Isnin, 24 November 2008

Gerhana Bulan di Malam Nisfu Syaaban 1429H - 16 August 2008 jam 4.01Pagi

Saksikan keindahan bulan yang bercerita tentang keperihal tentangnya
Gerhana Bulan diMalam Nisfu Syaaban 1429H 16 Ogos 2008 jam 4.01pagi








Demi Allah dan demi rasullullah aku meneruskan agenda dimalam ini dengan penuh kesyukuran kerana satu persatu hijab yang merintangai aku suatu waktu dulu terungkai satu persatu. Bukan aku tak cinta, Untaian dan runtunan mengguggat perasaan.Lalu aku biarkan kuasaNYA mengendalikan aku sepenuhnya. Aku pasrah dan redha atas titisan hujan yang menghujani diri.

"La Haulawala Qu Watta Illah billah hil Aliyyul Adzim"

Maaf teman-teman kerana membiarkan rumah tidak berpenghuni.Bersemak samun tak dikunjungi. Moga masa yang terluang ini dapat aku garapkan sedikit sebanyak buat santapan jiwa dan naluri kerinduan.

Adapun sebelum gerakan dari 'gerak' menyertai perjalanan ke Perak bersama team blog merahsilu, naluri kerinduan dan 'diri' seakan terkunci rapi. Entah mengapa aku gagahi untuk menyingkapi sebahagian kecil tabir yang telah berlalu selamanya. Berkat kesungguhan dan kesanggupan teman-teman merahsilu terutama Abang MS, Kak Anggun, Abg Zaidi, Dong dan Zam, begitu juga abg shahir dan abg bad. Syukurku yang tak terhingga diatas kesempatan menerima diri yang tak seberapa ini.

Baiklah ada baiknya aku teruskan membuka jendela rumahku ini setelah sekian lama sunyi. Cuba saksikan gambar bulan diatas yang melalui proses gerhana. Sepertimana yang dimaklumkan oleh sahabatku saudara sunan azmi akan berlaku gerhana bulan dimalam nisfu syaaban 1429H pada tahun ini. Seingat aku ia mungkin cuma sms berantai kerana waktu dijanjikan jam 3.00pg tak kunjung tiba pun gerhana bulan tersebut. Tapi aku cukup yakin sesuatu bakal berlaku berkat dariNYA. Setelah hampir putus asa dan sms abg syahir menyatakan hampir jam 3.45pg dan dia sudah mahu tidur..Aku pun teruskan keinginanku menjamah pandangan terus ke arah bulan tersebut. Sambil membedik-bedik lensa kamera aku, sungguh aku terpaku...kenapa begitu besar bulan dalam viewfinder kamera aku nih? mengapa aku mampu zoom penuh kearah bulan yang jauhnya sungguh tak terkira. Ini bukan kali pertama aku mengambil gambar bulan.Sewaktu dikampung aku di kuala selangor dah beberapa kali aku ambil gambar bulan tertanya aku tak dapat zoom lensa sehingga dapat saksikan kawah bulan tersebut. Tapi pada malam ini aku amat terpegun menyaksikan sendiri gerhana bulan dan rupa bulan itu sendiri.

Aku cukup pelik kerana beberapa ketika aku menyaksikan bulan tersebut, seakan bulan itu tidak berputar. Ia hanya seakan berada dipaksinya dan mengelilingi bumi tanpa berputar pada paksinya sendiri? Ermmm..entahlah aku tak berapa ingat astronomi lah..mungkin sahabat yang bijak pandai dapat menjelaskan perkara ni. Aku kagum.jahil.absurd. Setelah cukup aku nikmati pandangan mata kearah bulan hingga gerhana tersebut menenggelamkan bulan dan gelitalah bumi buat seketika. Aku tergerak nak buat solat sunat gerhana bulan dan alhamdulillah Allah membantu aku menggagahi diri yang kepenatan.

Sesungguhnya Rahsia yang terpatri di antara langit dan bumi serta bulan dan bintang adalah MilikNYA abadi.

Selasa, 26 Ogos 2008

Tinggal Kenangan - Sahabatku Mohd Fedley bin Mohamad Idris



Khususan Arwahi Mohd Fedley bin Mohamad Idris- Al-fatihah

Maaf buat teman-temanku sekelian kerana masih tertunggu-tunggu update terkini . Aku pohon waktu barang seketika untuk bertenang kerana aku masih dalam keadaan shocked mengenangkan sahabat karibku suatu ketika dahulu, yang pernah menjadi model terjun ketika mula-mula aku berjinak-jinak mempelajari seni fotografi sejak tahun 2000 yang lalu, telah kembali ke rahmatullah pada hari
sabtu 24 August 2008, jam 8.30mlm.

Pada usianya yang masih 25 tahun. Dia merupakan seorang sahabat yang memahami,merendah diri,jujur,lurus orangnya,baik budi pekerti dan menghormati orang lain sebaiknya. Adapun dia telah bertunang dan sepatutnya bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Namun, Allah lebih menyayanginya. Dia telah dijemput untuk pergi dahulu meninggalkan keluarga,tunang dan sahabat handai untuk selamanya.

Aku masih sugul mengenangkan nasibnya yang menjadi mangsa sihir individu yang tak mengenal erti simpati hanya kerana secebis cinta yang tak kesampaian.Bertuankan nafsu sampai lupa akan dosa besar dengan membunuh orang lain tanpa belas kasihan dan simpati. Apa kepuasan diri yang tak bertepi itu dijadikan sandaran buat kelegaan nafsu runtunan syaitan? Apakah dia tidak mengenal erti pasrah dalam hakikat bercinta??? Beliau adalah sahabatku yang kedua yang menyeru seruan ilahi atas sebab sihir yang dilaknat Allah oleh perilakunya.

Sahabatku yang pertama Mohd Kamaruzzaman dan kemudian diikuti oleh Ayahnya juga menjadi mangsa rakus manusia jelek dan pengamal sihir tak tak mengenal erti dosa dan neraka. Moga Allah membalasnya dengan setimpal kelak samada didunia mahupun di Padang Mahsyar kelak.Moga Allah menghancurkan niat buruk mereka-mereka ini yang sekiranya masih ada untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan melanjutkan usaha jahatnya pada insan yang masih tinggal.

Doaku buat keluarga allahyarham dan sahabat-sahabatku menerima ujian dan dugaan hidup ini dengan ketabahan dan kepasrahan. Ini adalah sebagai satu peringatan buat kita yang masih hidup dan akan kembali jua padaNYA kelak. Namun masa itu akan tiba kelak bagi makhluk yang hidup. Doaku moga Allahyarham tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh, Moga dia terhindar dari siksaan azab kubur dan permudahkan urusannya dialam sana.


dari sahabatmu.
yg mengerti

Khamis, 21 Ogos 2008

Pengembaraan Merah Silu & Team - Preview






Buat sahabat-sahabat yang tak sabar menunggu, saya kirimkan gambar ini buat penyejuk hati sementara menunggu hidangan menu utama.

Selasa, 19 Ogos 2008

Pengembaraan Merah Silu & Team

Masjid Tinggal di Teluk Memali.

Perjalanan masuk. Denai yang selesa walau telah sekian lama terbiar adanya. Bersambut pula kami rupanya.Meriah adanya :) .Akan tetapi akhirnya ia terkubur jua disitu andai tiada tangan mengejutkan insan dari ketiduran yang panjang

Patihtulus memulakan pengambaran video bersama
Abg MS yang rancak berbicara tentang Masjid Lama ini


Terdiam seribu bahasa menyaksi masjid yang hanya disaksi dikulit buku ("Berpetualang ke Acheh-Sila rujuk laman web: merahsilu.blogspot.com) nan indah terbiar adanya. Mengapa ia terbiar jika tidak digunakan. Apakah lebih baik kiranya masjid ini dibuka dari ia terbiar dimamah usia sehingga tersembam dimamah bumi? Apa kita mengambil sikap acuh tak acuh terhadap Rumah Allah ini?

"Aura 7 ke langit"
bisa ia tercipta dibalik rahsia
hanya mengerti buat yang dimengertikan
pancaran yang menyejukan hati insan dari segenap pandangan


Pintu masuk (beranda masjid). Pening incik Dong kiter melihat kondisi masjid ini.

mungkin juga masjid ini masih lagi digunakan pada 25.9.1997ukiran yang simple tapi bermakna adanya tambahan pula pintu masuk yang tersedia. Menyambut tetamu yang tiba. Sungguh senyuman tanda gembira. Bersyukur adanya pada yang masih setia. Mengharap nasib akan terbela. demi agama tuntut la ia. segala yang rahsia tiadalah percuma.Bersilang-kata diibarat adanya.Agar dimengerti setiap yang ada
p/s : awak... disambut dengan penuh harapan.salam telah disampaikan.Sabar ia menanti dipintu ia sepi.

Abg
Abg MS, zam, kak anggun & tentera .. hehe

'awak..mana satu idaman kalbu? rasa saya yang berhampiran dengan mimbar itu adanya. Kalo tidak terbias pandang la. Ada pula busut jantan dikiri kanan mimbar.
indah sungguh ukiran mimbar ini kan. Bersayap pula rupanya. :)

p/s: "awak...."
Sekilas ikan diair meliuk-liuk didalam air
"diantara ada mahupun tiada"

Kolah tempat mengambil wuduk


ruang dapur atau stor masjid


Pandangan sisi Masjid

Pandangan dari belakang masjid.

Alhamdulillah, Syukur yang tak terhingga padaMU, Ya Allah atau kurniaan dan rahmatMU terjejak jualah kakiku ini dipersada pengembaraan yang telah terdetik sekian lama..Garapan yang cukup indah aku rasakan akan nikmat bantuanMU. Hampir sahaja aku kuburkan niat luhurku untuk turut sama dalam pengembaraan ini atas beberapa sebab yang tak dapat ku elakkan dengan hati yang cukup berat.Hampir sahaja amanah itu tak dapat ku galas.

Sungguh Besar akan KekuasaanMU ya Allah... Segala gerak yg tercipta dan dirasa bukan dengan kudratku. "La hawla wala Quwatta illa billahil Aliyyul Azim" Tawakal dan pasrahku bersatu. Semuanya kernaMU, kerna untuk KeredhaanMU. Sungguh teramat syukurku kepadaMU. Segalanya teratur dan terindah disusun untukku...tak terduga olehku segala permasalahan itu beransur-ansur lenyap. Bersyukurku atas bantuan rakan-rakan merahsilu.blogspot.com yang membantuku walau hanya dengan sepotong doa bagi memohon keredhaan untuk kami.

Buat teman-teman semua, maaf jika agak kelewatan menyusulkan berita. Saya perlu melakukan minor editing terhadap bahan gambar tersebut. Penyusulan posting akan dibuat berperingkat. Harap maaf sekali lagi jika masjid ini dijadikan posting utama. Buat Abang MS, maaf saya duluan posting gambar ini. Gambar ini abg bleh guna bila2 masa je ok, just click n save. :) Kerana masa yang agak terhad dalam minggu nih..saya akan upload sedikit demi sedikit. Untuk detail video tunggukan kemunculan video dari patihtulus ya...

Ucapan terima kasih buat :
Abg MS, Kak Anggun, Zaidi,Dong,Zam,Syahir,Bad yang terlibat dalam acara ini
Mana yang tidak dapat turut serta:
Jiwa,Mded,Tok Wi,Ariyon,Sunan,Puteri,Alief serta yang lainnya( Maaf jika tertinggal nama)
terima kasih buat semua atas kerjasama dan doa semua :)
"peace aja deh"

Jumaat, 15 Ogos 2008

Ada apa pada alam...ada apa pada bulan??

Dikala bulan mengambang.. Jam 3pagi.. Seronok tgk keindahan alam tika bulan terang mengambang.




Tatkala bulan lenyap ditelan awan.. Sepertinya apa ya gerangan si awan itu? :)


Dimana gerangan rembulan itu tersembunyi? Dibalik awankah atau mataku yang terbias pandang?

Pedang yang dh berkarat dah..haha..Made in Sendiri lak tu..haha.. Dh hampir lebih 15tahun ia menemani


Keris kayu buatan sendiri.. Apa nak buat nak carik pandai besi tak dapat-dapat masa tu.. keris yang dah lebih 10tahun.. tak siap2 lagi hulu dan pamor ukirannya...Dahlah alatan ukiran takde..sekadar parang,pahat dan kertas pasir jer yg menjadi bahan ujikaji. :)








Jumaat, 8 Ogos 2008

Zikir-zikir

Allah hu Allah - Zain Bhikha -



'ILLALLAH' BY KAMAL UDDIN



Taubat berkali-kali -DEBU


Khamis, 7 Ogos 2008

Pengertian Sufiyah - Bahagian II

1. 3 Peringkat Tasawuf:-

1. Bidayah - Permulaan petunjuk ke jalan Allah SWT. Iaitu jalan dalam bentuk rasa pada jiwa yang merasa rindu kepada Allah SWT. Kerinduan atau cinta tadi menimbulkan makrifat atau berkenalan dengan Allah SWT. Sebagai contoh; Dengan Perbuatan Makan Zahirnya kita merasa sedap manakala batinnya pula kita mensyukuri nikmat pemberianNYa sehingga kita berdoa " Allahuma bariklana fima rozaqtana wa kina adzabanar" . Dengan melihat alam pula kita merasakan zahirnya ia indah dan jiwa kita pula kagum akan kuasaNYA dengan menyebut Subhanallah. Tatkala kita menerima rezeki zahirnya kita gembira manakala batinnya pula kita terharu oleh pemberianNYA sehingga menyebut "Alhamdulillah was syukru lillah" dan apabila kita kuat bekerja zahirnya kita sihat, batinya kita mensyukuri dan menujukan perbuatan untuk mencapai keredhaanNya " Radhitu billahi ra'abaa.
Matlamat bidayah ialah menyermpurnakan jiwa sehingga terserlah kepuasan rohani dalam hubungan kepada Allah ( HabluminAllah ) dan hubungan sesama manusia (Hablum minnannas) Caranya ialah sentiasa beribadah zahir yang dihubungkan dengan ikhlas hanya untuk Allah semata. Kepuasan Rohani ini akan terbit beransur-ansur dengan tetap (istiqamah)

2. Muhajadah - Berjihad atau proses berjuang yang telah diamanahkan oleh Allah untuk berjuang kejalanNYA. Berjuang atau berjihad ini bukan hanya tertakluk dalam konsep berperang tetapi melaksanakan amar makruf nahi mungkar juga merupakan perjuangan. Mengekang hawa nafsu dengan ibadah puasa sebagai contoh dalam bulan ramadhan juga merupakan perjuangan. Namun demikian sekiranya perjuangan yang tidak berasaskan pegangan syariat (ibadah,solat,puasa,zakat dll) adalah dikira tidak lengkap dan kosong belaka.

3. Mazaqat - hasil yang diharapkan daripada mengamalkan tasawuf. Antara matlamat utama tasawuf sebagai contoh :
1. Ma'rifatun nafs - Kenal diri atu jiwa. Aspek ini perlu dilalui sebelum seseorang itu mengenal
Allah swt. Kita harus kenal kekurangan dan kelebihan diri kita, tahu batas
susila diri sendiri.Sesungguhnya ramai orang kenal orang lain kerana ilmu
dan ramah mesra, tetapi tidak tahu dirinya.
2. Tasfiah /Tazkiah - Aspek pensucian hati dari seifat-sifat cela atau mazmudah. Sifat takabur
marah,hazad dan zalim perlu dibersihkan.
3. Tahalli - Menyerikan diri dengan sifat mulia atau mahmumah seperti amanah,ikhlas,jujur
dan berilmu dalam diri.
4. Tarraqi - Naik kedudukan atau maqam sehinggakan hati sufi tadi sibuk dengan keperluan
terhadap Allah swt walaupun hidup seperti manusia biasa. Ia redha/pasrah akan
taqdir Allah selepas puas berikhtiar.

Istilah lainnya

1. Suufah - Gelaran orang ramai terhadap seorang lelaki yang beribadah di Masjidil Haran
2. Suf - Bulu biri-biri @ domba yang dijadikan pakaian para nabi dan orang warak Ia merupakan pakaian tawaduk atau merendahkan diri.Jika difikirkan aspek keadaan geografi disana yang banyak berlaku ribut pasir, panas dan musim sejuk maka ia sesuai digunakan.Apatah lagi ramai para nabi merupakan pengembala, logiknya pakaian dari bulu domba.
3. Ahlus suufah - Gelaran para sahabat seperti Abu Hurairah dan Salman Al-Farisi yang mendiami serambi Masjid Nabawi.Hidup yang miskin dan kebanyakan bujang yang gigih beribadah.
4.Sufiyah - Merujuk kepada golongan manusia yang cuba mencari kebenaran
5. Safa' - Kebersihan, ini juga dikaitkan dengan salah satu usaha pemurnian sufi yang dipanggil tasfiyah.
6. Khalwat - Bersendiri-sendirian dengan matlamat membersihkan rohani dan sentiasa memikirkan urusan kemanusiaan yang diredhai Allah serta mendekatkan diri kepada Allah.
Aspek khalwat sebagai contoh :-
1. Nabi Saw mengasingkan diri atau berkhalwat di Gua Hira' sehingga mendapat wahyu.
Amalan ini diikuti oleh ramai sufi terutama yang dapat pergi ke gunung atau hutan atau
ditempat2 yang sesuai. Namun ini tidak boleh dikaitkan dengan bertapa iaitu amalan
yang dikaitkan dengan agama terdahulu , hindu atau buddha.
2. Solat juga merupakan khalwat kerana fikiran kita tertumpu kepada Allah dan kita
mengasingkan dunia. Contoh solat tahajud,solat hajat,solat istikarah
3. Puasa juga merupakan amalan bersifat khalwat kerana kita mengasingkan dunia daripada
makan,minum,seks dan apa jua tuntutan nafsu.Mengasingkan disini bermaksud jua
mengawal. Puasa disini terbahagi kpd 3 iaitu 1. Awwam - puasa sekadar menahan lapar
dan dahaga. Puasa Khawaz - menahan nafsu sambil beribadah dan khawazzul khawaz
(puasa keseluruhan dengan menahan pancaindera dan hati dari godaan nafsu, beribadat dan
meningkatkan penghayatan islam-contoh puasa ramadhan)
4. Haji juga merupakan khalwat terbesar kerna apabila kita berada dalam ihram kita tunduk
zahir dan batin atas segala syarat yang dikenakan oleh Allah, ketika wukuf(berihram dan
berada di Arafah) Haji itu melambangkan kematian dan kebangkitan serta perhimpunan
agung di padang Mahsyar kelak. Ihram berpakaian putih itu ibarat kain kapan. Apabila
selesai haji yang dilaksanakan sempurna seseorang itu mendapat haji mabrur iaitu bak
bayi bersih baru dilahirkan
7


Bahagianku

1. Taubat
2. warak
3. Syukur
4. zuhud
5. tawakal
6. sabar
7. fakir
8. redha
9. cinta

Pengertian Sufiyah - Bahagian I

Adapun pelbagai istilah-istilah yang kita bakal atau telah temui dalam perjalanan mendekatkan diri pada Allah. Berikut adalah bahagian I, istilah yang memungkinkan kita bertemu dengannya tika dalam perjalanan itu. Wallahualam.

1. Thariq
Bahasa: bererti jalan( sabil) sedangkan tarekat bermakna jalan dan keadaan. Bentuk jamaknya thariq-thuruq,tariqh-thara-iq
Sufi: berpindah dari rumah ibadah ke rumah ibadah yang memiliki makna , dan berpindah dari gambaran amal yang disyariatkan ke jalan pendekatan diri kepada Allah dengan mengerjakan atau meninggalkan suatu amal

2. Salik
Bahasa: Seseorang yang berpindah dari makam ke makam dan menghendaki hal itu.Dia harus melalui jalan suluk dengan berbagai tahap adan tingkatan yang banyak iaitu maqamat agar dapat mencapai titik akhir (matlamat) iaitu Allah. Pejalanan ini berawalan dari kehendak individu si salik yang kemudian melakukan penyucian yang keseluruhan bagi kehendaknya dan melaksanakannya secara berterusan dengan mujahadah yang disertai dengan kesungguhan niat.Dalam mengawali perjalanannya nyata terlihat olehnya akan bahaya dan rintangan tersendiri yang perlu diwaspadai.Disinilah penunjuk jalan diperlukan bagi memainkan peranan para penggunanya dapat melalui jalan terdekat untuk sampai kepada ma'rifat akan Allah.

3. Maqam
Merupakan perjuangan salik dalam menempuh jalan suluknya agar dapat terus meningkat dari maqam yang satu ke maqam yang lain.Perjuangan ini harus ditegakkan melalui latihan ( iyadah) dan perjuangan (mujahadah) atau melalui usaha teguh salik untuk menegakkan dan memenuhi hak-hak yang diminita dengan niat yang jelas. Adapun pengertian lainnya memperihalkan akan maqam yang datang dari hasil usaha dan curahan tenaga sedangkan hal datang dari desakan-desakan kedermawanan atau dalam ertikata ringkas maqamat adalah hasil sedangkan hal ahwal adalah pemberian. Dengan demikian salik tidaklah meminta maqamat kerana dzatnya melainkan bahawa ia merupakan tahap-tahap yang memotong rintangan-rintangan jiwa dijalan yang menuju pada puncak atau sasaran iaitu pendekatan dengan Allah

Pengertian jamak baginya Maqamat : tahap-tahap yang ditempuh oleh salik dalam tarekatnya kepada Allah.Disebutkan maqam untuk kemantapan dan kepastiannya.
Maqamat adalah hal yang dibahas dalam berbagai bentuk aliran-aliran sufi meskipun kesemuanya diawali dengan taubat.Perbezaan terjadi dalam pelbagai keadaan dan berturutan. Sebagai contoh Aliran Maqamat Imam Al-Ghazali:-
Aliran ini ada 10 maqamat
1. Taubat
2. Sabar
3. Syukur
4. Harapan (raja')
5. Takut (khauf)
6. Fakir
7. Zuhud
8. Tauhid
9. Tawakal
10. Cinta ( Mahabbah )

* Maqamat ini berbeza aliran-alirannya mengikut aliran-aliran masing-masing.Adayang 7,9,10 aliran dan 100 aliran yang mempunyai 10 bahagian.

4.Hal
Merupakan keadaan yang dikehendaki oleh salik tanpa ada pilihan baginya.Sebagaimana musafir dijalanan nyata kerap menghadapi masalah dan kejadian yang tak terduga yang berada diluar rencananya atau pilihannya. demikian pula dengan dsalik yang menempuh jalan menuju Allah. Tak jarang dia dihadang oleh keadaan-keadaan dan masalah rohaniah yang sesaat-sesaat akan lenyap.
Pengertian jamak baginya Hal : Ahwal ; timbul dalam kehidupan ruhiyah dan merupakan akibat yang ditimbulkan oleh suluk maqamat sampai mencapai jenjang nafsu yang diredhai. Mengapa ia disebut hal kerana keadaannya yang tidak tetap dan terus berubah-rubah.

5. Khathir
Iaitu bisikan yang berbekas didalam jiwa atau sanubari, boleh juga datang dari malaikat mahupun syaitan, boleh juga dari nafsu atau dari pihak Al-Haqq Yang Maha Suci.
Apabila datang dari malaikat bisikan itu dinamakan ilham.Bilamana datang dari malaikat maka bisikan itu mampu diketahui kebenarannya dengan ilmu yang telah disepakati. Dalam hal ini dikatakan " semua bisikan dan getaran yang tidak terbukti adalah batil"Apabila datang dari syaitan ia berupa fikiran jahat ( was-was ) dan Bila datangnya dari syaitan maka kebanyakan menyeru kepada maksiat dan bila datang dari nafsu biasanya menyuruh mengikuti syahwat,rasa sombong,ujub,riak dan hal-hal yang berasal dari nafsu syahwat. manakala pabila ia datang dari Allah dan ditaruh olehNya maka ia adalah bisikan hati yang benar.Keseluruhannya belum berupa perkataan yang diucapkan melainkan masih berupa bisikan atau getaran yang ditaruh didalam hati
Al-junaid memisahkan antara bisikan nafsu dan was-was syaitan sebagai berikut : "Nafsu apabila meminta sesuatu kepadamu akan memaksa dan terus mendesak sampai jangka waktu tertentu sampai tercapai maksudnya dan berhasil mendapatkan apa yang diinginkannya. Ya Allah sekiranya seseorang tetap dapat bertahan dalam kebenaran mujahadahnya makan dia akan terus membantumu. Adapun syaitan biasa memanggilmu untuk melakukan dosa dan kesalahan.Engkau mampu melawannya dengan meninggalkan hal itu, tetapi dia akan meniupkan was-was agar engkau benar-benar terjatuh dalam kesempatan yang lain.Dia ingin menjadi penyeru untuk berbuat dosa selama-lamanya dan tidak mengkhususkan doasa yang satu diatas yang lain.

6. Warid
Sesuatu yang memberi jawapan kepada hati dari bisikan-bisikan yang baik yang tidak disengajakan oleh si hamba atau sesuatu yang datang sebelum bisikan itu.Selanjutnya boleh menjadi warid itu dari Allah atau warid dari ilmu.
Maka warid ini lebih penting dari khathir kerana khathir dikatikan dengan semacam bisikan atau getaran atau bermakna serupa sedangkan warid meliputi berbagai erti seperti warid kesenangan,warid kesedihan,warid kekuasaan,warid kegembiraan dan lain-lain.

Sabtu, 2 Ogos 2008

Diantara Mereka-Mereka Itu...

Antara mereka-mereka itu
sering saja memalit adu domba
atau berkata sesedap selera menjamah
seraya berkata itu dan ini
walhal cermin diri tidak dilihat
akan keberadaan sesuatu itu
pasti akan ada hikmah disebaliknya
hanya saja bagi yang menuntuni akal dan fikiran
maka akan menjaga tutur nan sopan
adab dan kelakuan rapi diaturkan
agar antara insan tiada halangan
apatah lagi antara kita dengan yang diatas sana
dialah yang maha mengerti akan segalanya
Yang tersembuyi dilubuk hati
meskipun hanya detikan suara
tidak ia terlepas cuma

Diantara mereka-mereka itu
sungguh enak memakan bangkai rakannya sendiri
rasa kepuasan barangkali yang diingini
atas pujukan nafsu nafsi
merekalah yang benar tiada sangsi
berkata itu dan ini
Kenapa tidak saja mereka-mereka itu menjaga diri sendiri
meluruskan keperihal menurut acuan ilahi pada diri?
seandai tersirna barulah ia melihat luaran
tapi bukan dengan cara kutukan
tapi dengan berhemah ia turutkan
agar dapat bersama mendapatkan saranan
menjadi insan-insan kamilan

Diantara mereka-mereka itu
mengapa hanya pandai menghina
sudahkah mereka merasa
andai bertempat duduk di tempat mereka
sudah pasti takkan termampu olehnya
kerna segala sesuatu adalah sesuai dengan keberadaan sesuatu itu
seperti yang termaktub didalam buku
agar pelajaran dan lelaku
dapat dibentuk ia selalu
bak air menghujahi batu
kelak kan terkesan bentuknya itu

