Rabu, 7 Julai 2010

Mataku berkata.......



Adapun aku memandang yang banyak tertera satu jua adanya...
bilamana aku memandang yang satu yang tertera dalam banyak...
maka
semakin diolah semakin nyata
tiada rahsia lagi
Asma',Af'al,Sifat dan ZatNYA
memberitahu itulah ia
yang terbanyak itu
Tidak jelas lagikah bagimu?
Nikmat yang mana lagi yang kau nafikan?

Jika dipandang pada Asma'NYA maka terteralah kalimahNYA
Jika dipandang akan Af'alNYA maka terteralah Perbuatan dan KekuasaanNYA
Jika dipandang akan SifatNYA maka tertera lah SifatNYA yang termaktub didalam Simpulan Iman (Ilmu Aqidul Iman itu)
Jika dipandang akan semua Nyata Rahsia disebalik ZATNYA.
Sir didalam Sir

Aku memandang dengan pandanganMU
Bukan Aku yang memandang hanya KAU yang memandang
PandanganMU yang membuatkan aku melihat
Kata-kataMU yang membuatkan aku berkata

Umpama melihat cermin 
bukan zahir diri yang dipandang
hakikat diri sebenar diri
yang empunya dan dipunyai

Hakikatnya cuma 1
dizahirkan dan penzahiran 
itu menjadi rahsia
rahsia didalam rahsia
terhijap pula dengan 70 hijap

......bismillah
.......bismillahirrohmanirrohim
denganMU langkah kaki ku gerakkan
fikir akal dan deria ku singkap
aku ada kerna KAU ada
aku lebur tetap KAU jua yang ada
..................................




Al-kisah tisu dan segelas air



Secara tiba-tiba aku terpandang gelas air suam ditanganku..lantas aku letakkan secebis kertas tisu kedalamnya..ku lihat tisu itu diresapi..meresapi akan air yang berada disekelilingnya...Maka dengan itu sedarlah aku bahawa....... ( Sahabat2...sila fikir2kan jawapan anda? Bukalah minda...bukalah hati..dengan kalimah bismillah.... Untuk lebih jauh lagi...gantikan tisu tersebut dengan diri kita, dengan alam ini, dengan bumi ini atau dengan cakrawala ini..apa yang kau saksikan...? sapa yang bersaksi dan siapa yang menyaksi? Sebagai tambahan...lebihkan cahaya flash pada gambar tersebut? apa akan jadi? apakah sifat objek itu semakin ketara atau semakin hilang?

to be continued...