Rabu, 17 Disember 2008

Pengembaraan Menjelajah Perak bersama Warga Merahsilu - Day 1
















Selepas Masjid Lama Kg Batak Rabit, Maka Diteruskan perjalanan seterusnya pada hari pertama ini 15 Ogos 08 lebih kurang jam 5 ptg.

Kemudian perjalanann diteruskan dengan singgahan ke Menara COndong Teluk Intan.

Kemudiannya lagi pergi pula ke Makam Sultan Abdullah I (Marhum Durian Sebatang) yang terletak di perkampungan melayu ditengah-tengah perumahan yang rata-rata penduduknya cina. Macam mane tu? Macam nak menyembunyikan sesuatu jer. eceh..gaya bahasa pun dah macam abg MS dah.. hahaha..sorry ar bro...terikut-rikut lak.. Tapi yang menyedihkan saya mengapalah makam-makam sultan2,kerabat2 diraja sebegini terbiar tak berjaga. Bukanlah kita nak memuja makam dan kubur lama, cukup sekadar tanda ingatan untuk kita dan sebagai bukti untuk ditunjuk pada anak cucu cicit picit piut miut kita kelak. Janganlah kita bersikap meninggi diri dengan melupakan mereka-mereka yang dah pergi.. kelak kita pun akan pergi juga nanti. Ke dalam kubur gak kita nanti. Apa perasaan kita kalo kubur kita sendiri semak samun cam hutan belantara dan waris-waris kita gila dengan keduniaan tanpa memerhatikan dan mengambil iktibar kita yang telah pergi. Kalo mcm ni la sikap org kita,tak mustahil la dengan "melayu mudah lupa" lupa sejarah..lupa jati diri...lupa asal usul...dah la la lupa...bukan nak berusaha nak mencari pulak tu... eh..udah2...melalut pulak dah nih.. iya ar benda betul kan.. ok..ok...kita sambung balik..kang asek membebel kang bile lak mase nak upload gamba lagi..haha..kang kene tembak lagi...hehehe..

Apa yang sangat menarik kat sini saya nak kongsikan tentang Lakaran Wajah Tok Putih (Tok Janggut) yang terletak dalam Tokong Cina kat tepi jalan tu.. Mmg pelik..diorang sembah tok tu kerana dia ada keramat. Kalo tok dia tu cina takpe la..dr gambar tu tgk ciri2 Islam..ader tasbih, berbaju melayu, bersampin berkopiah. Lepas ditanya Apek tua tu leh tunjuk lak gmbr tu dengan kaitkan dengan makam marhum durian sebatang..ha tu dia...takpe...biasalah kaum lain kalo tgk kepelikkan seseorang tu maka dia akan start puja la org tu akan kekeramatan yang ada padanya..so benda ni inherit la dari satu generasi ke satu generasi yang lain sehingga mungkin ada kelak generasi tah keberapa kata tu lah salah satu dewa.. ini kenyataan la..bkn sengaja nak buat cite..

Saya pernah tgk perkara serupa kat tanjong karang, ader satu tokong kecik tu patung tu pakai baju melayu warna hitam bersampin dan bertengkolok bagai..cam tengah berzikir bertapa. Saya pun pelik..tu ciri2 orang islam apsal diorang gi wat patung tuk disembah? So ada member bgtau tu patung tok hitam dan tok hitam tu ade keramat. So sendiri mau ingat la kan...

Lepas ni kita pegi plak ke destinasi seterusnya....jom kawan-kawan!
(eceh..ni kes tiru abg MS ni...kang kene bedal baru taw amik hakcipta orang...hahaha)

Pengembaraan Menjelajah Perak bersama Warga Merahsilu - Part 2










Sungguh berperang dengan diri sememangnya lebih sukar dari perang dengan orang lain, walau apa pun melanda yang dijanji tetap kan ditunaikan walaupun masa telah berlalu pergi. Untuk kesekian kalinya saya ingin meneruskan agenda saya yang dah hampir berbulan tertangguh. Bagi saya cukuplah saya menerangkan tentang gambar-gambar tersebut, untuk penerangan lanjut bolehlah refer blog Abg MS merahsilu.blogspot.com dan dapatkan VCD Siri Sekitar Perjanjian Pangkor 1874 Keluaran MerahSilu Production Sdn Bhd. Dapatkan Sekarang!!! kalau tak rugi lah nnti... Hehehe.. Ada cam promoter tak??

Dalam Sesi Pengembaraan ini, Sepertimana gambar diatas adalah Gambar Masjid Lama Kg Batak Rabit dan sekitarnya. Apa yang menarik hati saya dalam 100m dibelakang masjid tersebut adalah sungai perak yang hampir dengannya.Terdapat tapak masjid lama disebelah kanan makam-makam tersebut. Terasa seakan tempat ini merupakan tempat tumpuan orang dahulu yang rata-rata menggunakan sungai perak sebagai jalan pengangkutan utama. Tergambar pula rumah-rumah lama dan istana lama yang tegak dikawasan tersebut. Aneh kan..