Rabu, 17 Disember 2008

Pengembaraan Menjelajah Perak bersama Warga Merahsilu - Part 2










Sungguh berperang dengan diri sememangnya lebih sukar dari perang dengan orang lain, walau apa pun melanda yang dijanji tetap kan ditunaikan walaupun masa telah berlalu pergi. Untuk kesekian kalinya saya ingin meneruskan agenda saya yang dah hampir berbulan tertangguh. Bagi saya cukuplah saya menerangkan tentang gambar-gambar tersebut, untuk penerangan lanjut bolehlah refer blog Abg MS merahsilu.blogspot.com dan dapatkan VCD Siri Sekitar Perjanjian Pangkor 1874 Keluaran MerahSilu Production Sdn Bhd. Dapatkan Sekarang!!! kalau tak rugi lah nnti... Hehehe.. Ada cam promoter tak??

Dalam Sesi Pengembaraan ini, Sepertimana gambar diatas adalah Gambar Masjid Lama Kg Batak Rabit dan sekitarnya. Apa yang menarik hati saya dalam 100m dibelakang masjid tersebut adalah sungai perak yang hampir dengannya.Terdapat tapak masjid lama disebelah kanan makam-makam tersebut. Terasa seakan tempat ini merupakan tempat tumpuan orang dahulu yang rata-rata menggunakan sungai perak sebagai jalan pengangkutan utama. Tergambar pula rumah-rumah lama dan istana lama yang tegak dikawasan tersebut. Aneh kan..

Tiada ulasan: