Ironinya AKU
Siapa aku?
Siapa Aku?
Siapa AKU?
Mengapa tidak saya?
Mengapa tidak ana?
Dan bermacam lagi istilah gantinama bagi merujuk kepada orang yang berkata tentang dirinya.
Mengapa ‘AKU’ dikatakan oleh sesetengah masyarakat sebagai gantinama yang kurang sopan,kurang ajar bila disebutkan? Mengapa masyarakat lebih suka menggunakan kata ‘saya’, akan tetapi mengapa dalam bahasa inggeris hanya menggunakan ‘I’ sahaja dalam bicara mereka.Hanya 1 huruf mewakili gantinama bagi merujuk kepada yang berbicara.
Aneh bukan?...
Sedangkan dalam ibadah seperti solat, ketika berdoa, ketika mengucap syahadah ,puasa dan semua yang berkaitan antara diri kita dan Allah maka kita menggunakan perkataan ‘Aku’.Mengapa sesetengah masyarakat tidak mengariskan perkara ini sebagai kurang sopan atau kurang ajar terhadap Allah? Mengapa dalam niat kita berpuasa “ Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala” atau “Sahaja Aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta’ala atau “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa nabi muhamad itu pesuruh Allah”
Cuba kita ganti gantinama ‘Aku’ kepada “Saya” . Maka akan menjadi “Sahaja saya berpuasa esok hari dalam bulan ramadhan kerana Allah Ta’ala atau “Sahaja saya sembahyang fardhu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta’ala”.
Adakah anda dapat rasakan ayat tersebut pelik? Janggal sungguh rasanya menggunakan gantinama ‘saya’ kan? Mengapa ia terasa begitu pelik atau janggal atau rasa kekurangan dengan contoh diatas? Apakah dapat kita tafsirkan?
Mengapa dalam perbualan bersama rakan2 karib, atau rakan2 yang secocok dengan kita, maka kita akan lebih selesa menggunakan perkataan “Aku’ selain ‘saya’. Adakah rakan karib kita akan berasa selesa jika kita menggunakan ‘saya’? Contoh; “ Assalamualaikum Mat! Apa khabar Mat? Lama dah saya tak jumpa anda. Apa anda buat selama ni? Kerja dimana?”
Bagaimana agaknya perasaan sahabat karib kita jika kita berbicara demikian? Silap-silap ketawa dia terguling-guling melihat kita bersikap canggung sebegitu atau terpinga-pinga cuba meneliti apakah kita ini benar-benar sahabat karibnya. Ditambah dengan penggunaan “Anda” yang menggantikan perkataan “kau”.Sememangnya pelik bukan? Mengapa dikatakan tidak pelik dan dianggap sopan jika menggunakan perkataan “Saya” “Awak” terhadap orang yang baru dikenali atau tidak rapat?
Gantinama “Kau” atau “Engkau” juga menerima nasib yang sama.Dikatakan sebagai kurang sopan bila digunakan.Walhal dalam ibadah seperti berdoa ; “ Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, Aku pohon keredhaanMU dalam pekerjaanku ini” Mengapa ketika kita dengan Allah boleh menggunakan gantinama “Aku” dan “Engkau”? bukannya “Saya” atau “awak”?
Tetapi jika kita berhadapan dengan orang yang lebih tua,lebih tinggi gelaran pangkatnya seperti Menteri, Dato’ Tun, Dr. Dan bermacam-macam pangkat lagi dan yang mempunyai kuasa; adakah kita boleh menggunakan perkataan “Aku” , “Engkau” atau “Awak”? Silap-silap kita dihalau keluar dan dikatakan kurang ajar atau biadap terhadap mereka yang berpangkat,berkuasa mahupun yang lebih tua dan yang dihormati.
Persoalannya...Mengapa mereka yang lebih tua,lebih tinggi gelaran pangkat dan kuasanya tidak menggunakan gantinama “Aku”, “Engkau” atau “Awak”? Antara Jawapannya, kita masyarakat melayu kaya budi bahasa menghormati yang lebih tua,lebih tinggi gelaran pangkat atau kuasa maka dipanggil dengan nama gelaran tersebut.
Maka persoalannya disini? Mengapa bila kita berhadapan dengan individu ini kita tidak boleh menggunakan perkataan “Aku”atau ”Engkau” tetapi dibolehkan ketika kita ‘berhadapan’ dengan Allah S.W.T? bukankah jika difikirkan dari segi logik dan ideologi masyarakat yang mengatakan perkataan “aku” dan engkau berbunyi kurang sopan atau kurang ajar.Apakah kita bersikap kurang ajar terhadap Tuhan yang mencipta kita?
Remeh bukan bila difikirkan bukan?
Hakikatnya terdapat rahsia disebalik “Aku”
Bila difikirkan lagi secara lebih mendalam dan menyeluruh. “Aku” terpecah kepada beberapa aspek.
Aspek yang mana kita maksudkan sebenarnya? Keakuan? Aku yang jasmani? Atau Aku yang roh? Atau “Aku” yang mana???
Jika kita melihat dari perspektif falsafah kesufian maka timbullah jawapannya akan terdapat 56 penjelasan berkenaan dengan Siapa “Aku” yang dicari selama ini. Mengapa terdapat dalam falsafah kesufian bukan dalam pelajaran bahasa atau tatabahasa itu sendiri? Itulah rahsianya....
Apa 56 Penjelasan tersebut? Hmmm.. Oleh kerana ia melibatkan falsafah kesufian yang agak mengundang kekeliruan orang awam yang berlandaskan logik akal maka silalah yang berminat emailkan email tuan-tuan di dalam comment.
3 ulasan:
cekempreng@gmail.com
Assalamualaikum raden cilik..persoalan yg sgt menarik tentang makna diri..saya masih lagi baru dalam perjalanan "mencari" dan "mengenal" diri ni..harap saudara boleh emailkan pada saya 56 penjelasan tersebut moga2 dapat mencambahkan lagi tunas fikiran saya tentang hakikat "aku" yg sebenar..
Assalamualaikum raden cilik..persoalan yg sgt menarik tentang makna diri..
harap saudara boleh emailkan pada saya 56 penjelasan tersebut moga2 dapat menjelaskan lagi hakikat "aku" yg sebenar.. ke ynasri@yahoo.com atau ynasri2@gmail.com terima kasih
Catat Ulasan