Rabu, 31 Oktober 2012

Sehelai rambut dibelah tujuh....Tajam bak pedang yg menghunus..

Pandangan mikro sehelai rambut


Begitulah Al-kisahnya perihal titian Siratul Mustaqim yg diperihalkan terhadap kita... titian yg umpamanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya pula setajam mata pedang yg menghunus,..apakah saja penceritaan ini hanya peristiwa semasa diakhirat sahaja yg boleh kita perihalkan?

Pandanganku sebegini halus lg mikro akan sehelai rambut itu adalah diumpamakan seumpama diri kita...seumpama pegangan dan iktikad kita.. adakala dalam perjalanan diri kita tuk mengenal diri dan mengenaliNYA itu akan sampai disuatu ketika nanti iktikad dan pegangan kita akan diuji secara sgt terperinci... sejauh mana iktikad dan pegangan diri kita...sehinggakan ianya diumpamakan bak sehelai rambut dibelah tujuh..sebegitu halus dan seninya akan cabang perjalanan akan kebenaran demi kebenaran itu... akan kita tempuhi lagi kebenaran demi kebenaran lagi yang saling menyeliputi sesama diantaranya... antara kebenaran itu ada dimensinya tersendiri. Boleh saja satu diantaranya bertikam diantara sesuatu yang lain andai yg memahaminya itu menghadkan akan cabang mindanya... cabang kebenaran yg menyeliputi itu adakalanya sangat tajam dan halus..yg memungkinkan untuk mendapat penolakkan dari pandangan kebanyakkan yg melihat dan memandang...

Sesungguhnya itulah sesuatu yg dapat kau fikirkan dan telah dikurniakan... tanpa kau bersusah payah.. mengertilah akan perihalnya...sesuatu itu sangat dangkal bagi mereka2 yang menafikan.. 

Disegenap acara yang terhampar itu , cuba kau fitrahkan utk dibelah menjadi 7 cabang pandangan yg berbeza2,....setiap cabang itu akan mempunyai perihalnya tersendiri...mempunyai cerita dan kebenarannya tersendiri.. berdiri pada setiap belah cabang pandangan tersebut yg mengukuhkan pandangan dan  iktikad daripadanya pula sangat tipis dan tajam yg terus bisa menghunus dombaan palsu... kebenaran itu saling bersulaman diantaranya ..apatah lagi dimensi demi dimensi kau aturkan penjelajahanmu..

Saksikanlah kebenaran demi kebenaran , Haq yang terbina diatas perjalanan Haq itu... Usah kau persoal dan berbasa basi... kerna pasti kau takkan sabar bak perihalnya Nabi Musa dalam perjalanannya dicabang antara dua lautan itu... 

Wallahua'lam...

Tiada ulasan: