Khamis, 12 Julai 2012

Sudah Sucikah hadasmu ini hari?




Sucikah hadasmu ini hari?

Segala yg terbit diminda dan akal
yang dicambahkan dengan ilmu sebagai suluhan
segala yang dilakukan oleh segala pancainderamu itu
sudahkah kau sucikan dari hadasmu?

Apakah kamu sudah berhadas pada hari ini?

kenyataan itu bukan picisan 
atau omongan kosong 
yg buat dihilai tawa dimedan selera
atau buat dicarik-carikan dimedan muka buku
menyorot segenap mata tuk melihat atau diperlihatkan
melalui kaca mata palsu sinaran ultra-ungu

Nilai digaris diakal minda
sekadar pelentur buluh tua agar tak patah dilentur
dengan kawalan api tika dilayur
agar tak hangus atau rapuh tika dibengkokkan

mensucikan air yg sememangnya suci?

tubuh bersih yg harum selepas mandi belum tentu suci akan ia
apakah kesucian itu kau sendiri yg nilaikan
atau Yang Maha Suci yang menganugerahkan?
dan apakah penganugerahan itu tidak kau lihat kesannya?
apakah tidak kau intai-intai dirimu itu?
intai luar dan dalam agar keseluruhannya tersuci dan disucikan

Segenap 7 terlihat itu perlu kau sucikan 
jgn dilupakan kerna ia tersembunyi dari suatu sudut gandaan
telitikanlah akan dikau disegenap penelitian
jgn sampai terbungkam dek layar dihadapan
jgn sampai diterhias dek bunga2 pelayan 7 sutera
diuliti dan teruliti dek keharuman 
petala syurga yg kau impikan

nahhhhh...

cermin itu yang kan kau hadapkan 
tersisi lah kata2 pendua
bak naruto vs kurama
cuitan demi cuitan
kembaran ilusi menjadi kenyataan
perangmu semakin ketara
apakah sifat kekasih sudah kau salinkan?
bertunjangkan dengan akal sebagai pedoman
samada tuntas ataupun tidak
ketentuanNYA menjadi anugerah
kecundangmu bukan penamat
kejayaan bukan penyudah

teruskan
teruskan
teruskan
teruskan

pelayaran semakin merabung
tak ternampak dek kesayupan
usah berkira2 apa disana
kerna

Redha, Ikhlas , Tulus , Pasrah
Kunci pintumu bertambah
kerna pintu semakin banyak tuk dibuka
jgn kelelahan dimamah waktu

"AKU sedang menunggu kehadiranmu"
Kemarilah kau wahai hambaku
namun berhati2lah akan gerak langkahmu
tetapkan pendirianmu
 akurkan langkahmu

AKUKAH segala yg kau mahu?