Khamis, 29 Mei 2008

Jajahan Kerajaan Majapahit


Bukan untuk berbangga diri atau mengagungkan empayar Majapahit yang dulunya pernah merajai nusantara..Cuma sekadar menyelusuri sejarah dahulu kala..takkan hari ini lahir tanpa semalam..esok belum ada ketentuan keberadaanya kita. Yang menarik minat ku, kawasan kelang @ Klang merupakan salah satu pusat kerajaan majapahit yg berada di tanah melayu di nusantara ini. Jadi pengaruh Kerajaan Majapahit @ Pengaruh masyarakat jawa telah berada lama di tanah melayu sebelum ketibaan Islam lagi. Bagi sesetengah tempat itu kedatangan pendatang jawa yang tiba di tanah melayu khususnya di kelang membuka jalur baru dalam pertumbuhan dan perkembangan penduduk di kelang. Adakah kelang merupakan tempat pertama ketibaan para pendatang jawa ini? wallahualam..

Ini merupakan hipotisis sahaja dariku.. Kedatangan dari kelang kemudian berpecah ke serata tempat ke hulu dan hilir pertempatan..utara dan selatan dari arah kelang. Adakah kemudian ada yang ke Banting.. Ada yang ke Kuala Selangor ( kg Api-api, Assam Jawa, Teluk Piah kemudian ke Permatang ke Bukit Belimbing dan terus ke Tg Karang dan terus ke Sabak Bernam dan ke Sungai besar? Apakah landmark yang memungkinkan ketibaan mereka disini? Adakah di Kelang? melalui sungai kelang? Apakah terus ke Jeram melalui sungai buloh yang memungkinkan Bukit Jeram sebagai landmarknya.. Apakah terus ke Kuala Selangor melalui Muara gungai kuala selangor yang mempunyai Bukit Malawati sebagai Landmarknya?

Kedatangan yang bertali arus ini berterusan disetiap kurun, mungkin disebabkan oleh sesuatu perkara yang besar yang berlaku di tanah jawa ketika itu (adakah berlaku kejatuhan majapahit-politik) atau berlaku pertikaian kekeluargaan atau persaudaraan..atau mungkin untuk menyebarkan islam melalui penghijrahan mereka-mereka itu..atau mencari peluang perkerjaan atau penghidupan yang lebih baik sepertimana sekarang.Wallahualam..

Apa yang menarik minatku adalah kawasan Bukit Jeram yang belum pernah aku jejakkan kaki selama ini..terlalu banyak hipotisis yang mistikal yang pernah aku dengar tentangnya..Walau apapun sebelum, Melaka menduduki kawasan Bukit jeram ini dan seterusnya menjadi kawasan tempat kedatangan bugis di sana dan kemudian menjadi jajahan tempat tentera Inggeris dan Belanda, tempat tersebut mungkin juga merupakan tempat tertentu bagi jajahan yang pernah menjadi taklukan Kerajaan Majapahit dulu kala.

Sungguhpun pencarian bagi insan yang tak bertauliah seperti aku yang tidak mempunyai sebarang kelayakkan pendidikan tinggi, apatah lagi untuk menjadi seorang penulis yang menulis sejarah yang (ntahapahapentah- XPDC)..namun hasrat keinginan untuk mencari sebuah pengertian itu amat mendalam. Biar apa orang mau kata.. yang penting aku tak menyusahkan orang lain.

Menjadi seorang yang otaknya tak reti diam dari berfikir amatlah payah. Memang aku dilahirkan dgn sifat yang tak berhenti untuk berfikir.. tak berhenti untuk tidak memikirkan apa jua pertanyaan. Asyik ader je persoalan yang akan aku fikirkan..entahlah itu sebab aku susah nak tido malam sudah sekian lama.. Insomnia yang amat parah berlaku sejak dahulu dapat juga aku tangkis sikit demi sedikit..adakalanya langsung tak leh nak tolong.. Menjadi pemikir dan penyoal dapat memuaskan hati sanubari aku sendiri.. Namun Alhamdulillah sekarang hampir beberapa persoalan sejak kecilku dapat terjawab dengan pelbagai penemuan yang menarik. Sungguh Allah membenarkan aku untuk memahami dan menemukan jawaban atas persoalan yang pernah melanda naluri benakku ini..

