan dan kesejahteraan umat manusia mahupun haiwan atau tumbuhan. Cubalah kita perhatikan parit-parit atau longkang-longkang yang biasanya tercemar oleh sisa-sisa buatan manusia, sampah sarap, toksik ataupun bahan buangan dipersekitaran kita..Apakah baunya cukup mengharumkan? mengujakan? Amat busuk dan membusukkan bukan? Meloyakan dan amat tidak menyenangkan. Udara yang tercemar membuatkan besi mudah karat, berhabuk. tumbuhan diserang penyakit dan bermacam-macam kerosakan berlaku akibat pencemaran ini.
Nah, kemudian kita bayangkan sekiranya air laut tadi bukan air masin seperti sekarang. Sepertimana air di parit-parit besar. Maka air dari sungai-sungai yang tawar lagi kotor itu bercampur dan mengalir ke laut. Maka kemudiannya laut menjadi tempat mengumpul kotoran segala macam kotoran-kotoran dan bahan pencemaran. Bagaimana pula agaknya baunya? Bagaimana pula hidupan laut agaknya? Pencemaran ini bukan sahaja merosakkan kesihatan tetapi memusnahkan hidupan dipermukaan bumi ini.
Diciptakan Allah air laut menjadi masin adalah untuk melindungi segala kehidupan dimuka bumi ini. Suatu perlindungan Allah yang kita anggap enteng selalu tetapi ia sebenarnya merupakan kurniaan Allah Yang Maha Hebat. Dengannya dikaitkan dengann putaran bumi dan bulan menghasilkan pasang surut air dan terjadinya malam dan siang dan putaran itu lah menimbulkan musim-musim.
" Dan Ia (Allah) lah yang mencampurkan 2 lautan , 1 laut yang sangat tawar dan laut yang sangat masin. Dan Ia dijadikan antara keduanya batas dan halangan yang tidak dapat ditembusi ( Surah Al-Furqan :53)
Cara Membaca isti'azah
Kata الناظم Rahimullah : Jika Nak Baca Quran Tak Kira Waktu Tak Kira Tempat Katalah (Isti'azah)Baca Kuat Pada Mula Ayat (Dalil) Surah An Nahl-98Secara Umum Isti'azah Boleh Di Baca Dengan 3 Cara: اعوذباالله من الشيطان الرجيم - - اعوذباالله السميع العليم من الشيطان الرجيماعوذباالله من الشيطان -Pendapat Tentang Tambahanan Dalam Isti'azah :-Kata Ahli Quran : Tidak Ada Tambahan Dalam Isti'azah,Tetapi Hadis Itu Doif. Tetapi Lebih Soheh Hadis Riwayat Abu Daud Dari Abi Said Khudri.Hadis : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا قام من اليل يقول :اعوذباالله السميع العليم من الشيطا ن الرجيم ,من همزه ونفخه ونفثهTerdapat Tempat Dibaca Perlahan :- Ketika Pembaca Membaca Perlahan- Ketika Solat- Ketika Duduk Seorang- Ketika Baca Berjemaah , dan Bukan Orang Pertama Yang Membaca.Cara Baca Isti'azah Dan Basmallah Ada 4 :- Berhenti Pada Isti'azah , basmallah Dan Awal Surah.- Berhenti Pada Isti'azah Dan Sambungkan Basmallah Dengan Awal Surah.- Sambung Isti'azah Dengan Basmallah Sahaja.- Sambung Ketiga-Tiga Sekali.