Selasa, 17 Mac 2009

N O K T A H

Perutusan ini adalah rasa untuk diriku sendiri.Semoga ianya akan menebalkan rasa pengertian yang amat dalam bagi mengerti akan keberadaan ku disini. Sesungguhnya tiada apa yg dapat aku jelaskan bahawa segalanya hanyalah satu cerita

Segalanya bermula
Pengertian harus diperhalusi
Siapa AKU
Siapa Dia
dan siapa engkau

Kita semua berada dalam satu cerita yang maha luas
semua mahkluk bernyawa atau tidak, berjasad atau tidak
Manusia,malaikat,jin,syaitan,haiwan,tumbuhan dan
semua yang diciptakanNYA merupakan watak dalam cerita
Cerita yang berskrip tanpa pernah kita baca jalan cerita atau sinopsisnya
Skrip yang tertera di Loh Mahfuz
Sudah tersurat dan tersirat akan ceritanya

Scene 1 : Take 1 : Action!!
Dimana bermulanya
kronologi bertali arus tanpa henti
dimana masa yang dijanji
MASA?
keberadaannya hanyalah umpama sehari cuma
Masa diatas masa
Masa didalam masa
masa didalam rahsia
bak aturacara gelung bergelung dan digelungi dan menggelungi

Semuanya kita
bergelar manusia
Semuanya SAMA
Semua punya roh
semua punya jasad
semua punya nafsu
semua punya anggota
semua telah melalui perjanjian
Perjanjian antara Pengarah dan Pelakon
Pelakon yang melakonkan watak dengan skrip
la hawla walla qu watta illa billah hil aliyyul adzim

Namun
untuk menjadi pelakon yang cemerlang disisiNya
akan punya watak
cabaran sudahpun terhidang dari segenap penjuru
musuh sudah pun dikenal
tapi
rupanya
titik dari dalam manusia itu sendiri yang menjadi punca
akan terbiaslah segala-galanya
samada menjadi rapuh atau kukuh bak besi waja
itulah hati dan nafsu

Agama,bangsa,warna kulit,bahasa,pangkat dan kuasa
hanyalah props
menambah warna
dan seisinya

Semuanya
para pelakon melakonkan perkara yang sama
berulang-ulang
bezanya
cuma masa,keadaan,tempat
walau apapun kronologinya ianya tetap sama
sama

semuanyanya hanya kan menjadi imbalan
secara terus atau kemudian
samada untuk mendapat hasil dari untung atau rugi berlakon
samada ingin mendapat pengiktirafan berlakon
samada untuk dekat dengan pengarah
samada untuk menyayangi pengarah
mahupun mahu memperhambakan diri kepada pengarah


tidakkah semakin kita keluar
semakin kita nampak
atau semakin kita ke dalam
semakin kita dekat

Minda
akal
jiwa
tali
aku
perlu bersatu

terdampar
tersudut
rasa
padaNYA



AKU <-- Dia <---> engkau





Tiada ulasan: