Mak...
Maafkan aku selama ini kerana begini
mengabaikan mak dan membuatkan mak sedih selalu
aku akui mak...
akulah yang paling nakal antara adikberadik
akulah yang paling ego dan yang paling brutal
bertindak mengikut hati sendiri
keras kepala
yang membuatkan mak selalu sedih
menangis sendiri
Mak..
Hati anak mana yang mampu melihat..
bondanya terbaring terkapai-kapai tak berdaya
tak mampu bergerak diri adanya
pasrah pada kudrat yang ada..
Mak..
Maafkan aku kerna tak balik lebih cepat hari itu
Tak sangka sampai begitu jadinya
terjatuh dan
Terbiar kesejukan menggigil kerana tak mampu bergerak
dimamah nyamuk berjam-jam adanya
sampai ke pagi adanya
Sungguh hati mana yang tak sebak
melihat keadaan mak sebegitu rupa
Mak...
Ampunkan aku
atas kecuaian dan tidak mengambil berat
akan kesihatan dan keadaan mak
Ampunkan aku mak..
aku terpaksa mengambil jalan begini
bukan kerana tak sayang
bukan kerana terpaksa
meninggalkan sesuatu yang menjamin masa depan
meninggalkan kerja
Aku tahu mak..
mak tak ingin melihat aku berhenti kerja
hanya kerana untuk menjaga mak
tapi mak..
aku berbuat semua ini untuk mak
selagi mak masih ada
biarlah anakmu ini menggembirakanmu
biarlah anakmu ini membahagiakanmu
dengan segala kudratku yang ada
Insyaallah
jika diberkati akan perjalanan ini
rezeki dan kejayaan itu akan tiba kelak
usahlah mak risau akan diriku ini
pandai-pandailah aku mencari sesuatu
bakal mengganti perjalanan yang lalu
Mak...
Biarlah mereka membuat sambil lewa
tetapi selagi aku masih bergelar anakmu
aku tetap akan menjagamu
menyayangimu sepenuh jiwa ragaku
Mak..
tak tergambar olehku
betapa aku amat menyayangimu
Maklah
satu-satunya
pengarang jantung hatiku
sebagaimana pernah mak lafazkan padaku
masa aku masih kecil dulu
Pengorbanan mak
tak terbalas olehku
Moga Allah merahmatimu sepanjang hayatmu
Mak
Anakmu ini mendoakan agar
Semoga penderitaanmu diringankan
sakitmu disembuhkan
agar dapat mak panjatkan
kesyukuran
dan
dapat beribadah dengan sebaiknya
dan sesempurna mungkin
Ya Allah
KAU ringankanlah beban ibuku
KAU sembuhkanlah sakitnya
agar dia mampu
menguruskan dirinya
agar dapat dia
beribadah dengan sempurna untukMU
agar dapat dia melancarkan zikir dan ibadah
untukMU
:Runtunan hati anakmu:
4-4-2009 ~ 14-6-2012 = 3 thn
penderitaan mak berakhir 14.6.2012
semoga ALLAH merahmati roh mak dialam sana
aminnn
Maafkan aku selama ini kerana begini
mengabaikan mak dan membuatkan mak sedih selalu
aku akui mak...
akulah yang paling nakal antara adikberadik
akulah yang paling ego dan yang paling brutal
bertindak mengikut hati sendiri
keras kepala
yang membuatkan mak selalu sedih
menangis sendiri
Mak..
Hati anak mana yang mampu melihat..
bondanya terbaring terkapai-kapai tak berdaya
tak mampu bergerak diri adanya
pasrah pada kudrat yang ada..
Mak..
Maafkan aku kerna tak balik lebih cepat hari itu
Tak sangka sampai begitu jadinya
terjatuh dan
Terbiar kesejukan menggigil kerana tak mampu bergerak
dimamah nyamuk berjam-jam adanya
sampai ke pagi adanya
Sungguh hati mana yang tak sebak
melihat keadaan mak sebegitu rupa
Mak...
Ampunkan aku
atas kecuaian dan tidak mengambil berat
akan kesihatan dan keadaan mak
Ampunkan aku mak..
aku terpaksa mengambil jalan begini
bukan kerana tak sayang
bukan kerana terpaksa
meninggalkan sesuatu yang menjamin masa depan
meninggalkan kerja
Aku tahu mak..
mak tak ingin melihat aku berhenti kerja
hanya kerana untuk menjaga mak
tapi mak..
aku berbuat semua ini untuk mak
selagi mak masih ada
biarlah anakmu ini menggembirakanmu
biarlah anakmu ini membahagiakanmu
dengan segala kudratku yang ada
Insyaallah
jika diberkati akan perjalanan ini
rezeki dan kejayaan itu akan tiba kelak
usahlah mak risau akan diriku ini
pandai-pandailah aku mencari sesuatu
bakal mengganti perjalanan yang lalu
Mak...
Biarlah mereka membuat sambil lewa
tetapi selagi aku masih bergelar anakmu
aku tetap akan menjagamu
menyayangimu sepenuh jiwa ragaku
Mak..
tak tergambar olehku
betapa aku amat menyayangimu
Maklah
satu-satunya
pengarang jantung hatiku
sebagaimana pernah mak lafazkan padaku
masa aku masih kecil dulu
Pengorbanan mak
tak terbalas olehku
Moga Allah merahmatimu sepanjang hayatmu
Mak
Anakmu ini mendoakan agar
Semoga penderitaanmu diringankan
sakitmu disembuhkan
agar dapat mak panjatkan
kesyukuran
dan
dapat beribadah dengan sebaiknya
dan sesempurna mungkin
Ya Allah
KAU ringankanlah beban ibuku
KAU sembuhkanlah sakitnya
agar dia mampu
menguruskan dirinya
agar dapat dia
beribadah dengan sempurna untukMU
agar dapat dia melancarkan zikir dan ibadah
untukMU
:Runtunan hati anakmu:
4-4-2009 ~ 14-6-2012 = 3 thn
penderitaan mak berakhir 14.6.2012
semoga ALLAH merahmati roh mak dialam sana
aminnn
2 ulasan:
semoga mak awak sehat seperti sediakala... amin.
Bagus luahan ini. Insyaallah Tuhan akan makbulkan harapan! :]
Catat Ulasan