Isnin, 28 Februari 2011

Dunia Sang Ulat di dalam batu..... Vol 1


Aku menyingkap tabir semalam. Lantas aku menyaksikan akan himpunan perasaan gejolak diri sang ulat nan remaja yg berlumuran dengan tinta dunia batu. Yeah dunia batu yang dihidupi oleh sang ulat yang hidup didalam batu itu. kehairanan yang menguasai segenap rasa dijiwa. Dunia batu zaman itu bersaksikan seluar ketat berbuckle tengkorak, berambut panjang dikaran kembang. berbaju tanpa lengan dan berjaket kulit itulah lamina diri sang ulat didunia batu itu.Dengan bersumberkan kekerasan diadaptasikan akan kemahuan dan kekentalan jiwa menjadi pegangan diri si ulat lantas dianggap kutu rayau yang sering memedihkan mata-mata pak siak dan imam masjid.Si ulat yang sering bertemankan gitar tong tua yang bertali singa itu seringkali bertepek ditembok-tembok batu mendendangkan irama hidup batunya itu.

Aku merindui zaman batu itu kata sang ulat yang sering mendendangkan irama lagu ditambah dengan hanggukan lembut sentimental dan layan rambut yg dikaran itu.Bersama dengan teman2 sang ulat yang setia bersamanya. Dengan lenggok irama pawana, bujang senang, hukum karma didendangkan satu persatu.Nyata kepuasan tercipta dilayar lara jiwa remaja.Seakan pesta fun-fair disuatu ketika dulu sambil bermain dart dan membaling tin kosong untuk mendapatkan hadiah radio mini compo yang begitu gah rasanya sementara menunggu kumpulan sayap dan expedisi melayarkan bahtera kebatuan yang sememangnya dinantikan oleh ribuan sang ulat yg setia menanti.Ternyata poster funfair yang ditampal oleh si ulat bermata sepet berkulit putih itu ada benarnya bila sorakkan ribuan ulat-ulat itu bilamana ketukkan drum dan petikan maut tali gitar yg menyengitkan telinga dan mengejolakkan hormon siulat ketahap maksima.

"Ayuh...Apa kabar semua?" Suara keras penyanyi kumpulan sayap yang digilai oleh jutaan ulat2 dizaman batu itu.
"Anda mau batu!!" Sambungnya lagi.
"Batu!...Batu!....Batu!..." Jerit ribuan ulat yg semakin bergejolak rasanya

Satu persatu lagu dipersembahkan...satu persatu kumpulan meneruskan aksi2 mereka tersendiri.Nyata kepuasan diri sang ulat tiada penghujungnya...siulat merindukan zaman batunya......

Nyatalah aku diantara ulat-ulat itu.Sememangnya itulah lakaran hidup aku sebagai ulat dizaman batu itu.Aku dapat hidup didalam batu.walau hakikatnya hidupku bersama jiwa batu,melayan segenap irama batu yg dikuliti oleh lirik-lirik yang secocok dengan irama batu. Nyata itulah kepuasan bagiku dan ulat-ulat sepertiku.Walau kami sekeras batu tapi kami mampu hidup didalam batu. Itulah rahsia yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh sekian makhluk lain yang memandang enteng akan kewujudan kami dengan pelbagai tomahan dan kejian.

Namun jika aku lihat dizaman ini..meskipun zaman batu itu telah berakhir dan cuma sakibaki batu-batu kecil yang berubah rupa dan bentuknya itu nyata tak mampu menyebat keberadaan zaman batu yang dulu. Zaman kini yang jaki lagi tak berupa indah didalamnya. Semakin terhakis akan tercemar hakikat diri dan naluri ulat zaman ini.Entahlah aku pun tak tahu...zaman ini peradaban dunia semakin menyepi bila semakin ramai ulat2 tak sedarkan diri..melampiaskan hidupnya disegenap longkang dan tong-tong najis tidak lagi seperti dizaman batu dulu.Hidup dalam batu namun kami tetap punya makan dan kesihatan.

