Ahad, 18 April 2010

Sudah Takdirnya Begitu...Tribute to Angah...


Khususan ya ruhi muhammad Halif bin Safaruddin...Alfatihah....

Terasa amat sedih tatkala melihat kemalangan jalanraya disana sini.. Bagaimanalah agaknya mereka ini meninggal dunia dalam keadaan sebegitu..siapakah yang terakhir bersamanya tika saat nafas terakhir itu berhenti? Pabila terkena batang hidung sendiri keadaannya amat memilukan..Terasa jantung begitu panas bagai direntap..tubuh longlai mendengar berita yang sungguh memilukan..Setakat kemalangan ringan tak mengapalah..tetapi bilamana meragut nyawa itu yang sangat memilukan... Apakan daya kita hanya manusia biasa... Siapalah kita untuk menyangkal ketentuan...

"Setiap yang hidup itu Pasti akan merasai kematian" cuma bila dan dimana serta bagaimana kematian itu tiba wallahualam... Cuma yang mendapat rahmat Allah yang akan menerima berita akan kematian itu sebelum kehadirannya dan bagi yang diberikan tanda-tanda akan kehadirannya bagi yang peka dan teliti dengan dirinya sendiri.

Tanggal 4.4.2010. Jam 5.30 Petang di Laluan jalan dalam Kg Pasir Tuntung, terdamparlah tubuh lesu anak saudaraku yang mengalami kemalangan motorsikal akibat terbabas bersama sahabat karibnya dan juga sebuah motosikal lagi yang ditunggangi oleh abangnya.Itulah nasib seorang pembonceng motosikal yang kebiasaannya lebih teruk dari yang penunggang. Namun sahabatnya itu cuma tercampak didalam parit dengan luka ringan manakala anak saudaraku, angah patah kedua2 kaki dan mengalami polytrauma, luka dalam di dahi kanan diatas mata kanannya.

Aku cuma mendapat berita itu jam 7.00ptg selepas selesai kerja2 fotografi perkahwinan serta selepas berehat sambil minum petang di pantai remis bersama teman2 dan pembantuku.Sudah terlambat untuk aku berbuat apa-apa selain menunggu dirumah kakakku kerna tidak dapat untuk ke hospital tanjong karang atas sebab jenazah akan segera dihantar ke rumah. Aku tak dapat menahan sebak dan emosiku. Jika aku dapat segera balik awal selepas job tersebut, berkemungkinan besar aku dapat membantu menghantar angah ke hospital dengan segera. Namun, kemalangan yang berlaku biasanya cukup ramai yang menyaksikan.. tetapi berapa ramai yang nak menolong dengan pantas? saat panik dan cemas itu 1 saat amat berharga bagi kita semua. 1 saat yang membezakan seseorang itu kemalangan,terbabas atau tidak. 1 saat yang berharga untuk kita bertindakbalas atas sesuatu perkara yang berlaku itu agar kita bertindak sebaliknya..

Aku pasrah dan redha atas ketentuan ini..Sambil membersihkan wajah dan tubuhnya dari lumpur dan kekotoran tanah sejurus selepas jenazah tiba dirumah kakakku. Sementara abangku menggunting baju dan seluar jeans yang dipakainya bagi memudahkan kerja-kerja mandikan jenazahnya nanti.Kemudian dilapiskan dengan kain batik lepas menutupi tubuh badannya..Air mata ku semakin laju dan peluh menitis dan membasahi segenap tubuhku sewaktu membersihkan wajahnya dengan air suam. "Rupa angah macam tengah tidur!" berkata dalam hatiku..semakin sebak melihat luka yang dalam di dahi kanan diatas kening kanannya itu.Seperlahan mungkin aku membersihkanya sambil menahan titisan air mataku yang semakin laju..Terus aku berikan kain tuala good morning itu kepada abangku untuk meneruskan membersihkan tubuh jenazah angah dibahagian kanannya kerna aku tak mampu untuk meneruskannya... Ya, Allah berat sungguh ujian ini.. Melihat anak saudaraku yang manja denganku, yang ringan tulang dan sentiasa membantu ibunya, yang sensitif,periang,bertanggungjawab meskipun baru berumur 14tahun.

Aku bersama-sama,kakak dan makcik2 yang lain menemani jenazah dengan Surah Yassin, Surah Fatihah yang entah berapa kali aku pun tak mampu mengingatinya serta tahlil semampu diriku..

Pagi yang begitu tenang disertai awan yang berkepul-kepul seakan mengiringi kesedihan kami sekeluarga. Aku berserta abang-abangku yang lain serta ayah dan abang arwah memandikan jenazah.Hiba sungguh melihat sekujur tubuh yang pernah bergurau senda denganku, yang pandai mengambil hati orang yang lebih tua, yang suka membuat lawak kini seakan tidur tak mampu berbicara selamanya.Selepas itu dikapankan dan disediakan untuk disembahyangkan. Ramai sungguh orang diruang tamu itu apalagi yang berada diluar rumah.Selesai disembahyangkan diberi penghormatan terakhir untuk sesiapa yang ingin mengucup wajahnya buat kali terakhir..seorang demi seorang kakak dan abang-abang serta ayah,neneknya dan ibunya.Ayahku amat sedih dan hampa sewaktu mengucup pipinya.Tiba disaat aku mengucup pipi dan dahinya..sebak yang teramat dan nafas yang tersekat aku menahan air mata dari jatuh.. "Angah..ini kali terakhir acik dapat cium pipi angah tau..Lepas nih acik tak dapat nak cium pipi angah dan manja-manja ngan angah lagi.."

Aku bersama abg-abg serta saudaraku sama-sama menggangkat jenazah dan menghantar diperkuburan kg api api. Saat yang sukar itu aku gagahi juga...Satu persatu tanah dijatuhkan diatas keranda dan terus menerus tanah menutupinya.Talkin dibacakan untuknya dan peringatan untuk kita yang masih hidup!. Aku hanya mampu mengagahi tubuhnya dengan qudratNYA. tubuhku longlai tak bertenaga dan emosiku terganggu.

Buat Along...
"Along...dulu along berdua, Angah yang rajin tolong mak, rajin wat kerja cari duit. Selalu dok umah temankan mak.Walaupun dah 14 tahun pun tido bawah ketiak mak lagi. Skang dia dah takde. Along pula kena lebih bertanggungjawab dalam keluarga.Tolong mak ngan abah.Jangan biar mak sorang-sorang kat umah.Kalau siang tu jangan kuar lama-lama sampai maghrib macam dulu gi mancing ke gagau ikan ke jerat ayam utan lagi. Hari-hari kirim fatihah kat angah..kalau teringat je terus kirim fatihah. Itu je yang dapat kita buat. Dikenang-kenang pun tak dapat buat apa lagi.Al-Fatihah je kiriman kita buat dia long" Nasihatku pada anak saudaraku yang sulung,Along. Mereka cuma 2 beradik.Pergi seorang tinggallah seorang.

Buat angah...
"Angah, Acik doakan moga Allah mencucuri rahmat keatas angah.Semoga angah dapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w diakhirat kelak.Acik hanya mampu kirim fatihah buat angah dialam sana. Acik dah tak dapat nak bagi angah pinjam PS/2 acik lagi..Tak dapat bawak angah gi pasar malam dan pasar ramadhan lagi macam dulu. Acik tak dapat nak makan ramai-ramai sama ngan angah, wat lawak, gi mancing kat laut kat parit, gagau ikan puyu,ikan haruan,ikan keli masa parit kering nanti.Acik pasrah...dan redha atas ketentuan ini..Acik sayang angah...dunia akhirat!

Khususan ya ruhi muhammad Halif bin Safaruddin...Alfatihah....