Ni aku dapat email arini tentang perkara nih..So kalo korang ader jawapan yang bernas letakkan dalam komentar ya.. FIkir-fikirkan...Renung-renungkan & Selamat Beramal... :)
SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya.Hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.Disinilah perlunya kebijakkan dan idea bernas dari orang-orang islam sendiri dalam mempertahankan pegangan dan ilmunya.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.Lagipun dalam Al-Quran ada banyak bercerita tentang bani israel.Mmg byk disebutkan juga nama bani israel.Disini banyak kali disebutkan kerana bani israel sendiri merupakan kaum yang degil dan angkuh walaupun Allah telah turunkan Nabi-nabi dari kalangan kaum mereka sendiri tapi mereka masih angkuh.Jadi penekanan banyak kali disebut menyatakan penegasan terhadap sesuatu perkara yang Allah nak sampaikan kepada kita semua.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami'
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?
10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"
11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga
12)
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Lagipun dah diketahui bahawa daging khinzir itu mengandungi kuman/bacteria yang memudaratkan dan tidak akan mati walaupun dicuci ngan air biasa,dikenakan haba yang panas. Ia hanya mati bila direndam dalam air tanah.Jadi apakah kene perap daging bab tu ngan air tanah? Hehe.. sanggup ke diorang nak makan?? Lagipun tengok la kulit org yang makan daging khinzir tu..bertompok2
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat menyatukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah hanyalah kiblat. Perlu tahu bezakan.
Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah( atas sejadah ) untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Barangkali mungkin juga ada anak-anak kecil yang cukup bernas soalannya bertanya pada kita akan beberapa soalan cepu emas, so apa persediaan kita untuk menjawabnya sebagai seorang muslim? Jadi jawapan yg disampaikan tak perlu panjang lebar cukup sekadar ringkas dan padat. Perumpamaan dan kiasan juga amat membantu dalam menamatkan hujah yang tak berasas itu. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam
2 ulasan:
salam kanjeng raden.. artikel tuan ini saya ambil.. mintak dihalalkan dunia akhirat..
Wasalam... Oh Artikel ini..Saya pon mengambil dari laman web dan ditolok tambah sedikit oleh saya.
Sama2 kita berbagi2 ilmu pengetahuan dan berkongsi adalah sesuatu yg bermakna bg saya.Silakan...semoga ianya dapat memberi manafaat kepada semua... :)
Catat Ulasan