Jumaat, 13 Mac 2009

Akukah itu Part II

ernah x korang rasa xde sape pun yg paham korang?
Pernah x korang rasa korang ni sgt berbeza dari org lain?
Pernah x korang rasa korang ni mcm bersendirian kat bumi ni?
Pernah x korang rasa korang seolah2 dah dilahirkan dlm zaman yg salah/x sesuai utk korang?
Pernah x korang rasa kdg2 idea korang terlalu jauh lbh advance/abstrak utk difahami sesiapa?
Pernah x korang rasa pemikiran korang terlalu amat berbeza dgn manusia2 lain yg korang temui?
Pernah x korang rasa korang susah nak bergaul dgn org2 sekeliling, kecuali dgn yg sekepala ngn korang?

Adakah korang jenis yg x mudah dipengaruhi sesiapa?
Adakah korang jenis org yg x mudah menyerah kalah sblm berjuang?
Adakah korang jenis yg susah nak ikut peraturan yg telah ditetapkan?
Adakah korang jenis org yg lbh suka melakukan sesuatu ikut cara korang sendiri?
Adakah korang jenis yg selalu dpt memikirkan cara yg lebih baik utk melakukan sesuatu?
Adakah org2 yg mengenali korang melabel korang sebagai seorg pemberontak/rebelious?

Adakah korang merasa seolah2 ada ‘SUARA’ yg memanggil korang utk ‘keluar’ ke sana?
Adakah korang merasa seolah2 korang dilahirkan ke dunia ini utk melakukan satu misi khas?
Adakah korang selalu mempunyai bayangan yg korang sdg membantu semua manusia di bumi?

Adakah korang jenis mereka yg agak lambat membaca semasa kanak2 dulu?
Adakah korang jenis org yg sgt sensitif kpd segala yg berlaku di sekeliling korang?
Adakah korang jenis org yg mindanya suka menerawang/susah nak fokus pd sesuatu?
Adakah korang jenis org yg mudah mengesan sekiranya org lain berbohong kpd korang?
Adakah korang jenis org yg x suka dikritik, terutama apabila dilakukan secara x berhemah?
Adakah korang jenis org yg sgt mencintai kebebasan & x suka/mudah diikat oleh sesiapa/sesuatu?

Adakah korang jenis org yg suka menentang arus?
Adakah korang jenis org yg lantang bersuara/’vocal’?
Adakah korang jenis org yg x suka taklid membabi buta?
Adakah korang jenis yg suka mencabar pemikiran sendiri?
Adakah korang jenis org yg x suka terikat kpd ‘tradisi’/kebiasaan?

Adakah korang jenis org yg x suka melihat sesiapa pun ditindas?
Adakah korang jenis org yg berani membela org lain yg dianiaya?
Adakah korang jenis org yg suka kpd ‘thought-provoking questions’?
Adakah korang jenis org yg x kenal erti ‘takut’ dlm kamus hidup korang?
Adakah korang jenis org yg lbh bnyk menggunakan OTAK/RASIONAL dari HATI?

Pernah x korang mengalami Deja Vu?
Pernah x korang rasa korang mempunyai kuasa psikik?
Pernah x korang mempunyai pengalaman2 yg berkaitan dgn kuasa psikik?
Pernah x korang bermimpi tentang sesuatu, kemudian perkara tu betul2 terjadi?
Pernah x korang seolah2 dpt rasa apa yg org lain rasakan, walau pun korang x kenal org tu?

Paling penting, adakah korang seorang yg sgt mementingkan KEADILAN & KEBENARAN, lebih dari apa pun?

Rabu, 4 Mac 2009

Pengembaran Bukit Jeram.

Sessi 2 Menjejak Makam di Tapak Perkuburan Lama dan Baru di Pekan Sungai buloh, Jeram

Aku sudahkan jua pengembaraan yang tertangguh sudah agak lama. Penangguhan demi penangguhan terkesima aku jadinya.Lantas ku gagahkan kelibat rasa menghujam lubuk dijiwa.Mengalirlah arus diri dipuncak rasa melangkah lebih jauh dimedan pencari-pencari dan penyinta-penyinta jalan bahagia.
Mungkin ini yang pertama aku sendirian cuma diteman budak-budak kecil hingusan tak mengerti itu dan ini. Ahhh..tak mengapalah. Demi Allah dan Rasulku tetap ku gagahkan kelopak mata berkelip,tangan dihayun sambil mencengkap dan kaki yang semakin kelelahan.

Begitulah adanya aku dan peristiwa itu.Mengandung cerita tersendiri.Bilakah masa kelahiran itu bisa terjadi? Wallahualam.

Posting kali ni agak terbalik plak.. Saya kuarkan gambar batu nesan ni plak. Anyway, layan jer..
Makam ni sy tak pasti la makam aceh ke tak, tengok batu nesan bkn yang berkepak cam dam blog2 abg ms.. so saya fikir lain la kot.. so apa pun yang kuat sy dapat rasakan darah bugis di tapak perkuburan lama di dalam kebun kelapa sawit ni agak terpencil dari tempat lain. Yang sangat menarik lagi..kawasan perkuburan nih tanahnya berpasir dan byk kulit kerang dan kulit siput.Cam kawasan tu pernah digenangi air laut suatu masa dulu.

Perkara ni menguatkan hipotesis saya yang bkt jeram dulu hampir sangat dengan kawasan pantai.




















Bahagian timur bukit nih yang paling menarik ada 2 telaga buatan org dulu2.. Saksikan senibina telaga nih, dahlah dalam dikorek pastu disumbat lak dengan batu2 bukit kat dinding telaga tu.Memang menakjubkan kan kawan2..cewah...
Telaga buatan yg sy jumpa cuma satu je yang masih bersih kawasan nya tapi yang satu lagi tu dah diselimuti dengan rumput yang tinggi..aduyaii...


Maaflah kawan2 kalo ader kekurangan dan pengayaan dan penceritaan..Blum berguru lagi ngan abg MS lagi...skadar melihat2 jer...hehe.. Gambar2 nih pun guna hp kamera je..tak sempat nak guna kamera digital.. so sudi-sudikan...

Khamis, 19 Februari 2009

Ilustrasi aku pemikir kerdil

Terpanggil kali ini aku untuk meluahkan rasa hati yang terbuku sudah sekian lama. Aku adaptasikan segalanya disini setelah semakin lama semakin muak dengan apa yang ku lihat dalam arena kehidupan dewasa ini.

Segalanya yang berlaku, segalanya apa yang kita lihat dan kita dengar hari demi hari merupakan perjalanan. Perjalanan dunia yang tiada henti sehingga tiba saat yang dinanti. Adakala kita mampu menangani sesetengah permasalahan yang tiba. Ada juga kita mampu bersuara menyatakan ketidak puasan hati yang lahir dari lubuk naluri. Ada juga kita hanya cukup terpana dan terdiam seribu bahasa kerna kita tak mampu berbuat apa2 untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang melanda. Hanya Allah yang Yang Maha Tahu akan sesuatu kejadian dan perkara yang tersembunyi didalam sesuatu isu yang berlaku.

Isu Yahudi dan Palestine


Sudah cukup begitu lama rakyat mereka menderita dengan pelbagai tekanan yang dihujami oleh kaum yang paling degil dan paling kejam didunia.Tak mampu aku nak melihat penderitaan yang mereka alami demi menegakkan hak mereka dan menegakkan agama islam dan kebenaran sejak ribuan tahun lampau.Bani Israel terserlah sudah akan kedegilan dan tindak tanduk yang melampaui batas ini sudah termaktub dalam Al-Quran.
Semua orang tahu hakikat ini.Tapi kita sebagai manusia dan org islam khasnya hanya mampu melihat, membantu apa yang terdaya dan berdoa dengan tak henti2 agar penderitaan ini dapat berakhir dengan keamanan.Kita hanya mampu melihat dari jauh.Rundingan serta pelbagai aturan dijalankan untuk membawa ke meja rundingan bagi mendapatkan keamanan hanya merupakan sandiwara pihak2 yang bertunjangkan yahudi.Perkara in berlanjutan dari masa ke masa dengan kemusnahan jiwa mahupun harta yang tiada hentinya. Apakah doa seluruh umat islam tak diterima Allah? Mengapa Allah biarkan hambaNYA dan Ummat Nabi Muhammad S.A.W menderita tanpa hentinya? Pernah ku dengar soalan ini tercetus dibibir seseorang.

Jawapanku hanya satu. Allah nak membuktikan kepada semua hambaNYA akan kebenaran AlQuran. Itu salah satu bukti yang masih tinggal yang membuktikan bahawa yahudi (Israel) ini sememangnya degil dan melampaui batas kemanusiaan. Dan ia juga merupakan natijah jika umat islam sendiri tk berupaya untuk bangkit bersama memeranginya.Sekerdil2 liga arab kerdil lagi kita dimata dunia. Tetapi tiada satu kesepakatan yang diambil untuk memerangi mereka. Kita hanya mampu menyuarakan ketidakpuasan hati melalui media dan sebagainya menyatakan bantahan sekeras-kerasnya mengutuk yahudi ini. Buat masa ini itu saja yang termampu dilakukan oleh kita.Tangisan demi tangisan tanpa kesudahan. Sahabat-sahabat disana nyata berjihad ke jalanNYA dan Syahid tersedia buat mereka.Mampukah kita seandai kita berada ditempat mereka?

Inilah perjalanan yang terpaksa kita lalui.Menyaksikan sendiri Kekuasaan Ilahi.Bak tayangan ditv. Memperlihatkan siapa kita dalam merencana kehidupan. Yang mendabik dada dialah berkuasa umpama polis dunia.Ditunjangi yahudi dengan agenda yang cukup halus termetri dalam New World Order, Protokol Zion ,illuminati dan segala macam agenda yang kita sendiri tak sedar akan perjalanannya.Kaum ini ingin menidakkan kuasa ALLah dalam menentukan sesuatu perkara dengan agenda mereka ini. Agenda menjadi suatu bangsa yang kononnya paling mulia melebihi bangsa yang lain yang sanggup menyatakan darah bangsa lain halal bagi mereka.Dengan keinginan mendirikan Tembok besar merentasi gaza dan tebing barat dan Kuil Sulaiman bagi persediaan menentang Tentera Akhir Zaman.

Demi Allah, Mereka sebenarnya takut. Oleh itu mereka berlomba2 untuk mempercepatkan persediaan mereka secepat mungkin.Disamping itu juga mereka berlumba-lumba mencantas tunas2 yang dirasakan bakal menggugat mereka suatu hari kelak.Tak cukup dengan mencantas tunas2 itu.Mereka dengan cukup teliti sedang dan akan memporak perandakan setiap negara setiap negeri dan setiap tempat yang dirasakan bakal tumbuh tunas2 baru yang akan menjadi duri buat mereka.Inilah yang berlaku disetiap negara,negeri mahupun tempat yang terpencil. Segala macam dakyah dan aturcara yang telah,sedang dan akan dijalankan sudah meresapi setiap urat nadi bangsa diseantero dunia.Cukup saja kita saksikan sendiri disekeliling kita.Sangat melimpah2 resapan ini menjalar yang seandainya kita perhatikan tak termampu oleh kita berbuat apa. Akan tetapi haruskan kita berdiam saja? menanti pedang menghunus jiwa? Bersiaplah anak bangsaku..Hari itu semakin hampir. Bersatu dan bersedialah. Setiap apa yang berlaku kini adalah permainannya. Jangan kita terpana bila melihat anak bangsa sendiri menjadi racun merosakkan bangsa. Menjadi duri dalam daging. Arggggghhhh

Isu Pemerintahan kini

Cukup aku sedih melihat situasi yang saban hari semakin kacau jadinya.Virus mereka telah masuk ke dalam darah kita.Hingga kacau semua jadinya.Racau sang khalifah motif utama. Dari Daun,ranting hingga ke akar umbi semua dijadikan santapan mereka.Aku tak pernah terfikir politik kita akan menjadi huru-hara sebegini.Ini menjelaskan kita tak terkecuali dalam target kaum durjana itu. jadi bersedialah.