Diantara mereka-mereka itu
sukanya berkokok tak kira waktu
dan umpama burung kakak tua yang selalu
berkata tanpa menghayati
apa yang diperkatakan itu
cumanya mereka
bersandarkan tiang dan kekuda
tanpa usul periksa
dan tanpa melihat akan
apakah dia sendiri telah melakukannya
atau hanya berpandukan apa yang ada
untuk melihat mereka yang lain adanya
walhal mereka sendiri terbias celaka
akibat perbuatan tak serupa

Diantara mereka-mereka itu
ada baiknya kita mencermin diri sendiri
lunaskan diri dengan ketentuan ilahi
maklum dengan hikmah tersembunyi
gunakan akal dan fikiran
menjelajah kebarangkalian setiap perkara
bukankah Pencipta itu Maha Luas KekuasaanNya
hanya terbatas pada kita
itulah beza antara kita dan pencipta
hanya sanya bagi yang dituntuniNYA
akan dapat merasai kelazatan keberadaan sesuatu
disaluti hikmah sebagai penentu
agar hati tidak melulu
menjatuhkan
hukum
terus
pabila mata terpandang
dan hati dikocak
oleh bujukan sang syaitan
yang takkan henti menghela nafas panjang
agar kita semua dihumban
ke neraka jahanam

Moral of a story: meskipun kita telah penuh ilmu didada dan mengamalkan apa yang telah diterima selayaknya kita. Bukan ia bererti kita dibolehkan untuk menghina orang lain yang tidak beruntung dan tidak menerima taufik hidayah. Segalanya yang paling berharga bukan harta dunia atau pangkat atau ilmu tetapi yang paling berharga adalah taufik dan hidayahNYA. Seandainya berharta dan berpangkat dan berimu dunia atau berilmu akhirat sekalipun seandainya tidak ia ketemu taufik dan hidayahNYA akan kosong la ia segala
tidaklah ia merasai nikmat akan keberadaan sesuatu diatas sesuatu itu...

Siapakah orang-orang yang beriman?
Siapakah orang orang-orang yang bertakwa?
Siapakah orang-orang yang beruntung?

.

(noktah)
Apa yang dapat kita perhatikan pada noktah ini?
:)



Akukah itu?

Aku
kesiangan lagi
tiada malam
yang ada hanya siang
meskipun lelapku itu hanya
dambaan lurah sepi
dingin dan mendinginkan
kering dan mengeringkan

Aku
berkedipan antara waktu
mengira saat keberadaanku
apa...bagaimana..bila...
diantara siang dan malam ada serpihan
memungkinkan aku melihat ia terbenam
hitam pekat ia kan datang
andai tiada rembulan dan bintang
terpaku aku dibingkai hati
mencari erti hakiki
yang terkerah dan berserah
berintipati gula nan merah
labu sayong berisikan nanah
ahhh..... biarkan aku lontar ia jauh
agar aku tidak tersentuh
melara yang sudah
agar menjadi semula indah

Aku
terpisah antara waktu
siang dan malam tika beradu
bergantikan sulam dunia palsu
oleh penceritera berdomba syahdu
alang keparat ia disitu
mememek muka bertawa sendu
Mengapa tiada hambatan jiwa
agar datang berkecai ia
dari yang membatu
itu kau atau aku?
cukup kau
bkn
aku

Jumaat, 1 Ogos 2008

Gerak Hati

Ku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga atas segala-galanya yg dikurniai olehNYA. Semakin dekat untuk mengenaliNYA rupanya semakin ketahuan aku tentang diriku..Sungguh besar sekali kuasaMU..keberadaanku hanya umpama debu halus yang bertebaran di jagat raya dan maya persada ini.. Aku cuba menterjah ke langit biru..berlari ke timur dan barat serata utara dan selatan.. rupanya ia berada disini..kelelahan aku lagi.. berteman rupanya aku bersama bayang. Mengapa terang kau temankan aku? bila gelap kau bersatu? dimanakah citranya?

Ya tuhanku... bersyukur ku kehadratMU... terbias segalanya sudah... menderita dan kecewa... alpa akan diriku sendiri... hampir aku termamah dek pujuk rayu... tawakal MU ku genggam erat... Segala ketentuan telah ditentukan.. PASRAH itu dariku jika itu suratan bagiku... terimaku sepenuh hati... Aku masih cuba belajar... Belajar memahami ketentuan... Ketentuan yang terbentang luas dipandangan... Pandangan yang tak terjangkau dek akal fikiran... fikiran yang dibuahkan dari kurniaanMU.... KurniaanMU yang akan menggerakkan daku... Daku yang sentiasa mengharap akan perlindunganMU selalu...

Sememangnya setiap aku tak pernah terlepas dari pelbagai dugaan dan cabaran yang datang... berbagai bentuk dan rupa... masa dan ketika tak tentu adanya... menjadikan aku harus bersedia sentiasa... bersiap siaga... menunggu arahan selanjutnya.. Tatkala datangnya ia menderu adanya... terkesan aku olehnya... dimana dan bagaimana... apa yang harus aku lakukan? Harus aku terus padaNYA... bukankah ia seharusnya...? Mengapa perlu berdolak dalih...? Sedang hakikatnya itu seharusnya... Mengapa tidak aku panjatkan persoalan itu terus padaNYA? Entahlah apa nanti ada yang bilang aku gila... berkata sendirian... tapi aku lagi senang gituan... tanya saya terus padaNYA... insyaAllah akan dapat jawapan darinya... Apa aku gila? Mana ada org bercakap denganNYA? Siapa aku untuk berdialog denganNYA? Entahlah.. Aku pasti kata-kataMU itu langsung terbit dari mata hatiku..suara hatiku...gerak kalbuku... dan aku pasti semuanya datang dariMU... Bukankah suara hati itu terbit dari 3 gerakan? Gerakan suara hati dari Allah, gerakan suara hati terbit dari diri sendiri dan gerakan dari syaitan dan sekutunya.. Akan pasti ada yang bertanya akan dalilnya nanti.. :) Kan ilmu itu seluas lautan..yang ada pada manusia cuma setitis dari lautan yang takkan terjangkau oleh akal kita... yang pasti... Aku sentiasa berharap akan bantuan dan bimbingan terus dariNYA... Bagaimana membezakan 3 gerakan suara hati tersebut tersebut? Cubalah untuk peka akan diri sendiri... Belajar mengenali anggota fizikal dan mental kita dulu... Kenali mata...hidung..telinga..kepala...kaki..tangan... yang nampak dan yang tak ternampak umpama hati..kalbu..jiwa...nurani.. kelak akan faham sedikit demi sedikit... Pernah atau tidak kita sayangi anggota-anggota kita? kalo kita sayang teddy bear kita peluk dan cium kan..tapi pernahkah kita cium tangan kita? sayang dan mensyukuri akan kurniaan tangan kita.. kerana kurniaan Allah itu membolehkan kita dapat buat kerja seharian dgn lebih sempurna... begitu dengan kaki kita pernahkah kita sayang kaki kita? sayang yang bagaimana? sayang dengan cium kaki? membuat rawatan kaki selalu? :) fikirkan lah apa seharusnya kita lakukan akan semuanya... Yang Nyata yang perlu kita lakukan sekarang adalah " Fikirkan diri dan sekitar kita dahulu" kerana Aku banyak cari sesuatu itu ke sana sini..kepenatan dan ada ketika hilang fokus...sehingga membuatkan aku alpa dan leka... akhirnya ketemu juga akhirnya...rupanya selama ini ianya berada disisi...Umpamanya aku kehilangan wallet... terus fikiran rasional akan terus terfikir kita tadi pergi kemana? naik apa? jam berapa? dimana kemungkinan tempat-tempat ianya hilang atau tercicir... (1) was-was .... kemudian tergambar pula mungkin ia dicuri orang.. aduh (2) Buruk sangka... terlihat pula tadi aku duduk kat situ...ader mamat tu dok sebelah, mungkin dia tibai wallet aku.. (3) fitnah... Aduh sudah 3 perkara aku lakukan dalam satu situasi je..belum situasi yang lainnya.. Cari punya cari punya cari punya cari smpai berhari-hari..berdoa dan berdoa dan berdoa..pasrah aja deh..bulatkan tekad dan harapan... nah rupanya ada dicelah2 seat belakang kereta? SubhanAllah.. macam mana aku boleh tak nampak walhal aku dah tengok tempat tu berulang2 kali..siap kemas lagi keta tu..camne leh tak nampak? walhal benda didepan mata kita tak nampak tapi sibuk nak cari kat tempat lain... Ada banyak perkara berlaku dalam situasi ini yang jika kita teliti akan menampakkan akan sesuatu kelainan dan rupanya Allah berkomunikasi dengan kita...tapi kita je alpa...malah kita lebih percaya gerak datang dari syaitan..yang menyebabkan kita buruk sangka was-was... walhal dari sudut yang lainnya seandainya kita mengikut gerak petunjuk darinya maka akan tersaksilah oleh kita akan perihal sesuatu itu dengan jelas. Ketelitian ini penting bagi kita sehari-hari...dengan pemerhatian dan penelitian itu akan menjelaskan pandangan..kerana hijab itu tersembunyi...tersembunyi dek akal dan pandangan... nyata bagiNYA atas ketentuanNYA maka Dialah Yang Menentukan siapa saja yang DIA kehendakiNYA..