Sebenarnya yang aku ingin nyatakan disini bukanlah salah sesiapa.Cuma aku ingin menyatakan perbedaan dan keberadaan sesuatu yang tersembunyi disebalik hidup didunia batu.Si ulat yang hidup didalam batu.Sungguhpun ulat-ulat dan penghibur2 kumpulan batu dizaman batu itu menampakkan zahir akan kekerasan, rupa kulit yang tak semenggah dengan berambut panjang,berseluar ketat dan segala macam imej yang dianggap kesetanan itu tersembunyi akan hikmah yang dalam andai ada mereka-mereka itu berfikir.Sungguhpun siulat dan penghibur-penghbur ulat itu mendendangkan lagu dan irama batu yang keras tetapi rahsia itu diletakkan pada siratan LIRIK lagu2 mereka.Sungguhpun lagu-lagu itu sekadar mengandungi lirik2 yang hebat lagi dalam maknanya dinyanyikan dengan cara ,gaya dan kefahaman mereka sendiri diwaktu itu, tetapi hakikatnya lagu yang mereka nyanyikan itu berunsurkan rahsia akan RASA yang hakiki andai ia dipandang dari sudut ketuhanan iaitu dari sudut pandangan kesufian.

Pelik? Mungkin selepas usia tertubuhnya kumpulan2 penghibur batu itu menjangkau usia belasan mahupun usia jubli perak atu emas, maka seandainya cukup sudah bagi mereka untuk 'settle down' maka mereka akan nampak apa sebenarnya yang mereka nyanyikan dulu itu.Ada juga yang menerima pancaran juzuk cahaya 1000 bulan didada mereka dan lantas terhentilah keduniaan dan keakuan mereka ketika itu.Lantas pandangan, rasa ,gerak perbuatan dan segenap deria anggota akan terarah ke juzuk cahaya itu tanpa menoleh kearah lain kerana keterpesonaan diri mereka yang satu lagi yang selama ini tidak mereka pedulikan.

Maka keberadaan mereka dialam pencahayaan yang baru itu dirasakan amat indah dan bahagia.Mereka kembali ke jalan asal. Setelah penat meredah jalan pintas yang menyesatkan.Dengan tubuh yang penuh luka-luka,duri-duri dan lumpur.
Itulah Natijah juzuk pancaran Nur yang tak berbelah bagi.Sungguh kasih dan sayangnya DIA mengatasi akan kemurkaanNYA bagi sesiapa yang DIA kehendaki.Yang penting jangan diputuskan tali yang mengikat diri kita.DIA tidak memandang apa yang telah kita perbuat dulu malah diperluaskan pintu taubat dan pintu kehampiran disisiNYA bagi yang berkehendak.Siapalah kita ini untuk mengukur siapakah yg layak untuk diterima taubatnya atau siapakah yang layak berada disisinya? Pintu rahmatNYA Maha Luas.Lebih luas melebihi segala-galanya walaupun dikumpul sekelian manusia dari zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir diakhir zaman nanti pun takkan dapat mengatasi luasnya rahmatnya keatas sekelian makhluk2 ciptaanNYA.

Untuk lebih menjelaskan situasi maksud yang tersirat dalam diri sang ulat seperti diriku ini akan aku suluh maksud diriku dengan lebih terang lagi bersuluh dengan contoh yg jelas bagi memahamkan setiap diri yang ingin memahamkan maksudku ini.Adapun sang ulat itu samalah erti manusia yang berjiwa rock. Zaman batu itu adalah zaman rock/rock n roll dan seangkatan dengannya.Ini pentafsiran aku! Jika ada yang kurang bersetuju tak mengapa.

Selanjutnya, Tika era Rock berlangsung yang menamakan kumpulan seperti LEFTHANDED,RUSTY BLADE,SEARCH,WINGS,MAY dan sebagainya kemudian arus itu diteruskan dengan kumpulan DAMASUTRA/FOTOGRAF/EYE/OLAN dan seterusnya.Nyata akan hakikat irama dan melodi rock tersebut amat mengkhayalkan dan mempersonakan dan layaannnnnn...bagi yang berjiwa rock.Melodi dan irama tetap melodi dan irama. Yang menjadi asas ingatan kuat kita adalah pada lirik yang menguatkan irama.Memang lirik itu akan menjadi lupa jika ingatan mula tumpul namun irama yang berteraskan lirik yang kuat akan membawa kita memandang sesebuah lagu itu keaspek sudut pandang yang berbeza.

Lagu yang bercirikan ketuhanan,ketauhidan dan kesufian terbit dari inspirasi yang lahir dari jiwa sipenulis lirik.Sebagai contoh Ramli Sarip,M.Nasir,Loloq,dan beberapa kerat lagi yang telah menghidupkan suasana jiwa kesufian dalam sesebuah lagu.Meskipun terkadang kita dapat menyaksikan lagu tersebut adalah tentang cinta, ttg kekasih dan tentang ciri2 hubungan naluri keinsanan manusia tetapi hakikatnya jika kita memandang lirik lagu itu dengan pandangan dan kefahaman tentang kesufian maka kita akan dapat menafsirkan rahsia akan RASA yang dalam yang bisa terbit dari pandangan ketauhidan.Secara tak langsung peranan sipenulis lirik yang mempunyai ilmu tentang kesufian itu dapat menerapkan unsur RASA yg boleh mendatangkan rasa zauk dan keberadaan dan ketauhidan yang tinggi andai sipendengar dapat mengunyah dan menghadamkan intipati lirik tersebut dengan makna tersirat.

Pelik sungguh pemahaman aku kan..dalam lagu yang bukan lagu nasyid malah lagu rock ini ditafsirkan sbg menggugat persepsi para pemegang syariat yang kuat dan yg berpegang pada landasan kuat dakwah.. Sebenarnya lagu rock juga ada unsur dakwah...tapi dengan cara yang tersendiri. Namun ada yang akan beranggapan pula ia takkan menghalalkan cara.
Tapi bagiku DIAlah Yang Maha Tahu dan Maha Luas ILMUNYA.sungguhpun berkulitkan wajah kesetanan tapi alunan lirik itulah dakwah bagi mereka.Sehingga terbukanya nanti pintu hati mereka agar mereka kembali. Tak percaya? Cuba tanya pada diri rocker berapa ramai yang dengar lagu nasyid? Marhaban? Zikir2? Entahlah kan..tak tau brapa ramai yg akan jawab ya...tapi lagu2 berlirikkan ketuhanan itulah dakwah bagi mereka. Tetapi yang aku maksudkan adalah lagu yang berintikan dan mempunyai pandangan pada ilmu ketuhanan dan kesufian.Lagu black metal ke rock yang memuja setan, memuja perilaku sumbang atau negatif tu bukanlah termasuk dari perkara yang aku sebutkan ini.

Untuk lebih faham ape yang aku perkatakan ni..Maka aku akan beri contoh beberapa lagu yang sangat bagus untuk kita buat kajian.Perlu diingatkan! anda perlu berfikiran terbuka (dengan mempunyai pandangan bahawa Ilmu Allah itu Maha Luas dan perlu mempunyai ketajaman mata hati atau dapat memahami makna tersirat dengan kaca mata@kanta ilmu sufi) barulah kita boleh layan RASA (Dzauk) tu. Aku bukan nak buat ajaran sesat plak.jgn pikir negatif...Andai punya akal sahaja tak cukup untuk melayari bahasa rasa kerna rasa itu sendiri tak masuk dek akal kalau nak ditafsirkan apatahlagi untuk disentuh dengan pandangan fizikal. Perlulah dituju tempat yang jauh tapi dekat sekali, terhijab tapi mudah disingkap akan tabirnya,berjalanlah dengan menyaksikan sekitar lubuk sanubari itu kerna rasa terbit disitu dan saksikanlah didalam dan diluar dari dirimu itulah sebuah penyaksian kita disini

Berikut adalah beberapa lirik yang menyengat jiwa dan sanubari bagi jiwa-jiwa yang merasa dengan sepenuh hati akan maksud yang mendalam sepertimana yang diutarakan oleh pencipta lirik dan lagu seperti dibawah yang ditulis oleh Allahyarham Loloq..


gema di inderaloka -wings on Double trouble

Waktu pintumu ku buka sejenak
gemersik menikam melantun suara
ku tinjau sejenak utk periksa
bergema di indera loka

suaramu
membisik merdu dikalbu memanggilku

ku buka sepenuh pintu dayamu
dan melangkah masuk kedalam tamanmu
aku tak pasti apa kan berlaku
kalau ku ditangkap pengawalmu

mungkin aku
kan terkorban dalam merinduimu

tapi kenapa kau hadir saja
dalam setiap mimpi2 ku
dan meninggal kunci dan peta
kalau aku kau tak ingini

kasih
siapa aku disisimu
kiniku berada
dalam tamanmu tiada aku takut
akan kematian

kerana hidup dan mati
sama untukku
telah ku lalui berulang kali

keindahanan tamanmu tiada bermakna
jika wajahmu tidak ku temui
biarku terlantar dimamah waktu
aku ttp akan menunggumu

kasih
siapa aku
aku disisimu

ku pakukan kakiku ketanahmu
biar berdarah mjd sungai
agar tk bisa dicabut oleh sesiapa
yg mahu menghalaku keluar

siapa aku
disisimu...
kasih.....
siapa aku.....
disisimu......
kasih......
siapa aku.....
disisimu.....
kasih.....
siapa aku...
disisimu....


mabuk 7 lautan

demi nafas serta nyawa
yg berlegar di nyali
tak pernah ku naksir kisikan namamu
pabila gelodan melintasi
langit kirmizi
aduhai ratu kosmik

kan ku edan
dan ku asyik

kurniakan
pintaan tulus pelayar ni
restukanlah
kiranamu
menyuluh laluan penuh karam
dibalik gelora
sungguh aku tagih
kama keramatmu
kasihanlah....

ku yg mabuk tujuh lautan
mendamba sempadan
kabur dua rasa
hanya membilang layang2
sejak hilang
jejak hari dan minda

kurniakan*
pintaan tulus fakirmu
restukanlah
ratu kirana
anggunmu
padaku
yang sengsara
sungguh aku rindu
kama keramatmu
kiranaku....

ulang *

kurniakan
pintaan tulus pelayar ini
restukanlah kiranamu
menyuluh laluan penuh karam..
aku rindu.....
kiranaku....
restukanlah....
restukanlah....
keranamu....
restukanlah...


Gemuruh

didalam gerimis penuh rahmat
dia tersentuh
cendawan akrab sesegar pagi
yg permai damaikan
unggul dipinggir rimba
lantas mendambakan
pinta sempurna dari jiwa
bakal surinya

didalam kelambu
mendung ungu
dia kesali
hilang kayangan
pedoman
ihtiar dan arah
persis sibuta mengangankan
hidup sederhana
menjamahi hari2
mimpi2nya

sendiri meratapi *
sekalungan sengsara
dan menelan sisa
pahit maung madah pujangga
terbukti kasihnya hanya serampang berbisa
menguntum gerigis besi kaca dan pawaka

tak tersedar**
menyeresapi
kupusar keinsanan
membibitkan titis2
sepekat warna darah dan dosa

ulang **

ulang *

ulang **


Pengabdian Kekasih - Wings

Mentari mula terbenam
langkahku bermula
ke ufuk jingga
berjalan ditgh mlm
cari cahaya
entah dimana

haruskah ku tggu
halilintar dtg menyembah
atau pn ku truskan
mcari sinarnya rembulan

dgn keyakinan pnuh didada
aku rebah belukar lurah dn rimba
akhirnya bertemu laluan
kekasih..........

kekasihku kian lama x berjumpa
kekasihku kian lama x berjumpa

hanya pd nama
ku sandarkan cinta

kekasihku terjalinkan cinta dan kalimah*
kekasihku terjalan cinta dan kalimah
sekadar isi bumi
restui penafianku
kekasihku.....

biarkan ku terlena
didlm dakapan rembulan
dgn satu ribu satu impian
aku redah belukar lurah dan rimba
akhirnya bertemu laluan

bertapaklah rinduku
kesatu jalan

kekasihku
kian lama x berjumpa
kekasihku kian lama x berjumpa
hanya pd nama
ku sandarkan cinta

kekasihku terjalinkan cinta dan kalimah
kekasihku terjalan cinta dan kalimah

Kuburkan aku -Wings

indah pandangan
walau gelapnya mlm
airmata gugur bila kau disisi

*Dunia x mengerti
tika fana begini
tidak ku lepas lagi
biar luruh dagingku

oooooohhhh.....aaahhh.....

campakkan aku ke lubang
aku rela dikuburkan
tanah asalku dan ajalku
jadikan aku hanmbaMU
tidak ku mengeluh lagi
penuh mimpi

pegangklah nadiku
lakukan mahuMU
tariklah.....
ke sisiMU....

peganglah....
nadiku....
lakukan....
mahuMU....
tariklah kesisiMU

aaaaaahhhhh.......

ulang * smpi abis

peganglah oooohhh
nadiku...ooohhhhh
lakukan mahuMU....
oohh  tariklah.....
kesisiMU......

ulang till fade

alam barzakh

yang ku rindukan
akhirnya berada disini
yang ku tinggalkan
menangis di pintu kuburku

kulihat mrk
berbisik sambil berdoa
aku disini
sedang hanyut dalam cahaya

hilanglah semua
ku takut dlm kebimbangan
yang ada hanya
kemanisan sejahtera

tak perlu aku
bertanya lagi
siapakah diri ini

tak perlu aku
bertanya lagi
apakah nasibku nnti
dialam barzakh

dialam barzakh - 3x

aku berlindung dari
api yg membakar
aku bergantung pada
tali yg sejahtera
sejahtera.....

tak perlu aku
bertanya lagi
siapakah diri ini

tak perlu aku
bertanya lagi
apakah nasibku nnti

dialam barzakh -4x



Bkn kerana matahari
Album Wings - Mencari Asal Usul
vocal : Mus

bukan kerana
elnino melanda
lantas bahang membara
membakar jiwa kita
natijah tak terduga

bukan kerana
laut bergelora
nelayan kebuluran
atau kemarau panjang
telagaku kekeringan

sebenarnya maksudku*
hati ini yg hangus dan terbakar
jiwa ini yang kering dahaga
ranap putus cinta

apa salah dan dosa
yg pernah aku lakukan padamu
semakin hari semakin panas

aku tidak rela
lebur kerana sinarMU
berilah ku kesempatan
menilik kesilapan
agar diperbetulkan


krisis di pertengahan hidup

kau entah kemana
malam kian berakhir
aku membatu dihujung katil
sedang ada kaku terbujur dingin
bermimpi diulit ibu

aku jadi gila
bila engkau tiada
dapat bernikah kalau x cinta
8 thn bagai semalam bersanding
tersasar haluan kita

inikah dia krisis dipertengahan hidup*
menuntut pengertian merdeka
percintaan dulu bagai satu kepuraan
ke hulu ke hilir tah kemana

aku andaikan
kiranya kau kembali pagi ini
akan ku singkap setiap helai
perjanjian yang termeterai

ulang *
Ooooohhh....

ulang * smpi abis


ada banyak lagu lagi yang menerapkan ciri2 kesufian dalam lirik2 lagu2 rock suatu ketika dulu...penggiat2 seni yang ada menukilkan karya dari hati yang dalam bukan sekadar mau untung dengan kertas duniawi dan ringgit kesorgaaanya sahaja... inilah bekal2 buat peminat2 rockers yang meminati sebahagian lagu2 seperti diatas....akan ada waktu mereka terkejut dari lena yang panjang dan seterusnya mereka akan memahami apakah maksud si tukang cipta lirik tu...dan kemanakah yang dibawanya kita untuk menerjah dunia yang dalam itu....

MORAL:
-Bukalah minda, juruskan fikiran pada Yang Esa..kamu akan faham apa maksudku.... Bahagian II akan aku kupas mengenai makna lirik2 tersebut...dan apekah relevannya dengan dunia kesufian.....
- Cara Allah nak mengajar tiada batasannya...Tidak sekadar menerusi kalam AlQuran...pengajarannya meliputi apa yang ada dilangit dan bumi andai kita semua mengerti... jangan sempitkan fikiran...selagi kita bergelar makhluk,manusia yang diciptakan Allah selagi itulah DIA mengajar kita setiap masa tak kira siapa kita, apa agama kita, apa warna kulit kita, bodoh ke pandai kita, kaya atau miskin kita..tiada siapa pun yang tidak diberi petunjuk oleh Allah dalam sehari2... Tidakkah DIA jua Yang Maha Mulia dengan Sifat Rahman dan Sifat RahimNYA DIA?
-Tiada alasan untuk kita menyatakan Allah tidak meliputi perkara yang buruk,yang batil yang hina yang kotor.SEGALA-GALANYA adalah milikNYA dan DIA Berkuasa keatas Segala-GalaNYA.

wasalam....

Kg Kembali.......



Kampung Kembali

Disuatu ketika nanti
saat ketentuan yang pasti
kita kan balik kembali ke kampung kembali
suatu ketentuan yang telah dijanji
termetri sejak dari azali
yang seringkali dilupakan
oleh setiap kejadian
yang punya nama dan nyawa

Dikampung kembali itu
menantilah gugusan darah sekelian umat
dijemput diiring dengan gema suara
menerima kedatangan orang yang baru
saling bertanya keadaan sepeninggalannya

Disaat pintu gerbang itu dibuka
diangkat tabir jendela
yg selama ini terhijab dari pandangan
yang selama ini hanya didengari
dari para utusan
dirasa sendiri kesekian kalinya
tika dijemput sipenjaga jendela
sipemutus keinginan dan dunia
sipemutus angan-angan dan cita-cita
datang dengan pelbagai rupa
membawa berita diri dijemput
akan berakhir kunjungan sementara
dengan usia yang sekadar alat perhitungan
berbatang tubuh yang semakin dimamah
sebagai tanda suatu pengakhiran pasti kan tiba
takkan mampu sebarang sangkalan
selagi kita bernama ciptaan

suatu istiadat sarung hikmat
diibarat pemulangan barang keramat
dibersihkan,dimandikan,dipakaikan
laksana bilah keris dipulang
sarung dan hulu pula disemadikan
laksana sirih dipulangkan ke ganggang
sebegitulah sebuah pengertian
bagi yang bernama makhluk ciptaan

dsarung diurus sebaik mungkin
berwangian dengan satu wangian
disiapkan rumah yang sekangkang kera
walau harta menggunung dan pangkat digalas
tetap berumah itu juga
beralaskan tanah
berlandaskan tanah
berdindingkan tanah
berbantalkan tanah
bersendalkan tanah
berhartakan kain putih yang bakalan lusuh
disitulah pengabadian sarung pinjaman
sebagai tempat penzahiran
andai mengerti mata yang memandang
andai mengerti hati yang merasa
andai mengerti telinga yang mendengar
pasti telah dibuat persediaan
saat kembali dengan penuh persediaan

tatkala itu saat dan detik
cuma satu titik perbezaan
bagi yang direntang dengan ruang dan waktu
satu saat kita ada
satu saat kita terpisah
satu saat sarung dipakai
satu saat sarung ditanggalkan
meskikah kita mendabik dada?
dengan barang pinjaman yang ada
dihias dengan pelbagai rupa
yang indah, yang cantik ,yang menarik
bukan kita adanya
segalanya bukan milik kita
kerna kita langsung tak punya apa
usahlah tangguh dengan barang yang ada
kelak ia kan menjadi bala
saat tiada lagi taubat yang dapat
dipersembahkan kerna sarung telah tiada

segala ilmu telah dikurnia
dibaca difahami dan diketahui
apalah salahnya didalami untuk merasai
merasai sendiri bersaksikan mata sendiri
merasai sendiri bersaksikan mata hati sendiri
merasai sendiri bersaksikan telinga kita sendiri
merasai sendiri bersaksikan anggota kita sendiri
itulah kewajiban setiap makhluk
yang bernama manusia
yang dikurnia dengan akal dan fikiran
dihijab dengan nafsu yang meliar
menutupi setiap lubang2 keramat
dari menjadi insanul kamilan
menjadilah buta lagi membutakan

wahai jiwa-jiwa yang ada
kembalilah pada rukun azali
rasailah dengan mata hati
carilah diri sebenar diri
berjumpalah ia sementara terkandung
nafas dirongga kudrat beranggota
carilah..
fahamilah
RASAILAH

Rasailah keberadaan itu
setelah kita kembali sebelum tiba dikampung kembali
pulangkan apa yang ada sebelum dipulangkan segera

segala-galanya itu
adalah suatu penyaksian
akan sebuah tempat penzahiran
rasailah akan penyaksian itu
rasailah akan tempat penzahiran itu
nyatalah kau akan tahu
betapa ketidaktahuan itu
adalah perkara yang dirindu


ihsan lara dari
Ketunggalan mata pena
tulisan yang selalu dipandang
bukan dari mata pena tulisan yang dipandang
bukan dari dakwat yang dipandang
tapi ketelusan darinya itu
yang perlu dipandang, diperhalusi dan ditacapkan
tembus kedalam dada yang satu lagi.......






14.02.2011
3.00pm