Khamis, 12 Jun 2008

Munajat si kecil

UntukMU
dari
Mata-Hati-Jiwa-Raga
insan yang cilik

I
Ilahi hilas tu lil firdausi ahla
Walaa aqwaa 'alannaaril jahim
Fahabbli taubatan waghfir zunubi
Fa innakaro firuddzambil 'adziimi


Tuhanku..
Aku tidak layak untuk syurgamu..
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu..

Dari itu kurniakanlah ampunanmu kepadaku
ampunkanlah dosaku...
sesungguhnya engkaulah pengampun
dosa-dosa besar...

II
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahim
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innakaro firuddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaaka

Ya Azim
Ampunkan daku..kerna selama ini aku tak mempedulikan tanggungjawabku terhadapMU. Ampunkan aku diatas kelekaanku mencari keseronokan,kesenangan dunawi yang tak bertepi ini. Ampunku Ya Rahim, diatas khilafku..diatas kelalaian dan kealpaanku ini..tak mempedulikan keperluan hakikat diri ini. Ku penuhi keinginan zahirku dengan makanan yang lazat-lazat..minuman yang menyegarkan..pada hakikatnya ku biarkan rohku kelaparan dan dahaga..ku biarkan rohku sengsara..kurus tak berjaga.

Ya Rahim..
Ampunkan aku..selama ini zahir tubuhku ku jaga..dengan segala kelengkapan..dari set penjagaan rambut, penjagaan kulit, set minyak wangi, pakaian yang mahal-mahal dan bergaya, hakikatnya rohku ku biarkan tanpa pakaian zikir harian, tanpa penjagaan rapi yang seharusnya

Ya Azim..
Ampunkan aku..kerna selama ini aku tak menjaga anggota zahir batinku..aku tak menjaga mataku dari melihat perkara-perkara mungkar..aku tak menjaga telingaku dari mendengar perkara-perkara mungkar..aku tak menjaga mulutku dari berkata-kata yang mungkar..aku tak menjaga hatiku dari perkara-perkara hasad dan dengki, hati yang kelam dan gelap dengan kekotoran duniawi..hatiku ku biar dihuni dengan kesedapan dan kesesatan duniawi..menjadi tempat iblis dan syaitan bersarang.

Ya Ghaffaar
Ampunkan aku.. kerna melalaikan kewajipanku... kerna mengambil jalan mudah..jalan kesenangan duniawi..jalan bersedap-sedapan.. jalan kebebasan... bebas tanpa batas...batas kehidupan yang telah digariskan olehMU... Batas kehidupan yang telah dijanjikan di alam roh disuatu ketika dulu..Kerna menurut hatiku yang dituntun oleh iblis laknatullah aku dipinggirkan olehMU disini.. dibiarkan sehingga tersedar sendiri dengan petunjukmu.. SungguhMU
Ya Rahim..Kau Masih setia membantu diri ini.. walaupun aku telah banyak berbuat dosa dan kemungkaran..Kau masih menyayangi daku.. kau berikan nur padaku..agar aku tak leka dimamah kealpaan diriku di duniawi ini..agar aku tidak terus-terusan lemas dalam gelumang kekotoran dan kemungkaran diri dan dunia ini.. Sungguh aku akui dengan sebenar-benarnya Kaulah Tuhan Yang Maha Penyayang...Walau aku bergelumang dengan dosa dan noda Kau masih sudi memberikan nur padaku.. Yaa Baatin.. Kau perkuatkanlah diriku..perkuatkan hati, zahir dan batinku agar dapatku kukuhkan keimananku...Ya Tuhanku Kau pertambahkan keimananku..Sepertimana iman para-para sahabat, para wali dan alim ulama. Agar aku tak terpedaya lagi dengan runtunan nafsu dan godaan iblis dan syaitan serta lakonan wayang dunia yang tiada penamat. Agar dapatku pimpin kedua-dua orang tuaku..adik beradikku..kaum kerabatku..keturunanku..sahabat-sahabatku serta muslimin muslimat semampuku.

Ya Ghaffaar
Ampunkan aku atas dosa dan noda yang aku lakukan selama hayatku ini..Samada dosa-dosa yang ku sedari atau tidak..samada dosa yang tersembunyi mahupun terang-terangan..samada dosa-dosa kecil mahupun dosa besar..Ya tuhanku kau bersihkanlah hatiku..kalbu.. akal dan fikirku dan kau lindungilah ia dari ajakan dan hasutan iblis,syaitan serta sekutunya yang tak pernah putus asa terhadapku.Aku berlindung padaMU ya ALLAH..Segala KekuasaanMU dilangit dan bumi serta seisinya dari iblis,syaitan,serta sekutu-sekutunya. Ya Allah aku berlindung padaMU dari nafsu yang tak terkawal..dari pandangan dan perkara-perkara yang menyesatkan.Ya Allah jangan biarkan aku terleka dengan dunia dan nafsu-nafsi.

Ya Rahman..
Tuhan yang Maha Pemurah.. Pemurah dengan mengurniakan rezeki ,kebahagiaan dan kesejahteraan keatas sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Ya Rahman.. Izinkan aku suatu hari nanti menjejakkan kakiku ke Masjidilharam. Tempat yang Kau rahmati..tempat yang akan mendekatkan aku lagi denganMU..tempat dimana Rasullullah SAW, KekasihMU melebarkan agamaMU serta tempat para nabi menyebarkan tauhid mengesakanmu.. Izinkan aku Ya Allah melakukan umrah dan haji suatu hari nanti sebagaimana yang telah disyariatkan terhadap setiap hambaMU. Izinkan aku mengalaminya sendiri dengan zahir dan batinku sepenuhnya..merasai kelazatan ibadah untukMU.. Inginku Yaa Waliy.. Merasai nikmat menyaksikan sendiri akan kaabah..mendirikan solat..berzikir dan beribadah..ibadah-ibadah umrah atau haji. Menyaksikan akan kebesaranMU didunia sebelah sana..tempat bermulanya agama islam pimpinan kekasihMU..Izinkan aku menyaksikan Makam Rasullullah,Para Nabi dan Rasul , Para-para Sahabat. Izinkan aku Ya Allah menyaksikan KebesaranMu didunia sana..yang tiada disini. Semoga selagi hayatku yang tinggal baki ini dapatku panjatkan keinginanku kesana.Amin.

Yaa Latief

Lembutkanlah urat nadi darah jantung limpaku..Lembutkanlah jasmani dan rohaniku,qalbu dan akalku..agar dapatku panjatkan kecintaanku terhadapMU sebagaimana kecintaan KekasihMU terhadapMU. Ya Latief..Limpahkanlah sirna kecintaanMU terhadapku Limpahilah daku dengan kekuatan cinta yang tak berbilang dan tiada penamatnya terhadapMU, KekasihMU dan Orang-orang yang mendapat balasan kecintaan dariMU

Yaa Maalik
Tak terdaya aku..melainkan qudrat dan iradatMU jua
La hawla wala quwwata illa billahi'l-'Aliyyi'l-Adhim
Tegak berdiri bersemi dan tajali nyata untukMU jua



Taubat
Album : Ya Rahman
Munsyid : Opick

http://liriknasyid.com


Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku


A m i n

Tiada ulasan: