Rabu, 30 September 2009

Salam 'Aidulfitri 1430H


Salam 'Aidulfitri buat rakan2 sahabat handai,sanak saudaraku semua. Mohon Salam kemaafan andainya tertera kekhilafan dariku zahir dan batinku.Sememangnya kita tak dapat lari dari kelalaian dan kekhilafan diri.

Meskipun pelbagai persoalan dan permasalahan yang melanda.Aku sentiasa bersyukur diatas segalanya meskipun pergolakan diri zahir dan batinku hampir saja melunaskan diriku sepenuhnya.Hanya satu yang ku pohon, keberkatan dan bantuan terus dariNYA dalam menghadapi suasana kehidupan yang dihadapanku ini.Semoga dapat aku ketemui diriku yang entah kapan menghilang.Terbelenggu aku tanpa arah buat seketika.Bak kanak-kanak kehilangan ibu bapanya di shopping mall lagaknya aku... Ada kalanya nafasku sesak dan menyesakkan.Semakin semarak semuanya bilamana segala yang berada disisi terenggut satu persatu.Nafas redha cuba ku sapu diseluruh tubuhku.Cuba ku rendam ia semoga dapat mengheningkan kepanasan terik mentari yang menduga setiap saat dan ketika.

Semoga hari2 yang sudah dapat ku jadikan daya untuk ku bergerak. Semoga nafas kesegaran ini akan terus menyegarkan aku agar terus bergerak,berlari dan terus berlari.


Salam sayang dariku
@radencilik

1 ulasan:

PerpatihTulus berkata...

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.