Maaf buat teman-temanku sekelian kerana masih tertunggu-tunggu update terkini . Aku pohon waktu barang seketika untuk bertenang kerana aku masih dalam keadaan shocked mengenangkan sahabat karibku suatu ketika dahulu, yang pernah menjadi model terjun ketika mula-mula aku berjinak-jinak mempelajari seni fotografi sejak tahun 2000 yang lalu, telah kembali ke rahmatullah pada hari
sabtu 24 August 2008, jam 8.30mlm.
Pada usianya yang masih 25 tahun. Dia merupakan seorang sahabat yang memahami,merendah diri,jujur,lurus orangnya,baik budi pekerti dan menghormati orang lain sebaiknya. Adapun dia telah bertunang dan sepatutnya bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Namun, Allah lebih menyayanginya. Dia telah dijemput untuk pergi dahulu meninggalkan keluarga,tunang dan sahabat handai untuk selamanya.
Aku masih sugul mengenangkan nasibnya yang menjadi mangsa sihir individu yang tak mengenal erti simpati hanya kerana secebis cinta yang tak kesampaian.Bertuankan nafsu sampai lupa akan dosa besar dengan membunuh orang lain tanpa belas kasihan dan simpati. Apa kepuasan diri yang tak bertepi itu dijadikan sandaran buat kelegaan nafsu runtunan syaitan? Apakah dia tidak mengenal erti pasrah dalam hakikat bercinta??? Beliau adalah sahabatku yang kedua yang menyeru seruan ilahi atas sebab sihir yang dilaknat Allah oleh perilakunya.
Sahabatku yang pertama Mohd Kamaruzzaman dan kemudian diikuti oleh Ayahnya juga menjadi mangsa rakus manusia jelek dan pengamal sihir tak tak mengenal erti dosa dan neraka. Moga Allah membalasnya dengan setimpal kelak samada didunia mahupun di Padang Mahsyar kelak.Moga Allah menghancurkan niat buruk mereka-mereka ini yang sekiranya masih ada untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan melanjutkan usaha jahatnya pada insan yang masih tinggal.
Doaku buat keluarga allahyarham dan sahabat-sahabatku menerima ujian dan dugaan hidup ini dengan ketabahan dan kepasrahan. Ini adalah sebagai satu peringatan buat kita yang masih hidup dan akan kembali jua padaNYA kelak. Namun masa itu akan tiba kelak bagi makhluk yang hidup. Doaku moga Allahyarham tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh, Moga dia terhindar dari siksaan azab kubur dan permudahkan urusannya dialam sana.
dari sahabatmu.
yg mengerti

4 ulasan:
Salam..
Sedih memang sedih apabila sahabat sejati kita meninggalkn kita..Tanpa seutas bicara semungil senyuman dia pergi begitu saja. Tapi kita kena redha atas ketentuan Ilahi. Allah lebih menyayangi sahabat Raden itu.
Pada Raden dan keluarga arwah, takziah dari akak..moga rohnya bersemadi dgn aman.
Salam,
Usahlah bersedih kerana barang yang terjadi ada hikmahnya.
La haulawala quwata illah billah...
25 tahun masih muda, insyaAllah dipermudahkan urusannya di 'sana'.
Hendak bersedih silalah sahabat, bersedihlah atas perpisahan yang sementara ini mengenangkan dia pernah menjadi teman karibmu. Aku jua pernah mengalami situasi sepertimu. Sentiasalah menghadiahkan amalan kepada allahyarham. Moga2 hubungan kamu tidak terputus antara dia.
InsyaAllah.
Dunia ini hanya tempat persinggahan.
Salam.
Al-Fatihah...
salamssss .. .. kematian adalah peringatan kepada yang hidup .. .. kematian adalah pemutus kepada kehidupan sementara manakala ia adalah permulaan perjalanan yang hakiki .. .. hidup sementara buat yang sudah tiada itu sudah tentu .. .. hidup sementara buat kita yang masih bernafas ini adalah kesempatan kita untuk memperbaikinya .. .. awak, jalan terus langkah jangan dihentikan selagi nafas masih bersahutan .. ..
Al Fatihah .. .. semoga rohnya ditempatkan di sisi para kekasih Allah SWT .. .. wsalamssss .. ..
Catat Ulasan