Sungguh tersentak benakku kesekian kali tatkala meniti fikiranku yang mengimbau saat hadirnya mimpi ku bertarikh 1421Hijrah..bersamaan tahun 2000. Dipersiapkan aku oleh ayahandaku untuk memulakan 'perjalananku' yang tak ketahuan apa agaknya yang bakal aku tempuhi yang nyata hanyalah aku dihantar ke Pintu Gua yang terletak di bukit bersejarah di Kuala Selangor. Sungguh apakah yang tersembunyi diperut gua itu?
Seram sejuk aku memikirkan perihal itu..sungguhpun mimpiku itu aneh..namun jasadku yang ketika ketiduran itu terasa panas...peluh merincik disetiap genap romaku...Apakah yang aku alami ini? Umpama mimpi dalam mimpi... Tatkala setelah masuk di pintu gua..langkahku terhenti..umpama bilik segi empat sama ruang tersebut sebelum meneruskan langkah ke dalam perut gua...Ayahku menghalangku melangkah masuk ke lorong perut gua itu..berlegar-legar aku didalam ruang itu..
" Kamu tak layak lagi untuk meneruskan perjalanan ini...Pergilah...Bersihkan dirimu dulu...bersucilah"
" Nak bersihkan diri macam man kat sini, pak" jawabku
" Tu kat sudut tu ada mata air, ko mandilah dan amik wuduk.Kemudian kau pakai pakaian yang disediakan atas batu tepi mata air tu.. lepas tu kau pusing keliling ruang segiempat nih sebanyak 3 kali pusingan baru kau boleh masuk" kata bapak dengan serius.
Aku pun menuruti kehendak bapakku...aku pun mandi,,,dan kemudian berwuduk...dan setelah selesai aku pun memakai sepersalinan putih dan ku mulakan langkah untuk pusing keliling ruang dalam pintu gua itu..baru sahaja aku mulakan satu sudut dinding itu terus ku sampai di pekan yang hampir dengan rumah di kampung halamanku di Kg Assam Jawa..Sungguh pelik..takkan satu sudut ruang itu perjalanannya hampir 10km (Dr Bukit di Kuala Selangor itu ke Assam Jawa? Memang pelik... Sungguh pelik...
Setelah itu aku terdengar...
" Bersedialah...Kelak Masa itu akan tiba? Tunggulah saat 1424Hijrah Nanti" Suara itu bergema...
Aku tersentak dari tidurku...Aku bermandikan peluh..jantungku berdenyut laju...terpaku ku memikirkan saat itu..termenungku memikirkan saat 1424Hijrah itu? Mengikut perkiraanku 1424H ini jatuh pada tahun 2003..Apa yang akan berlaku?? Apa yang akan terjadi 3 thn lagi? Apa yang akan terjadi padaku?