Rabu, 25 Ogos 2010

Perang Mujadatul Nafsin Ramadhan 1431Hijrah


Oh ramadhan....
mengapa dibulan berkah kali ini
terasa sungguh aku akan dirimu
kali ini kau datang bukan dengan sapaan
lembutmu seperti selalu tetapi
kali ini kau datang dengan rentapan dan henjutan
yang teramat sangat....
membuat aku terkejut dari lena dalam buaian

Maka benarlah kata-kata kekasihMU
bulan ini bulan ujian dimana
bulan syawal nanti bulan kemenangan
meraikan manusia yang bertukar menjadi insan
yang seharusnya kelak menjadi insanul kamil
tapi berapa keratkah manusia yang memperolehinya?
diantara ramai sungguh yang menjalaninya?

bak mendapat haji mabrur...
ada ketika tak seorang pun yang memperoleh
dikala ribuan insan yang menunaikannya
tapi ditunaikan pula pada insan yang tidak menunaikannya
kerna wang sakunya untuk menunaikan haji
diberikan kepada yang memerlukan...
begitulah sungguh Allah jua yang mengerti
hakikat tersurat dan tersirat
dalam kitab pedoman para wali
buat santapan hati nurani

Ya Tuhan Yang Maha Pengasih
Layakkah aku merai 'idulfitri
sedangkan nafsu ammarahku masih tegar
segar dan bugar.........

dipermulaan bulan ujian ini saja
sudah ku tersungging tersembam beberapa kali
lantaran nafsu ammarah yang mulai mengganas
tatkala syaitan ditambat dan dihumban
ke petala 7 lautan yang dalam
yang tinggal cuma aku berdua
aku dan nafsuku
itupun sudah tak tertanggung olehku
tanpa bantuan terus dariMU

dibulan ini perhitungan antara
2 jiwa ,2 kehendak dan 2 fikiran
perhitungan selayak sebuah perang besar
mengalahkan perang badar
mahupun perang lainnya
itulah perang mujadatul nafsin
seperti kata kekasihMU

sungguhpun perang ini tak menitiskan darah
tak menghancurkan jasad tak melukakan anggota
namun hakikatnya keperitan dan kepedihan
qalbu itu terhiris dengan kepedihan dan keperitan
yang teramat sangat..menyamai keperitan luka
yang teramat dalam akibat tusukan pedang tajam
perhitungan aku dan nafsuku silih berganti
pergolakkan yang sungguh hebat..
ada ketika aku menang dan ada ketika aku kalah
umpama orang gila aku jadinya
berkata dengan diriku
memarahi diriku kerna tidak memenuhi kehendaknya
seperti didalam bulan-bulan lainnya
seperti kebiasaan yang menjadi tabiatnya
semakin giat pula serangannya dibulan ini
tidak pula dibulan lainnya...
mengapa ini semua berlaku?
mengapa?...

Bukankah ini bulan ujian sabda kekasihMU
Bahkan itulah kebenarannya kata lubuk hatiku membenarkannya

Maka seharusnya dan sepantasnya kau teruskan perjuangan ini..
ini bukan perhitungan kau dan syaitan katanya lagi

Seharusnya kau tundukkan nafsumu seumpama
kau tundukkan kuda liar dihabitat asalnya
silap cara kau akan dihumban..diterajang dan dipijak

maka ikutilah segala kafiat dan syarat dengan mendalam
turutilah khafiat pejuangan kekasihKU
berjuanglah kau zahir dan batin....
berpuasalah kau zahir dan batin...
beribadahlah kau zahir dan batin...
zahir dan batinmu harus bersatu menentang nafsumu
lakukan seperti tiada lagi esok bagimu...

perlu kau ingat nafsu mu baru peringkat pertama
belum lagi menjengah peringkat seterusnya
spt peringkat nafsu Lawwamah, Mulhamah,Muthmainnah,
Radiah,Mardhiah dan Kamaliah.
Dengan Qudrat dan RahmatNYA kau akan melepasi
setiap tahap itu...
tetapi kau harus berjuang habis-habisan
kerna ramadhan inilah permulaan bagi kau mulakan
kerna rahmatNYA ada didalamnya
kerna pertolonganNYA ada didalamnya
dan teruskan perjuangan meskipun ramadhan
akan dan telah pergi...
namun perjuangan kau dan nafsu itu tetap takkan berakhir
selagi belum kau hampiri titik penamatnya
selagi belum kau berada dalam keredhaanNYA
selagi belum kau menghampiri dan bersamaNYA