(to be continued)

Isnin, 2 Februari 2009

Perbezaan Bumi dengan Planet-Planet di Angkasa

Compare the size of the earth with other planets

(Bandingkan saiz bumi dengan planet-planet lainnya)

Now compare it with Uranus & Neptune

(Sekarang bandingkannya dengan Uranus & Neptune) (Bumi sebelah kiri sekali dibarisan hadapan)



Now Earth against Sun

(Sekarang, bandingkan Bumi

Ini adalah perbandingan nisbah bumi dengan matahari dan ini hanya salah satu bintang dari jutaan bintang, dimanakah posisi anda sendiri ???

Against Sun, Earth is like a

dot ! Think !! Where do you find yourself now??

(Berbanding Matahari, Bumi adalah seperti titik!


Fikir !! Di mana anda berada sekarang??)


Ini pula adalah perbandingan antara bintang Alnilam di Buruj Orion yang merupakan bintang gergasi biru dengan matahari.

Bayangkan betapa saiz bintang Alnilam adalah 44 kali saiz jejari (22 kali diameter) Matahari !!


Bandingkan pula Betelgeuse iaitu bintang superraksasa merah yang juga di Buruj Orion dengan bintang Alnilam itu tadi.

Bayangkan betapa gigantiknya saiz Betelgeuse berbanding Matahari kita !!

Allahu Akbar!


Untuk lebih mudah membayangkan kekuasaan Allah, perhatikan fakta-fakta berikut:

Apabila diskalakan dengan diameter bumi = 0.01 cm (sama dengan besar 1 butir gandum), maka:

1. Diameter matahari = 1 cm

2. Jarak matahari - bumi = 1 meter

3. Jarak matahari - bintang terdekat (Alpha Century) = 220 mile = 350 km (yang bersamaan dengan jarak Kuala Lumpur ke Johor Bahru)

4. Perlu diingat bahawa letak tata surya (Solar System) kita berada di pinggiran galaksi Bima Sakti (Milky Way), yang terdiri dari ratusan ribu juta bintang --> bayangkan pula berapa ukuraan galaksi Bima Sakti kita?

5. Kita tahu bahawa alam semesta ini terdiri dari ratusan ribu juta galaksi, bayangkan ukuran alam semesta ini dengan menggunakan kemampuan otak manusia - yang katanya luar biasa itu....

6. Dengan demikian kita sedar bahawa alam semesta ini memiliki massa yg sedemikian besar (besar sekali), tetapi kita sama sekali tidak melihat bahawa ada tiang yang menyangga langit; kita sebagai orang yang berakal pasti berfikir bahawa ADA TIANG TIDAK TAMPAK YANG MENAHAN ALAM SEMESTA SEHINGGA TIDAK JATUH/BERANTAKAN!!!


Ingatlah firman Allah dalam Qur'an 13:2: "Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu."


6. Cuba fahami kebesaran Allah dari ayat2 Qur'an berikut ini:


[Qur'an 17:44] Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.


[Qur'an 2:255): "Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. "Kursi" Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


Kesimpulannya:


Bandingkan kebesaran Allah dengan diri kita sendiri.......bayangkan dengan perbandingan ukuran alam semesta di atas.....Kalau nak diibaratkan bumi yang begitu kecil sebesar biji gandum, kita nih umpama debu-debu yang berterbangan... sungguh ku naksir rahsia didalamnya.Jika kita pernah menyedari perbezaan kebesaran Allah dengan diri kita, masihkah kita tidak taat kepada-Nya?Siapa kita untuk mendabik dada beradu kuasa, kekayaan dan kekuatan?


"Kita kan semakin lenyap tatkala semakin kita keatas mahupun ke bawah, kekanan mahupun kekiri"

Kosong

Noktah

Hampa

Lebur dan Melebur

Berterbanglah bak debu-debu halus ditiup angin.


SIAPA AKU?

Siapa Dirinya?

siapa kau?

Keramat Bisu

Rentan rasa gelap jadinya
menggundah rasa dilara rahsia
melumat cinta kita dipersada
alami
sendiri
kosong
sepi

lurah cinta dalam rupanya
berlegar-legar rasa tercipta
terkadang terkesip
aku juga
dah terbukti
bersambung jua

kerenah lantas beraja
bertepi tiada nestapa
tiadalah ia rasa kecewa
merentap segenap rona jiwa

aku
terbit
lantaran hati

dimanakah aku dimanakah janji
rasa dirasai dan merasai
puas takkan bererti
andai
titik
tak diketemui.

Peri Penting Kalimah Ta'awudz (Isti'azah)

Kalimah Ta'awudz ( Kalimah Isti'azah)

اعوذباالله من الشيطان الرجيم
A 'udzubillahi minasy-syaithanir-rajiim
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk



Dari Segi Bahasa Bermaksud :Berlindung
Dari Segi Istilah Bermaksud :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat

Peri pentingnya untuk memahamkan ayat tersebut terletak pada 2 kata iaitu perkataan Berlindung dan perkataan Syaitan. Dengan memahamkan sebaik-baik dan sedalam-dalamnya tentang 'Perlindungan Allah' dan tentang syaitan kita akan memahami dan mengerti sedalam-dalamnya akan isi yang terkandung dalam ayat ini.

Umum ketahuan kita tahu akan peri pentingnya penggunaan kalimah ini dalam pembacaan Ayat-ayat Al-Quran dan pembacaan yang diamalkan sebagai perlindungan kepada Allah dari segala serangan dan gerakan syaitan dan sekutunya. Begitu jua dgn makna kalimah tersebut yang sinomin bagi diri kita. Anak-anak kecil juga tahu akan makna kalimah tersebut. Akan tetapi berapa ramaikah yang mengkaji akan peri pentingnya kalimah ta'awudz atau kalimah Isti'azah ini dengan sedalam-dalamnya dan sebaik-baik pemahaman.. Wallahualam. Saya sekadar ingin mengupas beberapa pemahaman agar kita lebih kusyuk dalam memperkuatkan asas keimanan kita dengan sebaik-baik pemahaman dan agar kita dapat memuantopkan keyakinan kita ditahap yang lebih tinggi adanya.Sepertimana dalam Surah Al A'raf Ayat 200 yang bermaksud:

"Adapun jika engkau diganggu syaitan, dengan suatu gangguan, hendaklah engkau minta perlindungan kepada Allah kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Ini sudah cukup dibuktikan akan keistimewaan kalimah Ta'awudz ini, yang seharusnya dijadikan teras dalam kehidupan sehari-hari kita mahupun anak2 kita. Mengapa bila kita saksikan cerita seram di TV,wayang dan sebagainya tiada diberi penekanan sebegini?? Keyakinan diri mula kurang.. bila dah kurang? tak tau nak ucap apa bila ketakutan atau dilanda was2 dan sebagainya.

Mengupas tentang Makna terkait bekenaan dengan 'Perlindungan Allah' yang tertera sebagai makna ayat tersebut kita mesti faham dan yakin akan kekuasaan Allah yang Maha Luas dan Maha Besar ini. Alam yang terjadi ini bukan terjadi dengan sendiri melainkan dengan KekuasaanNYA belaka dalam menciptakan dan mengatur segalanya. Bukankah ayat ' Kun fa ya kun' menjelaskan segalanya? Disini kekuatan kefahaman itu dapatlah digarapkan melalui ; Allah menciptakan langit dan bumi dan seisinya , Mengaturnya dengan sebaik-baik aturan sesudah diatur malah MenjagaNYA pula..Bukankah ini menjelaskan tentang sifat Yang Maha Melindungi? sepertimana yang terjelas dalam kalimah isti'azah tersebut?

Perkataan Berlindung ini juga adalah sebagai penyaksian dan pengakuan akan kita terhadap kebesaran Allah yang Maha Hebat yang tiada tandinganNYA. Untuk mengetahui betapa hebatnya Kebesaran Allah yang Maha Hebat yang digarap dalam kalimah ini:-

1. Bumi berputar dipaksinya sendiri
Bumi berputar penuh dalam tempoh 24jam. Putaran yang menyebabkan kejadian malam dan
siang. Menyeimbangkan panas siang dan sejuknya malam. Dengan itu juga bergerak juga
pasang dan surut air laut saling bertukaran disuatu-suatu bahagian.Tidakkah kita perhatikan
sedalam-dalamnya akan kejadian Alam? Bumi yang besarnya 40ribu kilometer dan berat
pula mencecah 6ribu juta juta tan metrik.. tergantung pula ia diatas paksinya tanpa ada
tiang atau tali terawang-awang dalam graviti. Tidakkah kita menyaksikan dengan mata dan
mengaku dengan lidah dan mengaku dalam hati?

2. Bumi berputar pula mengelilingi Matahari
Dalam pada bumi berputaran pada paksinya melengkapi 24jam sehari semalam. Ia juga
berputaran pada paksi mengelilingi matahari sepetimana planet-planet yang lain dalam
sistem cakrawala ini. Putaran mengelilingi matahari ini mengambil masa 365hari,5jam,49minit
12 saat yang mencakupi hari dalam melengkapkan satu tahun.
Dalam putaran mengelilingi matahari,bumi kadang-kadang miring ke utara dan miring ke
selatan bergilir-gilir. Pengiliran ini menghasilkan musim panas dan musim dingin bagi
sesetengah kawasan utara dan selatan bumi. Dengan pengiliran ini, maka bermacam-macam
hidupan flora dan fauna dapat hidup dan membawa nikmat paling besar bagi kehidupan
manusia sejagat. Bukankah Allah itu Maha Pengatur yang mengatur segala-galanya dengan
cukup indah dan bermakna?

3. Jarak antara Bumi, bintang-bintang dan planet-planet dalam sistem cakrawala.
Bumi kita terletak dalam jarak tertentu dari matahari,jrak tertentu dari bulan dan lain-lain
bintang dan juga planet-planet lain, iaitu 93,000500 Million dari matahari. Sudah dijelaskan
dalam Al-Quran jika berubah sikit saja jaraknya maka akan terjadilah kerusakan-kerusakan
hebat dipermukaan bumi ini. Jika Bumi mendekati matahari sedikit atau menjauhi sedikit dari
matahari maka akan terjadilah ribut dan taufan,gempa-gempa bumi dan bencana alam yang
tak terkira hebatnya. Begitu jua bulan, sekiranya ia mendekati atau menjauhi bumi dari jarak
ketetapnya maka akan timbul bermacam-macam penyakit dipermukaan bumi.
Maka jarak yang telah ditentukan Allah bagi bumi ini ditengah-tengah alam planet dan
bintang-bintan, merupakan Perlindungan Allah yang sangat besar faedah dan manafaatnya
terhadap semua kehidupan di pemukan bumi ini. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal
dan fikiran jangan hanya memikirkan perkara-perkara kecil spt makanan, pakaian, harta dan
pangkat dan segala macam perkara kecil sahaja, bukakanlah minda,akal dan fikiran dalam
memikirkan soal yang lebih besar diciptakanNYA. Masalah manusia sejagat yang diturunkan
sebagai khalifah untuk memakmurkan dunia ini bukan membuat kerosakan dibumi ini.

" Kamu ditipu oleh penghidupan dunia yang rendah,maka sekarang (diAkhirat) mereka
tidak dikeluarkan darinya (Neraka) " Surah-Jatsiyah :35

Renungkanlah sedalam-dalamnya setiap bintang dan planet yang bebas dan lepas diangkasa
semua bergerak dan berputar berabad-abad lamanya, masing-masing telah ditetapkan jarak
dan arah tertentu dengan sebaik-baik aturan supaya ia saling tidak berlanggaran sesamanya.
Bukankah ia jelas bahkan bersuluh menyatakan betapa hebat kekuasaan Alah yang
mengaturnya.

"Matahari itu berjalan ditempat yang ditetapkan baginya.Demikianlah penetapan
Tuhan Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui. Sedang bulan itu Kami tentukan
baginya letak-letak tertentu (tiap hari berubah satu darjat) sehingga ia kembali bentuk
sepeti pelepah kurma yang telah kering (seperti sabit). Tiadalah akan terjadi matahari
akan mendekati bulan dantidak pula malam akan mendahului siang, sedang semuanya
(bintang dan planet-planet itu) berjalan terapung di angkasa" (Surah Yasin : 38-40)

4. Hawa dan Udara
Perlindungan terhebat bagi segala macam kehidupan baik kehidupan manusia, haiwan,
tumbuhan dan juga benda beku sekalipun ialah hawa dan udara. Tiada apa yang dapat hidup
tanpa hawa dan udara.Ianya lebih penting dari makanan,minuman meskipun pakaian. Dengan
Hawa dan udara maka setiap yang hidup akan terus hidup.Adapun hawa dan udara itu terdiri
dari bermacam-macam zat antaranya Oksigen,Nitrogen,hidrogen dan sebagainya. Udara
dimana kita manusia dapat hidup adalah terdiri daripada 78% Nitrogen, 21% Oksigen dan 1%
lain-lain.Sekiranya perbandingan ini berubah sedikit sahaja manusia tidak dapat hidup atau
akan mati atau lemas. Perbandingan ini hanya terdapat setebal 10km pertama dari
permukaan bumi. Semakin tinggi jaraknya maka perbandingan zat dan hawa tersebut akan
berubah. Sehingga pada ketinggian 100km atau lebih manusia tidak akan boleh hidup kerana
kurangnya zat oksigen dan zat lain. Maka tekanan udara akan semakin meninggi sampai
menyebabkan manusia tidak boleh bernafas. Tekanan udara disitu akan lebih tinggi dari
didalam badan manusia yang boleh menyebabkan darah keluar dari segenap anggota.
Akhirnya pada ketinggian yang terlalu jauh dari permukaan bumi ini terdapat semacam zat
nuklear bilamana terhirup oleh manusia akan membawa kematian. Ia amat merbahaya
sekali untuk kehidupan umat manusia didunia.Alangkah hebatnya perlindungan Allah
terhadap bumi yang kita diami ini, sehingga bumi kita yang selalu beredar diruang angkasa
yang penuh nuklir itu bisa terhindar darinya. Bagaimana cara Allah menghindarinya maka ia
adalah satu daripada rahsia alam yang tak terjangkau akal kita untuk memikirkannya.

" Sesungguhnya Allah lah yang memegang langit (bintang-bintang dan planet) dan bumi
supaya tidak hilang ( gugur atau terlepas dari rangkaiannya sekarang ) dan jika langit dan
bumi itu itu hilang, maka tiada seorangpun dapat memegangnya selain Ia (Allah) ,
Sesungguhnya Allah penyabar dan pengampun " (Surah Al-Fathir:41)

5. Air Laut yang Masin
5 per 7 bahagian permukaan bumi diliputi oleh lautan luas yang dipenuhi air masin. Saban saat siang dan malam non-stop berjuta-juta sungai didalam dunia ini sungai yang besar mahupun kecil menumpahkan dan melemparkan berjuta-juta tan kotoran ke laut yang masin itu. Pernahkah kita perhatikan sekiranya air laut itu tidak masin?? Segala macam kekotoran yang masuk kelaut akan mengeluarkan bau yang sangat busuk dan dalam beberapa bulan saja maka lautan tadi akan menjadi busuk sebusuk busuknya. Bukan itu saja, Malahan udara dan hawa tadi akan terganggu olehnya. Mengganggu keamanan dan kesejahteraan umat manusia mahupun haiwan atau tumbuhan. Cubalah kita perhatikan parit-parit atau longkang-longkang yang biasanya tercemar oleh sisa-sisa buatan manusia, sampah sarap, toksik ataupun bahan buangan dipersekitaran kita..Apakah baunya cukup mengharumkan? mengujakan? Amat busuk dan membusukkan bukan? Meloyakan dan amat tidak menyenangkan. Udara yang tercemar membuatkan besi mudah karat, berhabuk. tumbuhan diserang penyakit dan bermacam-macam kerosakan berlaku akibat pencemaran ini.
Nah, kemudian kita bayangkan sekiranya air laut tadi bukan air masin seperti sekarang. Sepertimana air di parit-parit besar. Maka air dari sungai-sungai yang tawar lagi kotor itu bercampur dan mengalir ke laut. Maka kemudiannya laut menjadi tempat mengumpul kotoran segala macam kotoran-kotoran dan bahan pencemaran. Bagaimana pula agaknya baunya? Bagaimana pula hidupan laut agaknya? Pencemaran ini bukan sahaja merosakkan kesihatan tetapi memusnahkan hidupan dipermukaan bumi ini.
Diciptakan Allah air laut menjadi masin adalah untuk melindungi segala kehidupan dimuka bumi ini. Suatu perlindungan Allah yang kita anggap enteng selalu tetapi ia sebenarnya merupakan kurniaan Allah Yang Maha Hebat. Dengannya dikaitkan dengann putaran bumi dan bulan menghasilkan pasang surut air dan terjadinya malam dan siang dan putaran itu lah menimbulkan musim-musim.

" Dan Ia (Allah) lah yang mencampurkan 2 lautan , 1 laut yang sangat tawar dan laut yang sangat masin. Dan Ia dijadikan antara keduanya batas dan halangan yang tidak dapat ditembusi ( Surah Al-Furqan :53)

Cara Membaca isti'azah

Kata الناظم Rahimullah : Jika Nak Baca Quran Tak Kira Waktu Tak Kira Tempat Katalah (Isti'azah)
Baca Kuat Pada Mula Ayat (Dalil) Surah An Nahl-98



Secara Umum Isti'azah Boleh Di Baca Dengan 3 Cara:

اعوذباالله من الشيطان الرجيم -

- اعوذباالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

اعوذباالله من الشيطان -




Pendapat Tentang Tambahanan Dalam Isti'azah :

-Kata Ahli Quran : Tidak Ada Tambahan Dalam Isti'azah,Tetapi Hadis Itu Doif.
Tetapi Lebih Soheh Hadis Riwayat Abu Daud Dari Abi Said Khudri.

Hadis :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا قام من اليل يقول :

اعوذباالله السميع العليم من الشيطا ن الرجيم ,من همزه ونفخه ونفثه


Terdapat Tempat Dibaca Perlahan :
- Ketika Pembaca Membaca Perlahan
- Ketika Solat
- Ketika Duduk Seorang
- Ketika Baca Berjemaah , dan Bukan Orang Pertama Yang Membaca.


Cara Baca Isti'azah Dan Basmallah Ada 4 :

- Berhenti Pada Isti'azah , basmallah Dan Awal Surah.
- Berhenti Pada Isti'azah Dan Sambungkan Basmallah Dengan Awal Surah.
- Sambung Isti'azah Dengan Basmallah Sahaja.
- Sambung Ketiga-Tiga Sekali.

Dalil akan perlunya Isti'azah ini:-

Isti'azah:Seeking the protection of Allah from all evils of makhluk.



An-Nahl[98]:SO when you want to recite the Qur'an, seek the refuge of Allah from Shaitan, the outcast (the cursed on)

Fussilat[36]:And if an evil whisper from Shaitan tries to turn you away (Oh Muhammad s.a.w) (from doing good), then seek refuge in Allah. Verily He is the All-Hearer, the All-Knower.


ISTI'AZAH SEBAGAI PENDINDING


BILA KETIKANYA HENDAK MEMBACA ISTI’AZAH


PERTAMA : KETIKA HENDAK MEMBACA AL-QUR’AN

Para ulama telah ijma‘ yakni bersepakat bahawa isti‘azah bukanlah daripada ayat Al-Qur’an. Sungguhpun begitu membacanya kerana hendak membaca Al-Qur’an digolongkan sebagai melakukan ketaatan terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Seorang qari’ yakni pembaca Al- Qur’an ketika membaca Al-Qur’an bererti bermunajat dan berbisik- bisik dengan Tuhannya, kerana di waktu itu dia menuturkan Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala suka kepada qari’ yang bagus bacaannya dan Dia (Allah) mendengar akan bacaan hambaNya itu. Maka dengan sebab itu seorang qari’ dituntut untuk membaca isti‘azah bagi menghalau syitan ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala mendengar akan bacaannya.

Sungguhpun membaca isti‘azah kerana membaca Al- Qur’an merupakan suatu tuntutan, akan tetapi tuntutan itu sebagaimana menurut pendapat jumhur fuqaha’ tidaklah sampai kepada peringkat wajib, bahkan hanya pada peringkat sunat sahaja. Perkara ini telah disandarkan kepada kesepakatan para ulama salaf yang mengatakan sunat membaca isti‘azah kerana membaca Al-Qur’an.

Terdapat juga riwayat yang menceritakan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak membaca isti‘azah kerana membaca Al-Qur’an, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata yang maksudnya:

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memulai sembahyang dengan takbir dan (memulai) bacaan dengan Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen (Hadits riwayat Muslim)

Para ulama di kalangan golongan ahli fiqh dan ahli qiraat (bacaan) mempunyai pendapat yang berbeza- beza apakah isti‘azah itu dibaca dengan nada suara yang nyaring yakni jahr, atau apakah memadai membacanya secara senyap iaitu melafazkannya sekira-kira boleh didengar sendiri oleh pembacanya?

Daripada jumlah beberapa pendapat yang berbeza itu terdapat satu pendapat yang terpilih di kalangan imam-imam ahli qiraat, juga merupakan satu qaul dalam mazhab Syafi‘e dan merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, di mana pendapat ini mengatakan bahawa sunat membaca isti‘azah kerana membaca Al-Qur’an itu dengan nada suara yang nyaring yakni jahr.

Al-Imam Abu Syamah pula menegaskan bahawa membaca isti‘azah secara jahr itu dibataskan pula kepada bacaan Al-Qur’an yang dibaca di hadapan orang lain, kerana membaca isti‘azah dengan nada suara yang nyaring itu merupakan suatu pernyataan syiar bacaan sebagaimana orang-orang membaca talbiah dan takbir hari raya dengan nada suara yang nyaring.

