Khamis, 24 Februari 2011

Putus...


Sinar mata itu menyamankan
tak menyilaukan atau menyakitkan
seakan cahaya yang menerobos
gerbang rasa itu semakin terang
menghapus bayang hitam
mahupun sisi gelap
sudut pandang mahupun sisi
tubuh dan yang tersembunyi itu
tetap tersirna oleh cahaya itu

silih berganti gemerlap cahaya
dari warna ke warna kosong
sejuk menerjah kalbu
hilanglah gerak dan keakuanku
tenggelam dalam gerak yang satu
hilang pandangan dan keakuanku
tenggelam dalam pandangan yang satu
hilanglah keakuan diri luar dan dalamku
tenggelam dalam lautan kepasrahan
lautan zat Yang Haq lagi Mutlak
berlayarlah sebutir debu halus
digenangi lautan hikmah
keserata lautan yang luas
memerhati keberadaanNYA
merasai keberadaanNYA
disegenap ketika tanpa masa dan ruang
tanpa diperbatasan dinding
itulah yang disaksikan olehNYA

Pandangan yang dipandang
itulah Yang memandang
Segala pendengaran yang didengari
itulah Yang Mendengar
Segala rasa yang dirasai
itulah Yang Merasai

tiadalah lagi siluncai
mahupun labunya..
tiadalah suara membiarkannya
sekadar sebuah layar sinetron
melayarkan pandangan dari sudut yang dalam
memancarkan pandangan dari tiub kaca
keserata alam penciptaan
keserata yang mumkin lagi muhaddas
asal dari titik yang satu
hingga kembali wujud hakiki
tanpa sesuatu
itulah kemutlakkan
itulah yang haq
dari sisiNYA

putus segala keputusan
putus segala akal fikiran
putus segala kehendak dan angan-angan
putus segala bayangan dan penciptaan
semuanya kembali kepadaNYA jua

Tiada ulasan: