Ahad, 8 Ogos 2010

Tanpa suara...tanpa kata...

Siapalah aku?
tak punya nama,
lagi pula buta,
bisu dan pekak.
tangan dan kakiku
lumpuh tak bergerak.

Nafasku tiada
jantungku tiada..
apatah lagi untuk berdegup..
tubuh badanku yang ada ini semakin melebur..
hancur bak debu berterbangan disira air hujan
lantas lenyap tak terkesan..

tiada zat aku...
tiada sifat aku..
tiada asma aku
tiada af'al aku..
yang ada hanyalah DIA...

DIAlah Zat
Dialah sifat
DIAlah asma'
DIAlah af'al
DIAlah segalaNYA

Tiada segala yg mumkin yg aku pandang.
Yang ada hanya ALLAH.Empunya Nama bagi DIA.
Tiada Nama-nama mumkin yang ku lihat
Yang ada hanyalah Asma'NYA
Tiada Sifat2 mumkin yang ku lihat
Tang ada Hanyalah Sifat-sifatNYA
Tiada Af'al yang dibuat
Melainlah SegalaNYA Af'alNYA sendiri

DIAlah segala Zat
Dialah segala sifat
DIAlah segala asma'
DIAlah segala af'al
DIAlah segalaNYA

Mengenal Allah dengan Allah
Mengenal Allah dari Allah
Mengenal ALLAH kepada Allah

Terbit aku adalah baharu.Diciptakan aku setelah ditiupkan padaku ROhNYA..
Bernyawa aku dengan kurniaanNYA.
Bernafas aku adalah kernaNYA.
Deria aku adalah bersifat pinjaman
Sifat Ma'ani yang terbit dari sifat2NYA
Layakkah aku meminjam sifat2 itu?

Lantas apa mahu mendabik dada semahunya?
Lantas jerit,hilai tawa itu aku yang punya?
Sememangnya itulah sifat Adam yang ada dalam diri
Terkhilaf dari kesabaran yang hakiki
Bak Nabi Musa dan Khidir
Dua pandang yang tak mengerti
antara yang tersimpan dilubuk sanubari...