Sungguhpun begitu, banyak lagi yang harus dicari akan jawabannya..Perihal tentang persoalan itu harus digali, digali dan difahami.. untuk generasi penerus perjuangan hakiki..

Kalau tidak maka takkan ada rangkap begini:-

tanya pada pokok apa sebab goyang?
nanti jawab pokok angin yang goncang...
tanya pada langit apa sebab hujan?
nanti jawab langit tanya la awan..
awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejok aku pon cair..
tengok dalam air..
nampak bayang-bayang
campak satu batu..
bayang pun hilang...
( best tol ar ringtone lagu nih) sape nak email yek..
Erm..berapa banyak persoalan yang bertali arus da.. tapi dari satu soalan ke satu soalan ader pertalian jawaban..kesinambungan persoalan yang memungkinkan terbit jawaban diakhirnya pencarian yang memerlukan penghayatan akan keberadaan sesuatu itu harus dengan akal zahir dan batin.. :)
Jadi moral of the story: bile budak kecik tanya mcm2 soalan..jgn la marah dier suh dia diam..tak elok tu..itu membantutkan pertumbuhan akal budak tu..jawab yang termampu anda..kalo nak tau lagi tanya org yang ahli, jgn la malu nak ngaku kita tak tau..tp cakap nnti kita rujuk sapa yang tau..nnti kita bagi jawaban kat dia..pastu nnti kalo nak instant cari buku suh dia baca..tak gitu? So ajar jadi pemikir dan jadi pembaca yang akan melahirkan pemaham yang memahami yang akan memahamkan..

erm..back to the track will ya? hehe.. moral of the story that i would like to emphasize more is, I'm puzzled to see those map regarding kelang as one of those places which ruled by Majapahit kingdom. Ingat..jangan salah tafsir..bukan untuk berbangga dengan darah jawa majapahit..tapi akan perihal tentang kesinambungan darah antara orang-orang jawa yang terikat dulu dinusantara berasal dari rumpun yang sama.. kerna dulu tiada Malaysia atau Indonesia.. Mengapa perlu kita berbangga dengan pecahan negara yang dicengkam oleh kuasa Inggeris dan Belanda.. ? Bukankah mereka takut melihat bangsa kita di nusantara ini kan menggegarkan dunia? Mereka takut melihat bangsa melayu itu bersatu... pelbagai propa yang dibuat untuk mencacamerbakan penyatuan bangsa melayu itu sendiri..


" Takkan Melayu Hilang di dunia " tapi jangan lah tinggalkan melayu pada istilahnya melayu itu sahaja tanpa jatidirinya melayu itu. Tidak Cukup sekadar berbangga akan melayu itu sudah mencukupi.. Langkauilah jatidirimu itu..kenali melayumu itu..selami intipati melayumu itu.. Mengapa harus bercakar aku melayu engkau jawa, kamu bugis aku banjar, bukankah rumpun nusantara meluhur sekian lama terasimilasi adanya? Perlukah bertegang leher berhunus senjata sesama kita? Sedang musuh tertawa melompat bersuka ria.. Hentikan tawa riamu.. usah diulang tragedi hasad dan dengki sesama kita.. yang kalah jadi abu yang menang jadi arang. Siapa yang membakar dan terbakar? Yang sudah tu sudah.. adudomba kan terhenti sekiranya pemikir mula memikir faham memahami serta memahamkan.

" Yang hak kan Mengatasi yang Batil. Saat ketibaanmu ku nanti dengan penuh pengharapan "