kerna dalam perhitungan dan perjuangan ini
ada yang tersungging...
ada yang tersembam....
ada yang hanyut.....
ada yang kalah hingga tercabut nyawanya
jangan kau gusar kerna DIALAH yang akan
menunaikan janji-janjiNYA pada insan yang dikehendakiNYA

perlu kau ingat selalu
puasa itu bkn lapar dan dahaga
bukan juga bulan membunuh nafsu
tetapi mendidik dan mentarbiah nafsu
supaya ia tunduk pada kehendak diri
diri yang terpecah kepada empat
disuatu sudut agar tidak kau merempat
sesungguhNYA yang berjuang kan mendapat rahmat
iktikad diri perlu kau semat
agar bukan lagi dirimu lagi dikuasai nafsu-nafsi
yang ingin merajai hati sanubari zahir dan batinmu
seperti diwaktu sebelum ini
sungguh bermaharaja lela ia berkuasa
sampai roh dan qalbu tak berdaya
lemah tak berdaya upaya nafsumu memperguna
menghambat dengan pelbagai rupa
samada kau sedari atau tidak
itulah hakikatnya dirimu kini

Jika kau berjaya dibulan ramadhan yang mulia ini
maka layaklah kau merai 'idulfitri
layak lah kau merai akan kemenangan itu
kemenangan membebaskan dirimu dari
kekangan hawa nafsu nafsimu itu
berbahagialah kau insan mendapat rahmatnya
dengan rahmat itu dapat kau panjatkan istiqomahmu
diwaktu mendatang dengan kebahagiaan
kerna kau telah berada dalam kerahmatan

Dapatlah kau merai' dengan penuh kesyukuran
bukan dengan kuih muih , ketupat dan rendang
mahupun kuah lodeh dan lemang
kau harus merai' dengan syukur dan tawaduk
agar dipanjangkan akan istiqomahmu itu
sehingga menjelang ramadhan yang satu lagi
atau sehingga menjelang akhir nafasmu
berbahagialah hendaknya jiwa2 yang telah mendapat rahmat
dan berbahagialah jiwa2 yang mendapat ketenangan
seperti yang dijanjikan olehNYA
menerusi ilmu dan kalamNYA

Cetusan Rasa:
Salam 'idulfitri buat jiwa2 yang merdeka.Merdeka dari pejajahan hawa nafsu nafsi
itulah hikmah kemerdekaan negara yang berada dibulan ramadhan ini.Salam kemerdekaan ke 53 jua buat rakyat malaysia yang masih belum memerdekakan diri...walaupun negara telah merdeka selama 53 tahun dari penjajahan Inggeris.Tapi sudahkah kita merdeka dari penjajahan hawa nafsu kita sendiri?

tepuk dada tanya sanubari... kerna sanubari tidak bersekongkol dengan durjana
syaitan dan nafsu serakahmu itu.

Lebih2 lagi kita sebagai anak-anak merdeka yang saban ketika saban tahun semakin menderita roh dan hati sanubarinya kerana penjajahan hawa nafsu yang merajai itu semakin menggila. Ada nafsu yang menjadi tentera iblis dan syaitan pula. terdidik ia olehnya maka itu dibulan ramadhan yang mulia ini masih ramai yang menggila dengan nafsu nafsinya meskipun syaitan telah terbelenggu dan terhumban di perut lautan 7 petala bumi.

wahai diriku...ingatlah..setiap diri manusia ini terjajah sejak azali dengan nafsunya.ditambah pula dengan serangan iblis dan syaitan.dan ditambah lagi dengan dunia dan seisinya. Maka 4 perkara ini haruslah kau sentiasa ingat dan pegang kemas
Akan perjuangan ini sehingga akhir nafasmu..perjuangan ini tak kan berhenti sehingga terputus nyawa dikandung oleh badanmu. Kerna ketika akhir nafasmu kesemua perkara ini akan menarikmu kesegenap segi akan rohmu jua. Mohonlah akan kita dipelihara Allah dengan khusnul khotimah...

Ingatlah Nafsu amarah itu bukan sekadar nafsu marah, bukan sekadar nafsu syahwat, ia adalah perkara yang menjurus kita berbuat perkara-perkara keji lagi mungkar yang membuat kita berasa seronok melakukannya tanpa batas-batas agama. antaranya, berjudi,minum arak,berzina dan bermaksiat,mengadudomba, fitnah (kata2 manja ialah gossip),bergaduh ( kemarahan ), ujub,riak,sum'ah,dengki khianat dan segala macam penyakit hati yang nyata mahupun tersembunyi.

Cara memberus hati dari karatan nafsu amarah ialah dengan zikrullah. Kerna dengan solat sahaja tidak cukup untuk membasuh kotoran dan karat nafsu amarah yang melekat dihati dan kalbu kita itu..Pilihlah dari segala macam kafiat zikir yang ada..spt zikir "la illa ha illallah atau zikir "Allah".dan istiqomahlah zikir itu sehingga ia meresapi kebahagian rohmu yang batin.sehingga roh dan qalbumu turut berzikir.
sehingga setiap degup jantungmu turut jua berzikir. sehingga setiap urat nadi di nodus limfamu itu juga berzikir..sehingga darahmu turut berzikir..sehingga otot2 mu turut berzikir..sehingga tulang belulangmu turut berzikir..sehingga kulit dan roma dan rambutmu juga berzikir..sehingga seluruh tubuh jasadmu itu jua turut berzikir sebagaimana tubuh rohanimu juga berzikir...

Laksanakanlah ibadah syariatmu dengan khusyuk dan berzikirlah sebanyak degup jantungmu berdegup dan sebanyak nafasmu kau hirup dan hembuskan.insyaALLAH kau akan dapat petunjuk, taufik dan hidayah.. kerna kau sentiasa menghadapNYA dan sentiasa mengingatiNYA..SesungguhNYA itulah yang dikiaskan mengingati ALLAH tatkala duduk..berbaring...mahupun berdiri. Disamping itu berbanyakkanlah berselawat dan menghadiahkan Al-fatihah buat Rasulullah s.a.w kerna kita tertakluk pada syafaatnya jua. Sedangkan Allah dan malaikat berselawat keatasnya..siapalah kita untuk tidak berselawat padanya...kitakan umat Nabi Muhammad s.a.w . kita bukan bersendirian. Dialah guru dan dialah kekasih hati kita malah dialah penghulu para nabi dan rasul.

Semoga Allah memberi rahmat pada engkau dan aku...dengan petunjuk, taufik dan hidayahNYA. kerna itulah yang termahal sekali didunia dan seisinya. tak terbeli oleh billionare atau trillionare sekalipon.apalah guna harta bergunung-ganang...kereta mahupun rumah berbillion dollar mahupun pound sterling atau wajah yang sungguh tampan atau sungguh cantik...atau gunungan everest akan berlian dan mutiara semuanya  atau dengan gulungan ijazah kedoktoran falsafah dan segala macam pengiktirafan keilmuan didunia mahupun kau diberi kuasa menguasai seantero dunia sekalipun takkan kau mampu memiliki petunjuk, taufik dan hidayahNYA melainkan dengan restu dan rahmat dariNYA. Kerna dialah yang menguasai hati-hati makhlukNYA. kerna tidak ternilai lagi semuanya nanti..bukan itu yang roh engkau dan aku perlukan tatkala disuatu saat bukan nafiri mahupun seruling ditiup tetapi tiupan sangkakala pertama dan kedua ditiupkan. Akan hancurlah harapan bilamana perkara yang termahal sekali tidak dianugerahkan kepada kita...sia-sia lah hidup kita yang selama ini mengejar dunia dan seisinya....sia-sialah jasad diatas perbuatannya...sia-sialah roh kerna tak mampu melunaskan tanggungjawab dan rahsia serta ikrarnya dahulu.. Moga Allah menuntun engkau dan aku....semoga dianugerahkan kita dengan petunjuk taufik dan hidayahNYA
semoga berkat rahmatNYA memayungi kita kelak...

Peringatan;
1. Setiap diri manusia telah terjajah dengan hawa nafsu dan akan dijajah iblis,syaitan dan dunia.Cuma insan yang terpilih yang berjaya memerdekakan diri masing2 dengan rahmatNYA. Berusahalah dan memohonlah padaNYA semoga kita tergolong dalam orang2 yang mendapat rahmatNYA.

2. Sejak Iblis dan syaitan dilaknat oleh ALLAH ketika Nabi Adam diciptakan, mereka tidak pernah berhenti akan usaha mereka..tak pernah berhenti walau sesaat...tidak juga mereka tidur dalam usaha mereka menyesat dan memporak perandakan manusia dalam proses mencapai kemerdekaan itu. Jadi jika musuh manusia yang dilaknat ALLAH ini tidak tidur,tidak berhenti,tidak leka,tidak lalai dalam usahanya maka apakah kita harus bersantai dalam perjuangan ini? dengan ini datangnya ISTIQOMAH
dengan istiqomahlah kita dapat keredhaanNYA. Dengan keredhaanNYA lah kita menjadi seperti bayi yang baru lahir. Yang bersih umpama kain putih yang tiada cacat celanya. Itulah saat kebahagiaan mutlak sebelum kita kembali kepangkuan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

3. Carilah Ilmu dan belajarlah..kerna ada pembelajaran itu tidak kau dapati dalam buku mahupun teks pembacaan. Bukalah matamu besar2...bukalah mata hatimu luas-luas dan kau saksikanlah alam nan terbentang luas...setiap mata itu memandang segenap langit dan bumi, tanah dan lautan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan sekelian mahluk ciptaan yang diciptakan terdapat tanda-tanda ALLAH.Begitu juga tanda-tandaNYA pada diri kita sendiri samada dari hujung rambut sampai ke hujung kaki semuanya mempunyai tanda kita milikNYA andai kita memerhati secara terperinci dan tersirat Semua ciptaanNYA mempunyai samada pada Asma'NYA (Nama-namaNYA yang agung), Sifat-sifatNYA, Af'al-af'alNYA,dengan jelas tanpa selindung dan (mahupun ZatNYA bagi yang mampu mencapaiNYA - Kerna Rasulullah s.a.w pernah bersabda " aku kenal tuhanku dengan TuhanKU) itulah tanda-tanda orang yang berakal yang menggunakan akalnya untuk mencari ilmu dan berfikir.Maka hikmah kan terbentang luas akan perananNYA.

Jadilah manusia yang sentiasa mencari ilmu, gunakan akal untuk berfikir dan gunakan anggota lahiriahmu untuk beramal.Moga kesejahteraan milik engkau dan aku. seperti doa muslim dengan muslimin yang lain tatkala memberi dan menjawab salam.Bukankah ilmu ALLAH ini indah lagi mudah dicapai?

Belajarlah dengan sesiapapun, hatta orang gila atau kanak-kanak sekalipun tetapi perhatikan dan pisahkanlah mana yang benar dan mana yang batil kerna kita dikurnia akal dan sanubari yang membisik ilmu yang benar (Al-furqan).kerna pada setiap makhluk ciptaanNYA itu terdapat pelajaran. Ingatlah engkau, ilmu yang benar itu suci tak tercemar walaupun akhlak dan perilaku sipembawanya tercemar,kotor mahupun hina apetahlagi kanak-kanak hingusan yang belum kering hingusnya bisa memberi kata-kata hikmah yang besar sekiranya kita yakin teguh padaNYA.

Demi Allah, DIA mengajar kita bukan sekadar menerusi kalamNYA (Al-quran) mahupun hadis ( kata-kata RasulNYA yang disampaikan ) bahkan DIA mengajar kita setiap masa andai kita mengerti dan memerhati segenap perkara dan peristiwa..pengajaran melalui mata..pengajaran melalui telinga..pengajaran melalui rasa..pengajaran melalui sentuhan..pengajaran melalui mulut(suara2 makhlukNYA)

Demi Allah, Sungguh kebenaranMU itu, walaupun dihimpun air lautan didunia ini dan ditambah dan ditambah dan ditambah sehingga ketidak terhingga (infiniti) sekalipun takkan bisa habis menulis kalamNYA itu. dan ilmu yang kita terima ini pun ibarat setitis dakwat yang terjatuh dilautan luas takkan merubah warnanya dan takkan berkurang pun kalau kita mengambil setitis darinya.Sungguh Maha Luas dan Maha Agung Kalam dan IlmuNYA itu jua adanya.



raden adinigrat kesuma jati...

14 Ramadhan 1431H

wallahualam...
innalillahiwainnalillahirrojiun
segala ilmu milik ALLAH
aku sekadar menyampaikan
bukan aku yang menyampaikan
aku tak punya apa-apa
sebutir zarah pun aku tak punya
sudah la tak punya apa-apa,
lagi hina dina fakir pula aku ini
lagi tak berdaya dan tidak berkuasa
nak mengaku aku pun aku tak layak
kerna aku itu pun bukan aku
kerna aku telah tiada
tiada lah aku dimana-mana
tidak punya jasad
tidak punya roh
tidak punya nama

tubuhku zahir dan batin
lenyap tak tersisa akhirnya
dalam musyahadahku kepadaMU
kembalilah diriku yang ku pinjam ini padaMU
dengan pengembalian yang abadi


Tiada ulasan: