July 24, 2007
Rona Jiwa
Tak terdaya rasanya diriku ini.Mengungkai setiap derita yang tiba.Meskipun terkadang ku lepas..terkadang ku tak terdaya.Perjalanan yang masih jauh ku rasa, seakan tak percaya begini adanya.Aku keliru..antara sabar mahupun tidak antara bahagia atau tidak..yang ku cari bukan sempurna tapi yang mampu membuat ku bahagia selamanya. Aku tahu insan-insan itu tersenyum gembira bila ku berduka..biarlah mereka begitu..aku bersyukur sentiasa atas apa yang tiba..meskipun baik mahupun sebaliknya..yang pasti dugaan hidup setiap insan berbeza..aku..kau..mereka ataupun sesiapa sahaja.Akar dan ranting takkan sama.
Ku sedar siapa aku mahupun dirimu.. Sekurang-kurangnya terbitlah siapa dirimu disebalik senyum palsumu itu.. ternyata insan setia bila kesenangan tiba menghilang tika berduka.Lumrah manusia.. Sekali ku terkena takkan datang yang kedua..jangan kau kata ku kejam..aku hanya melindungi apa yang harus ku lindungi..hati dan perasaanku.rezeki dan ketentuan adalah terletak padaNYA.Sedikit pun bukan lahir darimu..Usah kau berangan kau mampu menghancurkan sikitpun semangatku..ia takkan luntur walau sedikit...
seandainya ini dugaan yang harus ku tempuhi..aku redha...aku ikhlas.. semoga ia memberikan keberkatan dalam hidupku seterusnya..Izinkan aku memaafkan setiap insan yang melukai hatiku..semoga hatiku kan sembuh secepatnya.agar aku mampu melangkah pergi dan berlari kembali mencari sebuah erti..penghidupan..
yang mana kau atau aku masih kabur....kerna dihadapanmu takkan kau dapat jangka apa yang bakal atau akan terjadi.semuanya kabur..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan