Memaparkan catatan dengan label Penyaksianku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyaksianku. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mac 2009

N O K T A H

Perutusan ini adalah rasa untuk diriku sendiri.Semoga ianya akan menebalkan rasa pengertian yang amat dalam bagi mengerti akan keberadaan ku disini. Sesungguhnya tiada apa yg dapat aku jelaskan bahawa segalanya hanyalah satu cerita

Segalanya bermula
Pengertian harus diperhalusi
Siapa AKU
Siapa Dia
dan siapa engkau

Kita semua berada dalam satu cerita yang maha luas
semua mahkluk bernyawa atau tidak, berjasad atau tidak
Manusia,malaikat,jin,syaitan,haiwan,tumbuhan dan
semua yang diciptakanNYA merupakan watak dalam cerita
Cerita yang berskrip tanpa pernah kita baca jalan cerita atau sinopsisnya
Skrip yang tertera di Loh Mahfuz
Sudah tersurat dan tersirat akan ceritanya

Scene 1 : Take 1 : Action!!
Dimana bermulanya
kronologi bertali arus tanpa henti
dimana masa yang dijanji
MASA?
keberadaannya hanyalah umpama sehari cuma
Masa diatas masa
Masa didalam masa
masa didalam rahsia
bak aturacara gelung bergelung dan digelungi dan menggelungi

Semuanya kita
bergelar manusia
Semuanya SAMA
Semua punya roh
semua punya jasad
semua punya nafsu
semua punya anggota
semua telah melalui perjanjian
Perjanjian antara Pengarah dan Pelakon
Pelakon yang melakonkan watak dengan skrip
la hawla walla qu watta illa billah hil aliyyul adzim

Namun
untuk menjadi pelakon yang cemerlang disisiNya
akan punya watak
cabaran sudahpun terhidang dari segenap penjuru
musuh sudah pun dikenal
tapi
rupanya
titik dari dalam manusia itu sendiri yang menjadi punca
akan terbiaslah segala-galanya
samada menjadi rapuh atau kukuh bak besi waja
itulah hati dan nafsu

Agama,bangsa,warna kulit,bahasa,pangkat dan kuasa
hanyalah props
menambah warna
dan seisinya

Semuanya
para pelakon melakonkan perkara yang sama
berulang-ulang
bezanya
cuma masa,keadaan,tempat
walau apapun kronologinya ianya tetap sama
sama

semuanyanya hanya kan menjadi imbalan
secara terus atau kemudian
samada untuk mendapat hasil dari untung atau rugi berlakon
samada ingin mendapat pengiktirafan berlakon
samada untuk dekat dengan pengarah
samada untuk menyayangi pengarah
mahupun mahu memperhambakan diri kepada pengarah


tidakkah semakin kita keluar
semakin kita nampak
atau semakin kita ke dalam
semakin kita dekat

Minda
akal
jiwa
tali
aku
perlu bersatu

terdampar
tersudut
rasa
padaNYA



AKU <-- Dia <---> engkau





Isnin, 2 Februari 2009

Perbezaan Bumi dengan Planet-Planet di Angkasa

Compare the size of the earth with other planets

(Bandingkan saiz bumi dengan planet-planet lainnya)

Now compare it with Uranus & Neptune

(Sekarang bandingkannya dengan Uranus & Neptune) (Bumi sebelah kiri sekali dibarisan hadapan)



Now Earth against Sun

(Sekarang, bandingkan Bumi

Ini adalah perbandingan nisbah bumi dengan matahari dan ini hanya salah satu bintang dari jutaan bintang, dimanakah posisi anda sendiri ???

Against Sun, Earth is like a

dot ! Think !! Where do you find yourself now??

(Berbanding Matahari, Bumi adalah seperti titik!


Fikir !! Di mana anda berada sekarang??)


Ini pula adalah perbandingan antara bintang Alnilam di Buruj Orion yang merupakan bintang gergasi biru dengan matahari.

Bayangkan betapa saiz bintang Alnilam adalah 44 kali saiz jejari (22 kali diameter) Matahari !!


Bandingkan pula Betelgeuse iaitu bintang superraksasa merah yang juga di Buruj Orion dengan bintang Alnilam itu tadi.

Bayangkan betapa gigantiknya saiz Betelgeuse berbanding Matahari kita !!

Allahu Akbar!


Untuk lebih mudah membayangkan kekuasaan Allah, perhatikan fakta-fakta berikut:

Apabila diskalakan dengan diameter bumi = 0.01 cm (sama dengan besar 1 butir gandum), maka:

1. Diameter matahari = 1 cm

2. Jarak matahari - bumi = 1 meter

3. Jarak matahari - bintang terdekat (Alpha Century) = 220 mile = 350 km (yang bersamaan dengan jarak Kuala Lumpur ke Johor Bahru)

4. Perlu diingat bahawa letak tata surya (Solar System) kita berada di pinggiran galaksi Bima Sakti (Milky Way), yang terdiri dari ratusan ribu juta bintang --> bayangkan pula berapa ukuraan galaksi Bima Sakti kita?

5. Kita tahu bahawa alam semesta ini terdiri dari ratusan ribu juta galaksi, bayangkan ukuran alam semesta ini dengan menggunakan kemampuan otak manusia - yang katanya luar biasa itu....

6. Dengan demikian kita sedar bahawa alam semesta ini memiliki massa yg sedemikian besar (besar sekali), tetapi kita sama sekali tidak melihat bahawa ada tiang yang menyangga langit; kita sebagai orang yang berakal pasti berfikir bahawa ADA TIANG TIDAK TAMPAK YANG MENAHAN ALAM SEMESTA SEHINGGA TIDAK JATUH/BERANTAKAN!!!


Ingatlah firman Allah dalam Qur'an 13:2: "Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu."


6. Cuba fahami kebesaran Allah dari ayat2 Qur'an berikut ini:


[Qur'an 17:44] Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.


[Qur'an 2:255): "Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. "Kursi" Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


Kesimpulannya:


Bandingkan kebesaran Allah dengan diri kita sendiri.......bayangkan dengan perbandingan ukuran alam semesta di atas.....Kalau nak diibaratkan bumi yang begitu kecil sebesar biji gandum, kita nih umpama debu-debu yang berterbangan... sungguh ku naksir rahsia didalamnya.Jika kita pernah menyedari perbezaan kebesaran Allah dengan diri kita, masihkah kita tidak taat kepada-Nya?Siapa kita untuk mendabik dada beradu kuasa, kekayaan dan kekuatan?


"Kita kan semakin lenyap tatkala semakin kita keatas mahupun ke bawah, kekanan mahupun kekiri"

Kosong

Noktah

Hampa

Lebur dan Melebur

Berterbanglah bak debu-debu halus ditiup angin.


SIAPA AKU?

Siapa Dirinya?

siapa kau?