Begitu jua dengan Pandangan...Permerhatian...Penelitian...Pengkajian.. Pemahaman... Penggaraban... Dimana setiap ia mempunyai sudut yang bermacam2 rupa dan kefahaman.. Apatah lagi terbit dari setiap individu yang berbeza.. langkah dan pandangan dan pemahaman pasti akan berbeza.Sudah ketentuan menentukan ianya bukan? Tahap Manusia kan berbagai2..
sedangkan ada orang beriman.. orang bertakwa...orang bertawakal.. Beriman yang macamana? bertakwa yang macamana? bertawakal yang macamana? kajilah Alquran dan jadikan pedoman hidup maka akan dapat jawabannya.. Bukankah Allah dah beri Alquran yang menjadi rujukan kata-katanya.. terpanggil akalku untuk berfikir akannya... Semua orang membaca al-quran dan hadis... tapi berapa ramai yang memahaminya (makna perkataan/tafsiran DAN perkara tersirat dan tersurat SERTA pedoman yang terdapat didalamNYA).. Sering ketemu sekarang nih bila sampai bab sesuatu itu..nak AlQuran dan hadis sebagai bukti..tetapi aku terfikir... mmg JELAS aku akui Alquran dan hadis itu pegangan kita..tetapi yang tak diterjangkau dek akal aku... sifat2 orang yang menidakkan keberadaan itu dengan Kebesaran Allah.. Adakah perkara yang tak ada didalam AlQuran dan Hadith yang mana tidak tertera ia haram atau salah disisi islam itu ditidakkan begitu saja tanpa diteliti akan keberaadaannya? mmmm... nampaknya kepanjangan nanti kalau aku menterbitkan sume ini..apapun aku hentikan disini dengan wallahualam..

Sesungguhnya ilmu Allah itu luas...seluas luasnya dan tak terjangkau dek akal kita.. full stop..ini bukan erti berakhir disini...tetapi Allah juga berhak menentukan sesiapa saja yang DIA kehendaki atas sesuatu diatas sesuatu yang lain..(Kisah Nabi Musa a.s dan khidir a.s)

Isnin, 7 Julai 2008

Pasrahku

Tersingkap naluri ruhani.. fitrah azali mengulang kembali tatkala diri ditatang dan kini menatang kembali.Segalanya pasti akan kembali kesisi..Sungguh tatkala dewasa kita semakin bersinar..bilamana semakin tua yang semakin beransur fitrah azali.. Yang kuat pasti kan lemah..yang muda pastikan tua.. yang hidup pasti kan mati.. Adapun itu semua telah terpatri dalam luh mahfuz.. telah tersurat semua yang tersirat.Bagi yang mengerti dan dimengertikan dan bagi yang berfikir dan memikirkan serta bagi yang faham dan memahami... Apakah kita tidak melihat? berfikir ? akan perihal tentang keberadaan kita ? segala perkaitan dari dan tentang kita semua? Sungguh semakin hari menjelang sudah.. semakin terlupa dan alpa diri akan tentangnya.

Sungguh aku bersyukur sentiasa akan bimbinganMU... selalu mengingatkan aku... Melingkungiku dengan rahmatMU dan menuntunku agar selalu mengingatiMU..MencintaiMU sebagaimana harusnya aku. Aku sahaja yang leka.. alpa.. lupa.. ego.. sombong.. kerna itu layaknya aku tidak pada kebahagiaan selalu.. Apakah tidak kita melihat sebab, asbab dan akibat? segala sesuatu kejadian,dugaan,ujian,sebab dan akibat adalah berpunca dari diri kita sendiri.. tatkala semuanya haru biru menjengah pintu.. sampai ader hati berkata itu dan ini.. sungguh kitalah yang hina dina.. menjadi insan lupa daratan.. pantas sahaja mendapat balasan.. itu baru sahaja didunia tergadah kita..belum lagi diakhirat yang pasti lagi abadi.. Panjatku selalu atas rahmatMU selalu.. Moga tidak aku menjadi insan lupa daratan.. biarku runtuhkan ego kesombongan itu..tingkat nafsu nafsi biar membasi agar tidak melingkar diri. dapatku panjangkan kesampaianku hingga sampai disana nanti..

Ya Tuhanku yang Maha Pengasih... izinkan aku mengasihi kedua ayah dan bondaku sampai keakhir hayatku.. izinkan aku menjaga mereka seharusnya aku.. izinkan aku menyayangi mereka selayaknya aku.. Moga terbit nur dalam hati mereka dan jangan dibiarkan mereka terumbang ambing dihari senja. Walau aku insan hina..hakikat anak takkan ku abai..meskipun sejarah dulu terhapus semua tidak bersisa..biarlah yang sudah itu sudah.. mungkin ia merupakan hikmah.. menjadikan aku sebagaimana harus jadinya aku.. Biarlah aku seorang yang berusaha walau zahir nyata ada yang selayaknya mereka. Tidak ku mahu berharap pada dahan buat pautan andai ranting penuh bersarang..kelak menjadi gigitan seluruh badan..

. Hati ini semakin kebasahan..ego hatiku ku biarkan sahaja runtuh hancur berkecai..biarkan sahaja ia berdebu dan melayang diangkasa.. Aku tak terdaya melihat derita sengsara dirimu selamanya.. Bukan aku tak tak pernah merasa... Perih jerih derita sengsara pernah menjadi temanmu dulu.. Sudah suratan kita begini.. namun sentiasa jangan diruntun dan ditangisi.. qada dan qadar yang menjengah diri. kuatkan semangat dan keyakinan diri. panjatkan rahmat dari ilahi, moga sengsara kan dikurangi.. moga bebanan diringankan agar mudah diri memanjatkan apa yang harus layaknya diri menghadirkan.PadaMU segala pengharapan.

Jumaat, 20 Jun 2008

Srikandi Melayu Siti Seri Kemboja.

Petikan dari blog : http://sebenardiri.blogspot.com/2006/12/hikayat-nenda.html

Wednesday, December 20, 2006

HIKAYAT NENDA



NAMA nenda Siti Seri Kemboja, dari susur galur keturunan srikandi Melayu yang tidak ditinta namanya di dada-dada suhuf sejarah – Siti Cempaka Sari. Usianya hampir mencecah tujuh puluhan. Dia adalah nenda sebelah bonda hamba. Dibawa dan dipeliharanya hikayat ini dari generasi ke generasi.

Asalnya nenda tidak mahu menceritakan. Khalayak sukar mahu percaya katanya. Dia tidak gusar diketawa, cuma gulana jika hikayat keturunannya dinista. Namun apakala hamba meyakinkan, lembut jua hatinya. Katanya perlu juga dia menceritakan selagi usia masih bersisa, selagi punya masa sebelum ajal menjelma. Nenda berharap amat agar hamba dapat memelihara dan menyampaikan hikayatnya yang terjadi pada hari penaklukan Melaka. Dia pun mula bercerita dengan bersungguh dan mata bersinar cahaya.

II

Siti Cempaka Sari, langkah jalannya cantik diatur satu-persatu. Wajahnya bujur sirih bersama kening lebat dengan alis lentik memikat. Pipinya bak pauh dilayang dengan dahi yang bersih mulus. Bibirnya merah dengan satu tahi lalat manis menawan di atas bibir sebelah kanan. Diungkapkan, siapa yang melihatnya luruhlah hati, nadi bisa berhenti berdenyut, pawana pula boleh berhenti berhembus.

Dia anak bongsu kepada Tun Ali seorang pedagang tersohor negeri Melaka berketurunan bangsawan yang acap keluar masuk negeri. Kakak sulungnya sudah berkahwin dan bermastautin di Pahang mengikut suami. Bondanya Siti Fatimah adalah dari golongan orang kebanyakan yang kuat beragama. Jelas Tun Ali memilih isteri bukan berdasarkan keturunan tetapi yang beriman menjadi keutamaan. Cik Siti Cempaka Sari diasuh dengan nilai-nilai dan ilmu agama. Dia boleh berpencak dan otaknya geliga sehingga berjaya menguasai lima bahasa. Sahsiahnya unggul dan penuh susila. Apakala keluar rumah dia akan berkelubung kerudung. Kekal dan istiqamah memelihara aurat dan syariat.

Dia telah ditunangkan dengan Tun Muhammad seorang anak yatim piatu. Tun Muhammad dipelihara dan dididik Tun Ali sejak kecil dan menjadi teman sepermainan Siti Cempaka Sari. Dia mahir berpencak, berdada bidang dan bertampang tampan juga seorang yang tawaduk. Dia lebih suka menyibukkan diri dengan urusan menuntut ilmu dan mengikut Tun Ali berdagang keluar masuk negeri. Sejak kecil dia mengenali dan mengkagumi Siti Cempaka Sari tetapi dia sentiasa ingat status diri.

Kala Tun Muhammad pulang ke Melaka selepas berdagang selama beberapa purnama dia terus berkirim salam buat Siti Cempaka Sari melalui Tun Ali. Apakala menerima salam, hati Siti Cempaka Sari berbunga-bunga bak kiambang mekar pada pagi hari. Terbungkamlah duka, terubatlah rindu di hati. Meski jiwa berbunga cinta tapi mereka kekal memelihara adat dan agama. Keputusan keluarga dan kerabat telah sepakat - mereka akan disatukan selepas satu purnama.

