4 may 2010
Mengapa perlu kita makan?
Mengapa perlu kita tidur?
Mengapa perlu kita bernafas?
Keperluan ini untuk siapa?
Andai aku mati
Kita tak perlu lagi makan
Kita tidak perlu lagi tidur
Kita tidak perlu lagi bernafas
Mengapa kita bernafsu?
Mengapa kita berkeinginan?
Mengapa hati yg sakit terasa panas didada?
Andai aku mati
Nafsu ku dimana?
Keinginan itu dimana?
Tidakkah kau perhatikan?
Nikmat Allah yang mana engkau dustakan?
Tidakkah kau bersyukur?
Kita dikurniakan jasad yang cukup sifat.
Kita dikurniakan pancaindera yang cukup sifat
Kita dikurniakan kesihatan yang baik
Kita dikurniakan nikmat penghidupan yang baik
Kita dikurniakan rezeki yang banyak meskipun
cukup sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang
Kita dikurniakan keamanan penghidupan yang baik
Kita dikurniakan ilmu yang sentiasa mencurah-curah
Kita dikurniakan pegangan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tali penghidupan sejahtera
Kita dikurniakan keluarga yang sempurna
Tidakkah lagi kau bersyukur?
Perlukah kau meragui akan kasih dan sayangNYA?
Apa lagi yang kau perlukan?
Usah kau tamak haloba dengan tuhanMU
Kikir dengan nikmat dunia yg cukup mengasyikkan
walhal pernahkah kau saksikan?
pernahkah kau fikir dan alami?
andai yang tinggal cuma roh tanpa jasadmu?
Apakah rohmu masih memerlukan makan?
Apakah rohmu masih memerlukan kesihatan?
Apakah rohmu masih memerlukan nikmat keduniaan?
Bilamana rohmu terpisah dari jasadmu bak
kamu menyaksi 2 entiti yang berbeza walhal ia pernah menyatu tanpa beza
yang tinggal hanyalah wujud rohmu yang sejati
jasad dan tulang belulangmu kelak dimakan bumi
Jasad tubuhmu sejuk dan kaku
dimana titik nyawamu?
Dimanakah kemewahan yang dikecapi akan membantumu?
Dimanakah nama yang pernah gah itu akan membantumu?
Dimana kuasa dan pangkat yang pernah kau raih akan membantumu?
Dimana sijil diploma sarjana PHD yang kau peroleh itu akan membantumu?
Dimana kenalan sahabat handai taulan dan keluarga itu akan membantumu?
Dimana semuanya itu akan membantumu?
Kau hanyalah seorang
Seorang insan yang punya roh bertumpangkan badan
yang ada hanyalah kau dan tuhanmu
tuhanmu lah yang agung yang cukup penyayang
diberikan segala keperluan untukmu berkelana didunia fana ini
diberikan nafas untuk bernyawa
diberikan rezeki
diberikan nikmat penghidupan
dipermudahkan jalan-jalan dibalik kesukaran
memenuhi segala-galanya keperluanmu bersesuaian dengan fitrah hidupmu
Nikmat yang mana lagi kau mahu dustakan???
Sungguh kita ini leka alpa dan lalai
sudah diberi betis nak peha
sudah diberi nikmat kita lupa diri
bila sudah tersembam terngadah baru teringatkanNYA
itupun syukurlah masih teringatkanNYA andai tak sedar langsung dan masih leka dibuai perasaan?
kita jualah yang rugi dan merugikanlah diri kita adanya.
:Natijahnya kita jua yang rasa:
peka kan lah pancaindera
tajamkan minda
perhatikanlah bibit-bibit nikmat yang kita terima
perhatikanlah dan nikmati satu persatu nikmat dengan penuh kesyukuran dan penuh kesadaran
umpama makan sesuap nasi
apakah texture nasi itu? lembut? keras? melekit? kenyal?
apakah rasa nasi itu? tawar? beremulsi? berlemak? manis?
bagaimana nak merasai sesuap nasi dengan penuh 'rasa'? Kita harus kenal,tahu dan faham akan nasi itu.
bukan sekadar menjamah membuta tuli,gelojoh dan gegabah.Nabi S.A.W sendiri mengunyah makanan sbyk 40kali sebelum ditelan.Jangan kita ikutkan nafsu dan perasaan mengabaikan fitrah kewujudan.
Moral:: Belajar B.E.R.S.Y.U.K.U.R pada SETIAP perkara yang berlaku dan alami terhadap dirimu.Nikmati (Telitikan) setiap perkara itu dengan penuh perinciannya dengan hati yang terbuka,Minda dan pancaindera yang tajam.