Adapun faedahnya ialah supaya pendengar yang menghayati bacaan Al-Qur’an daripada awal tidak akan terluput daripadanya sesuatu yang dibaca. Jika tidak dizahirkan nada suara dengan nyaring maka sudah tentu pendengar tidak mengetahui akan adanya bacaan Al-Qur’an kecuali setelah terluput daripadanya sesuatu yang dibaca.

Inilah perbezaan bacaan Al-Qur’an di dalam sembahyang dan di luar sembahyang. Pendapat yang terpilih dalam kedudukan membaca isti‘azah di dalam sembahyang itu ialah memadai membacanya secara senyap (melafazkannya sekira-kira boleh didengar sendiri oleh pembacanya), kerana makmum sememangnya mendengar dan mengikuti imam daripada awal mengangkat takbiratul ihram lagi.

Ibnu Al-Jazari iaitu salah seorang ulama qiraat yang terkemuka dari kalangan mazhab Syafi‘e, menyebutkan bahawa di antara keadaan atau situasi yang disunatkan membaca isti‘azah atau ta‘auwudz secara senyap ialah:

i) Apabila seorang itu membaca Al-Qur’an berseorangan diri, sama ada dia membaca secara jahr ataupun secara senyap.

ii) Apabila seorang itu membaca Al-Qur’an secara senyap tanpa nada suara yang terang atau keras.

iii) Apabila seorang membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan dan bacaannya itu bukan di permulaan bacaan, maka untuk menyambung bacaan orang sebelumnya bolehlah membaca isti‘azah atau ta‘auwudz secara senyap, dengan syarat tidak ada diselangi antara bacaannya dengan bacaan orang sebelumnya dengan sesuatu perkataan atau percakapan yang bukan daripada ayat Al- Qur’an.

Lafaz Isti‘azah

Terdapat beberapa jenis lafaz isti‘azah atau ta‘auwudz sebagaimana menurut para ulama di kalangan ahli fiqh dan ahli qiraat. Akan tetapi di antara lafaz isti‘azah yang masyhur ialah lafaz yang ertinya : "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Ini adalah disandarkan kepada ayat Al-Qur’an di dalam surah An-Nahl yang tafsirnya :

"Oleh itu, apabila engkau membaca Al- Qur’an, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam."

(Surah An-Nahl : 98 )

Ibnu Al-Jazari menegaskan bahawa lafaz tersebut merupakan lafaz yang terpilih di sisi sekalian para qurra’ dari segi riwayat.

Di dalam hadis sahih yang diriwayatkan daripada Sulaiman bin Shurad, beliau berkata: "Dua orang laki-laki saling mencaci-maki di hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Salah seorang daripada mereka kedua matanya menjadi merah dan naik marah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila diucapkan nescaya akan hilang daripadanya apa yang dideritainya, iaitu: (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam)."

(Hadits riwayat Imam Muslim)

Ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa isti‘azah atau ta‘awwudz itu ialah:

Ertinya: "Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.".

Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah Ta‘ala salah seorang ulama terkemuka dalam mazhab Syafi‘e, menegaskan di dalam kitabnya Al-Azkar bahawa tidak ada salahnya jika dibaca dengan lafaz terakhir ini, tetapi lafaz yang pertama adalah yang masyhurdan terpilih.

Adakah diulang isti‘azah apabila terputus bacaan?

Apabila bacaan seorang itu terputus disebabkan ada keuzuran, umpamanya kerana bertanya kepada seseorang yang lain atau bercakap hal-hal yang bersangkutpaut dengan bacaan yang dibacanya, maka tidaklah perlu baginya mengulangi isti‘azah.

Adapun jika bacaannya terputus disebabkan dia bercakap-cakap, dan percakapannya itu tidak ada kena mengena dengan bacaan yang dibacanya maka dalam hal ini hendaklah dia mengulangi membaca isti‘azah jika dia mahu menyambung semula bacaannya.

Al-Imam An-Nawawi pula menegaskan bahawa diam yang panjang dan percakapan yang panjang boleh menjadi sebab supaya isti‘azah dibaca semula.

Maksudnya, apabila seorang membaca Al-Qur’an, kemudian di pertengahan bacaannya itu diselangi dengan percakapan yang panjang atau berhenti diam membaca dalam jangka tempoh yang panjang, maka jika dia hendak menyambung semula bacaannya itu hendaklah dia membaca isti‘azah terlebih dahulu.

Kedua – Ketika hendak masuk ke dalam tandas

Sunat membaca isti‘azah ketika hendak masuk ke dalam tandas dan disertakan juga membaca tasmiyah ((unat mem), dengan mendahulukan membaca tasmiyah daripada membaca isti‘azah sebagaimana disepakati oleh mazhab yang empat.

Lafaz isti‘azah kerana masuk tandas

Sebagaimana menurut pendapat di dalam mazhabHanafi, S‘e dan Maliki serta pendapat yang kuat di dalam mazhab Hanbali bahawa lafaz isti‘azah kerana hendak masuk ke dalam tandas ialah ertinya :

"Dengan nama Allah, ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada syaitan khubuts dan syaitan khaba’its."

Yang demikian itu adalah berdasarkan kepada hadits yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak masuk tandas Baginda membaca sepertimana bacaan di atas.

Terdapat juga lafaz isti‘azah yang lain iaitu sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :

"Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam hendak memasuki tandas Baginda membaca (maksudnya): "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kotoran najis, yang buruk lagi memburukkan iaitu syaitan yang terkutuk."

(Hadits riwayat Ibnu Sinni dan At-Tabarani)

Dikhususkan membaca isti‘azah ketika hendak masuk ke dalam tandas kerana dua sebab atau tujuan, iaitu:

i) Bilik tandas merupakan tempat bersunyi- sunyian ataupun tempat orang mengasingkan diri kerana membuang air yakni qada hajat. Syaitan-syaitan pula, dengan kuasa Allah Ta‘ala jua, mampu berkuasa di tempat yang sunyi berbanding di tempat-tempat yang tidak sunyi atau di tempat ramai. Maka dengan sebab itu dianjurkan membaca isti‘azah sebelum masuk ke dalam tandas.

2) Menyebut-nyebut nama Allah (berzikir) peranannya dapat menghalang seseorang dari diganggu oleh syaitan. Disebabkan bilik tandas merupakan tempat kotor, maka lidah mestilah dikunci daripada menyebut-nyebut nama Allah. Oleh itu, bagi mengelak daripada diganggu oleh syaitan ketika berada di dalam bilik tandas adalah dianjurkan membaca isti‘azah sebelum masuk ke dalam bilik tandas sebagai benteng keselamatan dari gangguan syaitan.


Rabu, 17 Disember 2008

Pengembaraan Menjelajah Perak bersama Warga Merahsilu - Day 1
















Selepas Masjid Lama Kg Batak Rabit, Maka Diteruskan perjalanan seterusnya pada hari pertama ini 15 Ogos 08 lebih kurang jam 5 ptg.

Kemudian perjalanann diteruskan dengan singgahan ke Menara COndong Teluk Intan.

Kemudiannya lagi pergi pula ke Makam Sultan Abdullah I (Marhum Durian Sebatang) yang terletak di perkampungan melayu ditengah-tengah perumahan yang rata-rata penduduknya cina. Macam mane tu? Macam nak menyembunyikan sesuatu jer. eceh..gaya bahasa pun dah macam abg MS dah.. hahaha..sorry ar bro...terikut-rikut lak.. Tapi yang menyedihkan saya mengapalah makam-makam sultan2,kerabat2 diraja sebegini terbiar tak berjaga. Bukanlah kita nak memuja makam dan kubur lama, cukup sekadar tanda ingatan untuk kita dan sebagai bukti untuk ditunjuk pada anak cucu cicit picit piut miut kita kelak. Janganlah kita bersikap meninggi diri dengan melupakan mereka-mereka yang dah pergi.. kelak kita pun akan pergi juga nanti. Ke dalam kubur gak kita nanti. Apa perasaan kita kalo kubur kita sendiri semak samun cam hutan belantara dan waris-waris kita gila dengan keduniaan tanpa memerhatikan dan mengambil iktibar kita yang telah pergi. Kalo mcm ni la sikap org kita,tak mustahil la dengan "melayu mudah lupa" lupa sejarah..lupa jati diri...lupa asal usul...dah la la lupa...bukan nak berusaha nak mencari pulak tu... eh..udah2...melalut pulak dah nih.. iya ar benda betul kan.. ok..ok...kita sambung balik..kang asek membebel kang bile lak mase nak upload gamba lagi..haha..kang kene tembak lagi...hehehe..

Apa yang sangat menarik kat sini saya nak kongsikan tentang Lakaran Wajah Tok Putih (Tok Janggut) yang terletak dalam Tokong Cina kat tepi jalan tu.. Mmg pelik..diorang sembah tok tu kerana dia ada keramat. Kalo tok dia tu cina takpe la..dr gambar tu tgk ciri2 Islam..ader tasbih, berbaju melayu, bersampin berkopiah. Lepas ditanya Apek tua tu leh tunjuk lak gmbr tu dengan kaitkan dengan makam marhum durian sebatang..ha tu dia...takpe...biasalah kaum lain kalo tgk kepelikkan seseorang tu maka dia akan start puja la org tu akan kekeramatan yang ada padanya..so benda ni inherit la dari satu generasi ke satu generasi yang lain sehingga mungkin ada kelak generasi tah keberapa kata tu lah salah satu dewa.. ini kenyataan la..bkn sengaja nak buat cite..

Saya pernah tgk perkara serupa kat tanjong karang, ader satu tokong kecik tu patung tu pakai baju melayu warna hitam bersampin dan bertengkolok bagai..cam tengah berzikir bertapa. Saya pun pelik..tu ciri2 orang islam apsal diorang gi wat patung tuk disembah? So ada member bgtau tu patung tok hitam dan tok hitam tu ade keramat. So sendiri mau ingat la kan...

Lepas ni kita pegi plak ke destinasi seterusnya....jom kawan-kawan!
(eceh..ni kes tiru abg MS ni...kang kene bedal baru taw amik hakcipta orang...hahaha)

Pengembaraan Menjelajah Perak bersama Warga Merahsilu - Part 2










Sungguh berperang dengan diri sememangnya lebih sukar dari perang dengan orang lain, walau apa pun melanda yang dijanji tetap kan ditunaikan walaupun masa telah berlalu pergi. Untuk kesekian kalinya saya ingin meneruskan agenda saya yang dah hampir berbulan tertangguh. Bagi saya cukuplah saya menerangkan tentang gambar-gambar tersebut, untuk penerangan lanjut bolehlah refer blog Abg MS merahsilu.blogspot.com dan dapatkan VCD Siri Sekitar Perjanjian Pangkor 1874 Keluaran MerahSilu Production Sdn Bhd. Dapatkan Sekarang!!! kalau tak rugi lah nnti... Hehehe.. Ada cam promoter tak??

Dalam Sesi Pengembaraan ini, Sepertimana gambar diatas adalah Gambar Masjid Lama Kg Batak Rabit dan sekitarnya. Apa yang menarik hati saya dalam 100m dibelakang masjid tersebut adalah sungai perak yang hampir dengannya.Terdapat tapak masjid lama disebelah kanan makam-makam tersebut. Terasa seakan tempat ini merupakan tempat tumpuan orang dahulu yang rata-rata menggunakan sungai perak sebagai jalan pengangkutan utama. Tergambar pula rumah-rumah lama dan istana lama yang tegak dikawasan tersebut. Aneh kan..