III

Sementara itu, bahtera tua Flor de la Mar membelah gagah samudera Selat Melaka. Membawa bersama sekalian ramai soldadu Portugis diketuai wizurai berperut boroi Alfonso de Albuquerque. Tujuan mereka bulat dan nekad - menakluk Melaka atau kembali ke Lisbon tanpa nyawa. Tetapi orang Melaka ketika itu alpa leka. Tidak menyedari bencana dan musibah bakal menimpa. Maralah Feringgi mahu memusnah dan menakluk kerajaan melayu yang pernah masyhur dan gah di jagat raya.

Maka gegak-gempitalah satu Melaka bila bahtera-bahtera Portugis hampir tiba ke pelabuhan Melaka. Barulah orang Melaka tahu tujuan Portugis datang bukan untuk berdagang tetapi dengan tujuan berperang. Sultan mengarahkan pahlawan-pahlawan Melaka dan tentera upahan bersiap siaga. Tun Muhammad dan Tun Ali turut dipanggil Laksamana Melaka untuk memimpin sejumlah tentera. Siti Cempaka Sari mengetuai rakan-rakannya mengambil keputusan berkubu di Masjid Melaka, mahu bersama berjuang mempertahankan nusa dan agama.

Kala itu soldadu Alfonso de Albuquerque ligat membakar Istana Melaka. Sebelum itu mereka telah merompak sekian banyak harta bernilai istana. Jambatan Melaka pula sudah ranap hancur. Keping-keping kayu dan batang pasak guna mendirikan jambatan itu dahulu bertaburan di tubir Sungai Melaka; menemani kujur tubuh pendekar-pendekar Melaka yang bergelimpangan gugur syahid. Bersungguh metah mereka mahu menawan Melaka.

Jumantara Melaka sudah gelap dilitupi kepul-kepul asap, beropol-ropol naik menghitami udara. Masjid Melaka ketika itu sudah jatuh ke tangan Portugis. Sekelompok Muslimah yang berada di dalam masjid itu membantu merawat pendekar-pendekar Melaka yang cedera telah berjaya ditawan Portugis. Di dalam kelompok itu, sembilan orang semuanya, kebanyakannya adalah perempuan istana manakala yang lain sudah melarikan diri. Cuma ada seorang yang kekal tegar di posisi, dia adalah Cik Siti Cempaka Sari.

Sembilan orang gadis Melayu yang ditawan itu dibawa menghadap Albuquerque. Wizurai itu menyeluruhi satu persatu wajah - wajah yang gementar dan pucat. Kerudung yang menutupi kepala dan wajah direntap seorang demi seorang. Siti Cempaka Sari adalah orang yang terakhir. Dia melawan tetapi tidak berjaya menandingi tenaga soldadu - soldadu yang bertubuh agam dan sasa itu.

Kala kerudungnya direntap, kejelitaan asli gadis Melayu itu terserlah. Soldadu-soldadu Portugis yang mengitarinya terbuntang mata. Nafsu masing-masing bergalau-gelodak. Terkesima dek kejelitaan Siti Cempaka Sari yang tiada tolok bandingnya. Albuquerque wizurai berperut boroi itu pura-pura tidak terpikat. Dia memarahi pula tentera-tenteranya yang terjugil mata sembari mengarahkan gadis-gadis tawanan itu dihimpunkan terus di bahtera Flor de la Mar. Mereka akan dibawa belayar ke Lisbon untuk dipersembahkan sebagai hamba kepada Raja Manuel di Portugal.

IV

Beberapa orang pengawal dan hulubalang diketuai oleh Tun Muhammad sedang rancak menghalang kemaraan soldadu Portugis untuk membunuh sultan. Serangan senjata mereka berjaya dipatahkan dengan menggunakan meriam, sumpitan dan tombak-tombak beracun. Sultan Mahmud, menantunya dari Pahang dan Sultan Ahmad telah berjaya berundur ke pinggir kota.

Tun Muhammad kekal bertahan sehingga tinggal hanya seratus lima puluh orang pendekar yang tampak sudah keletihan. Askar Portugis pula semakin ramai setelah mendapat bantuan. Dia mengarahkan pendekar-pendekar berundur mengikut sultan ke pinggir kota, tetapi disanggah oleh Daeng Zakir seorang pendekar berbangsa Bugis yang menjadi nadim setia Tun Muhammad. Katanya, biar mereka tekal bertahan di situ melindungi sultan atau syahid mempertahankan agama dan nusa.

Dari jauh Tun Muhammad melihat kelibat beberapa Muslimah dikawal rapi oleh sejumlah tentera Portugis menuju ke pelabuhan Melaka. Lekas dia menangkap satu wajah di kalangan mereka. Siapa lagi jika bukan buah hati, pengarang jantung kesayangannya, Siti Cempaka Sari. Tun Muhammad terpempan. Dia semakin galak membedil Feringgi dengan meriam sehingga jatuh ke bumi tanjak di kepala. Dia mengarahkan bebola api dilontarkan dengan lebih banyak. Seboleh mungkin dia mahu menyelamatkan kekasih kesayangannya. Laungan Daeng Zakir suruh bersabar tidak diendahkan.

Bebola api yang bergentayangan tidak mampu menyekat kemaraan Portugis. Mereka mengatur tentera di jihat kiri dan kanan guna mengepung dan mengasak pendekar Melaka bertalu-talu serta membawa bersama sebegitu banyak bekal peluru dan meriam. Mereka cekatan berlari sambil melepaskan berdas-das tembakan ke arah tentera Melaka.

Tun Muhammad keberangan. Dia semakin kehilangan sabar. Pertama, agamanya tidak akan dibenarkan ternoda. Kedua, nusanya tidak akan dibenarkan dijarah. Ketiga, talian kasih antaranya dan Siti Cempaka Sari akan kekal dipelihara. Biar atma menjadi taruhan, meski nyawa bercerai dari badan.

Tun Muhammad bingkas dari tempat perlindungan. Dia mencabut keris, berlari berpencak ke arah sekelompok tentera Portugis di sebelah kiri. Menghayun keris, mencekak seorang Feringgi dan membenam kerisnya santak menembusi usus. Barisan tentera Portugis di situ menjadi kucar-kacir. Daeng Zakir mengarahkan pahlawan Melaka membedil meriam lebih galak demi melindungi Tun Muhammad. Pendekar Melaka yang hanya tinggal seratus lebih itu berjaya mengasak Feringgi santak ke pelabuhan.

Tun Muhammad semakin rancak berpencak tetapi tidak menyedari seorang Feringgi bersiap sedia dengan senapang ingin menembaknya dari arah belakang.

Dammm! Darah merah likat mengalir. Peluru Portugis menjunam ke dada sebelah kanan Tun Muhammad. Tetapi semangatnya mengatasi segala. Dengan semangat menggila dia meluru pula ke arah askar Portugis yang menembaknya.

Dammm! Sebutir lagi peluru Feringgi membenami dada. Langkahnya mati. Dia rebah. Mulutnya kumat-kamit melafaz, "Allah, Allah, Allah."

Daeng Zakir hiba memerhati dalam genangan air mata. Demi agama dan nusa, rafik akrabnya telah syahid terkorban nyawa. Dari jauh sekian ramai tentera benggali putih mara lagi ingin membantu pasukannya. Daeng Zakir tiada pilihan, melainkan mengarahkan pendekar Melaka yang lain berundur mengikut sultan ke pinggir kota.

V

Siti Cempaka Sari diasingkan ke dalam sebuah kamar yang indah dan mewah. Dari perbualan soldadu-soldadu Feringgi tahulah dia bahawa itu adalah kamar nakhoda. Semuanya di atas arahan Albuquerque. Mujur Siti Cempaka Sari mempunyai kemahiran berbahasa. Adapun Siti Cempaka Sari di benaknya sudah merancang sebuah muslihat. Dia sudah tahu kelemahan besar tentera benggali putih itu - nafsu. Makarnya dirancang dan disusun satu persatu. Otak geliga dan wajah jelitanya digunakan dengan bijaksana.

Seorang tentera Portugis membuka pintu kamar. Siti Cempaka Sari melihat dengan wajah menggoda sambil menggamit-gamit jemari halusnya. Feringgi itu nyata tergoda dan terus mara mahu merangkul rakus tubuh montok Siti Cempaka Sari. Dia lekas menyabarkan dengan mengarahkan askar itu membuang senjatanya dahulu. Portugis itu akur, jelas serakah nafsu telah menguasai segalanya dan dia sedang berada dalam keadaan alpa leka.

Siti Cempaka Sari mengambil kesempatan. Dia membuka langkah pencaknya dan menghayun pukulan padu pada leher Feringgi itu sehingga jatuh terjelepok. Ligat dia memintal lengan benggali putih itu sehingga tidak mampu bergerak lagi. Dia mencapai pisau pemotong buahan-buahan yang berada di atas meja kamar itu lantas mengacukannya ke dada Feringgi itu dan mengancam supaya menurut arahannya. Askar Portugis itu akur dalam pegun kerana kemahiran berbahasa dan pencak yang dimiliki Siti Cempaka Sari.

Siti Cempaka Sari berkelubung kerudung dan melindungi pisau itu dengan kain agar tidak kelihatan di pandangan. Dia mengarahkan askar Portugis itu menghala ke geladak. Di situ dia melihat kepul-kepul asap menyelubungi jumantara Melaka dan sekian ramai mayat pendekar-pendekar Melayu dan Portugis bergelimpangan di tubir pantai. Dia pantas menghala ke sana dengan niat untuk meminta bantuan pendekar-pendekar Melayu. Beberapa kali dia dipandang curiga oleh soldadu-soldadu Portugis yang lalu-lalang di geladak dan pelabuhan. Tetapi Siti Cempaka Sari bijak mengancam askar yang ditawan dengan mengatakan itu adalah atas arahan Albuquerque.

Tiba di tubir pantai, dia mengecam sekujur tubuh di kalangan mayat-mayat pendekar Melayu. Insan yang cukup akrab di hatinya – Tun Muhammad. Bibirnya bergetar, matanya bergenang air. Dia berlutut di tepi kujur tubuh kaku Tun Muhammad dengan air matanya yang sudah berjujuhan. Dia merenung mengkal ke arah askar Portugis yang ditawannya. Marah metah Siti Cempaka Sari. Gesit dia bingkas membenamkan pisau ke dada askar Feringgi itu bertalu-talu melunaskan dendam yang merajai diri. Feringgi itu jatuh tersembam ke dada bumi.

Malangnya, askar itu sempat merangkak mencapai tetuang yang ada pada mayat seorang askar Feringgi. Dia meniup kuat tetuang itu sebelum mati. Siti Cempaka Sari tidak mengendahkan lagi keadaan sekitarnya. Hanya kenangan zaman kanak-kanak bersama Tun Muhammad sehingga mereka ditunangkan berputar indah di ruang benaknya.

Dammm! Satu das tembakan menjunam ke dada. Kelihatan sebegitu ramai soldadu Portugis sedang mara ke arahnya.

Dammm! Sebutir peluru lagi menusuk menembusi jantung. Siti Cempaka Sari rebah di sebelah kujur tubuh Tun Muhammad. Dalam senyum dia menghembuskan nafas terakhir dengan hati kekal berbunga cinta. Matinya sepasang kekasih demi mempertahankan agama dan nusa.

VI

Begitulah hikayat nenda. Alhamdulillah, amanat nenda telah cucunda laksanakan. Kini, cucunda tidak lagi berminat dengan kisah cinta Juliet, ceritera cinta Mumtaz Mahal, hanya terakam di benak cucunda hikayat nenda dengan cinta Siti Cempaka Sari. Cucunda berbangga menjadi generasi keturunannya.

Benar atau tidak, hamba hanya meyakini bahawa hikayat ini telah memateri - setia pada nusa seharusnya mengatasi cinta sesama manusia. Ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab hamba, tetapi menjadi tanggungjawab sesama. Bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang alpa leka. Agama Islam yang sekian lama ditanam-pelihara akan terus gah di jagat raya. Terima kasih nenda!


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

Raden Mas: Lambang Wanita Suci

Raden Mas: Lambang Wanita Suci

Dipetik dari laman web http://rhmm.net/2004/08/01/raden-mas/

Oleh: Rudy Herman Sinen
Disiarkan di: Majalah Sarina (Karangkraf), August 2004. In PDF (2.4MB)

Suasana di balai istana sungguh meriah. Ratu Kediri dan saudara kandungnya, Raden Kesumo Joyo Diningrat (Pangeran Agung) tersenyum sambil mendengar Mas Ayu mendodoikan puterinya yang baru dilahirkan.

Raden Seri Diningrat
nama sejati puteri darah Ningrat
tapi nanti Raden Mas panggilannya
tanda puteri arif bijaksana

Raden Mas puteri mahkota
cantiknya bagaikan purnama
Raden Mas cantik tak terperi
permata di istana Puri

Itulah sebahagian dari senikata lagu mengenai Raden Mas di dalam filem yang bertajuk Raden Mas. Senikata lagu itu menggambarkan watak dan peribadi Raden Mas sebagai seorang yang ayu dan bijaksana. Kelahirannya membawa cahaya laksana permata di Istana Puri, tampuk Kerajaan Kediri di Jawa. Seluruh rakyat meraikan kelahiran anak sulung Pangeran Agung yang mereka kasihi.

Kelahiran Raden Mas Ayu penuh dengan keriangan dan harapan, namun, tanpa disangka, kehidupan seterusnya penuh dengan dugaan dan ujian. Lahirnya di Tanah Jawa tetapi akhir hidupnya di Temasek yang ribuan kilometer jauhnya. Membawa diri dari Kediri tetapi masih diingati sehingga kini.

Nama Raden Mas sangat terkenal di kalangan masyarakat di rumpun Melayu ini. Tanyakan sahaja kepada orang-orang di Malaysia, Singapura dan Indonesia mengenai nama Raden Mas, sudah tentu mereka tahu atau paling tidak, pernah mendengar cerita dari orang tua-tua. Malah, pernah ada serombongan pelancong dari London yang datang ke Makam Raden Mas setelah diberitahu akan kewujudan Makam itu di Singapura.

Ada yang mengatakan ia hanya satu lagenda atau cerita yang direka oleh orang dahulu kala. Mungkin ya atau mungkin tidak. Ini disebabkan tidak banyak fakta sejarah yang kukuh yang dapat mendukung kisah Raden Mas ini. Dalam sejarah Melayu juga mungkin tidak ada diperkatakan mengenai Raden Mas ini secara terperinci.

Namun, yang pasti, ramai tahu bahawa ada sebuah kuburan di Singapura yang terletak di Telok Blangah dikenali sebagai Makam Raden Mas. Hanya inilah satu-satunya bukti nyata mengenai kewujudan seorang puteri raja dari Tanah Jawa bergelar Raden Mas di Temasek.

Terpencil tapi masyhur
Makam Raden Mas terletak di kaki bukit Mount Faber di kawasan Telok Blangah. Ia hanya kira-kira 15 minit memandu dari Stesen Keretapi KTMB Tanjong Pagar. Kawasannya di luar kawasan bandar dan perumahan. Ia terpencil dan dikelilingi dengan pokok-pokok tinggi.

Sungguhpun lokasinya terpencil, namanya tersohor dari zaman berzaman di seluruh pelusuk rumpun Melayu. Malah, nama Raden Mas diabadikan di beberapa tempat di Singapura. Sebagai contoh, ada sebuah kawasan undi (constituency) di tempat Makam Raden Mas yang dipanggil Radin Mas Constituency, sebuah sekolah yang dinamakan Radin Mas Primary School, sebuah masjid Masjid Radin Mas (sudah dirobohkan) serta sebuah kelab masyarakat Radin Mas Community Club.

Begitu terkenalnya nama Raden Mas, tetapi siapakah sebenarnya puteri raja ini, bagaimana pula seorang puteri dari Jawa boleh sampai ke Pulau Temasek yang ribuan kilometer jauhnya dan apakah keistimewaannya sehingga makamnya wujud sehingga hari ini? Inilah persoalan yang sukar dicari jawapannya kerana tidak ada sumber asli yang dapat dijadikan sandaran kukuh mengenai kisah Raden Mas ini.

Jika anda bertanya kepada sesiapa pun, pasti anda akan dapat beberapa versi cerita yang berlainan mengenainya. Tarikhnya juga sukar dipastikan. Cuma yang pasti, dia hidup di zaman lebih awal dari zaman Raffles, semasa zaman kesultanan Melayu iaitu di masa masih wujudnya kesultanan di Jawa, Karimun dan Temasek.

Apa yang boleh dirumuskan ialah terdapat dua versi cerita yang selalunya diperkatakan orang. Di sini, kami akan perkatakan kedua-dua versi cerita itu, terpulanglah kepada anda untuk menilai dan membuat rumusan sendiri.

Raden Mas di layar perak
Versi pertama mengenai kisah Raden Mas ialah melalui sebuah karya filem yang diterbitkan oleh Cathay Keris pada tahun 1959. Filem itu bertajuk Raden Mas yang dibintangi oleh M Amin, Latifah Omar, Nordin Ahmad, Siput Sarawak, Mahmood June, Siti Tanjung Perak serta Shariff Medan. Filem ini pernah mendapat tayangan perdana semasa 7th Asian Film Festival pada tahun 1960 di Tokyo.

Kisah dalam filem itu bermula dengan babak yang menunjukkan Pangeran Agung di Negeri Kediri, Jawa terpikat dengan seorang penari istana, Mas Ayu, lalu mengahwininya secara rahsia. Apabila diketahui mengenai perkahwinan itu, Ratu Kediri (yang juga saudara kandung Pangeran Agung) dan Permaisuri Kediri sangat murka. Mereka murka kerana Pangeran Agung sudah merendahkan martabat keturunan darah raja Diningrat dengan mengahwini seorang penari istana.

Namun, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana Pangeran Agung tetap dengan pendiriannya. Apabila isteri Pangeran Agung melahirkan seorang puteri, puteri itu diberi gelaran Raden Mas.

Sumpah Pangeran
Sejak itu, Permaisuri serta Raden Wanosekoro, salah seorang pembesar istana yang pernah menggoda Mas Ayu, berdendam dengannya. Satu hari, Permaisuri Kediri bersubahat dengan Raden Wanosekoro untuk membunuh Mas Ayu. Tetapi mereka mesti membuat sebab supaya Pangeran Agung tidak ada di istana. Maka Pangeran Agung diperintahkan untuk pergi memburu kijang kerana kononnya Permaisuri ingin makan daging kijang. Semasa Pangeran Agung keluar memburu bersama rombongannya, Raden Wanosekoro mengamuk dan membakar rumah Pangeran Agung. Dia juga menikam Mas Ayu sehingga mati.

Pangeran Agung sangat terperanjat melihat rumahnya dijlat api. Dia terus masuk ke biliknya untuk menyelamatkan Raden Mas dan isterinya. Mujur, Raden Mas tidak apa-apa tetapi Mas Ayu sempat memberitahu Pangeran Agung mengenai angkara Raden Wanosekoro sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setelah bertarung satu lawan satu dengan Raden Wanosekoro, akhirnya Raden Wanosekoro yang busuk hati itu tewas dibunuh oleh Pangeran Agung. Pangeran Agung sangat sedih dengan apa yang berlaku dan menganggap beliau telah dikhianati oleh kerabatnya sendiri.

Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Kediri bersama Raden Mas buat selama-lamanya. Walaupun dipujuk oleh Dandiar, Ketua Angkatan Perajurit Kediri, Pangeran Agung tetap mahu membawa diri. Beliau bersumpah, “pasir yang melekat di kakiku, aku haramkan (ikut bersamaku)”. Dan Pangeran Agung juga membuang segala identiti di-rajanya dan hanya mahu dikenali sebagai orang biasa.

Pangeran Agung merantau dari satu kawasan ke satu kawasan. Akhirnya, beliau sampai di Karimun dan menetap di sana selama 15 tahun. Sehingga waktu itu, penduduk di sana hanya mengenalinya sebagai orang biasa.

Raden Mas pun sudah berusia 15 tahun tetapi masih tidak diberitahu akan asal-usul darah rajanya. Apabila Sultan di Karimun mendapat tahu siapakah Pangeran Agung yang sebenarnya, dia mencalonkan anaknya, Tengku Halijah, sebagai isteri Pangeran Agung.

Pada awalnya, Pangeran Agung tidak mahu kahwin lagi kerana dia mahu memberi perhatian secukupnya kepada Raden Mas. Dalam masa yang sama, dia juga sedar Raden Mas juga perlukan kasih-sayang seorang ibu.

Lalu kahwinlah mereka dan Raden Mas pun mendapat seorang ibu tiri. Tidak lama kemudian, Tengku Halijah pun melahirkan seorang putera yang diberi nama Tengku Chik.

Berpindah ke Temasek

Satu hari, Sultan memerintahkan agar Pangeran Agung berpindah ke Temasek. Baginda Sultan, Pangeran Agung, Tengku Halijah, Raden Mas, Tengku Chik dan rombongan Sultan pun berangkat ke Temasek.

Namun, kebahagiaan dan kasih sayang ibu yang diharapkan tidak dapat dikecapi oleh Raden Mas. Rupanya, Tengku Halijah sangat bencikan Raden Mas. Dia cemburukan perhatian yang Pangeran Agung curahkan kepada Raden Mas melebihi kepada dirinya.

Lalu, Raden Mas menjadi mangsa dendam Tengku Halijah. Dia dimarahi, dicaci dan dipukul serta disuruh membuat kerja-kerja berat oleh Tengku Halijah. Semua ini dilakukan tanpa pengetahuan Pangeran Agung. Lama-kelamaan, dendam kesumat Tengku Halijah tidak dapat dikawalnya sehinggalah dia sendiri memfitnah Pangeran Agung mahu membunuh Tengku Chik. Tanpa usul periksa, Sultan mempercayai tuduhan itu dan memenjarakan Pangeran Agung di dalam sebuah perigi buta.

Nasib Raden Mas bak jatuh ditimpa tangga. Sudahlah dia tidak tahu di mana bapanya menghilang, dia semakin disiksa oleh ibu tirinya. Sultan pula menitahkan agar Raden Mas dikahwinakan kepada Tengku Bagus, adik Tengku Halijah. Raden Mas terpaksa menurut perintah Sultan walaupun dia tidak menyukai Tengku Bagus.

Di hari pernikahannya, rombongan Pangeran Agung dari Kediri, yang diketuai oleh Dandiar, juga tiba. Apabila Imam bertanya di manakah Pangeran Agung supaya pernikahan dapat dijalankan, barulah Tengku Chik membuka rahsia bahawa Pangeran Agung dipenjarakan di dalam perigi buta.
Semua yang hadir terperanjat mendengar berita itu. Dengan marah, Dandiar bersemuka dengan Sultan dan mengugut akan menuntut bela. Lantas, dia meminta Tengku Chik untuk membawanya ke tempat Pangeran Agung.

Raden Mas amat terperanjat besar apabila melihat Pangeran Agung dipapah oleh Dandiar masuk ke istana. Keadaan Pangeran Agung sangat lemah dan hampir mati. Dalam keadaan begitu, Raden Mas tetap sabar dan memujuk ibu tirinya, Tengku Halijah, supaya minta maaf dari Pangeran Agung. Tengku Halijah tetap berdegil dan dengan angkuh, Tengku Halijah bergegas meninggalkan balai istana.

Raden Mas mengejar Tengku Halijah dan merayu agar dia meminta maaf dari Pangeran Agung. Tengku Halijah menolak Raden Mas. Malangnya, Raden Mas jatuh dan mati akibat tercucuk sanggul di kepala.

Sedang Tengku Halijah meninggalkan balai istana, tiba-tiba, bunyi berdentum dan petir menyambar Tengku Halijah. Dia rebah dan mati di pintu balai istana. Tidak lama kemudian, Pangeran Agung pun meninggal dunia.

Huru-hara di istana
Dandiar lantas mengamuk untuk menuntut bela atas kematian Pangeran Agung. Terjadilah huru-hara di istana. Dandiar bertarung dengan Tengku Bagus. Akhirnya, Tengku Bagus tewas dan ditangkap.

Keadaan menjadi semakin cemas kerana Dandiar mahu membakar istana. Tiba-tiba, Tengku Chik keluar dari istana lalu bertanyakan Dandiar kepada siapakah dia harus ikut jika Ninda Sultannya dibunuh. Mendengarkan kata-kata Tengku Chik yang bijaksana itu, Dandiar menjadi lembut hati.

Sultan meminta maaf dan menyesal atas apa yang berlaku. Dandiar juga bersetuju berdamai tetapi dengan bersyarat. Dandiar mahukan Sultan berjanji untuk mengebumikan jenazah Pangeran Agung dan Raden Mas dengan pengebumian di-raja serta menabalkan Tengku Chik menjadi Sultan Karimun apabila sudah sampai usianya.

Begitulah kisah kehidupan Raden Mas yang dipaparkan melalui filem Raden Mas. Filem ini menyusuri kehidupan Pangeran Agung di Kediri, sehinggalah beliau berpindah ke Temasek, menemui ajalnya serta semasa huru-hara yang mengakibatkan pertumpahan darah di istana.

Jika kisah dari karya filem ini boleh dijadikan sandaran sejarah, ada kemungkinan Makam Raden Mas diingati pada waktu itu kerana beliau adalah puteri raja dari luar negeri Temasek yang mangkat di Temasek serta diberikan pengebumian di-raja. Tambahan lagi, Makam Raden Mas mengingatkan mereka akan peristiwa hitam yang berlaku di istana.

Namun, banyak lagi persoalan yang masih menjadi tanda-tanya. Di antaranya, di mana pula kubur Pangeran Agung kerana logiknya beliau disemadikan bersebelahan dengan Raden Mas? Dan mengapa pula beliau tidak diingati sepertimana anakandanya?

Versi kedua
Versi kedua kisah Raden Mas ada sedikit kelainan dari filem tersebut. Kisahnya seperti berikut:

Pada zaman dahulu di Tanah Jawa, tinggal seorang Sultan bersama adiknya yang bernama Pangeran Adipati Agung. Pangeran, seorang yang berani dan gagah, disukai oleh rakyat jelata.

Pada suatu hari semasa majlis keramaian di istana, Pangeran terpikat dengan seorang penari istana yang cantik. Beliau mahu berkahwin dengan penari itu tetapi tidak dipersetujui oleh abangnya. Abangnya menganggap si penari itu hanya orang kebanyakan dan tidak setaraf dengan mereka. Namun, Pangeran tetap dengan keputusannya untuk berkahwin dengan wanita penari itu. Perkahwinan mereka menghasilkan seorang puteri yang jelita. Puteri itu diberi nama Raden Mas Ayu.

Apabila Sultan mengetahui mengenai perkahwinan itu, baginda murka lantas merancang untuk memutuskan perhubungan mereka. Baginda menitahkan agar adiknya dihantar ke medan perang di luar negara. Semasa ketiadaan Pangeran, baginda mengarahkan agar rumahnya dibakar. Isteri Pangeran mati dalam kebakaran itu tetapi Raden Mas sempat diselamatkan oleh seorang pengikut setia Pangeran.

Alangkah terkejutnya Pangeran bila mendapat tahu akan angkara Sultan. Dengan perasaan sedih atas kematian isterinya dan benci terhadap Sultan, beliau bersama Raden Mas lari meninggalkan Jawa menuju ke Temasek.

Diserang lanun
Pangeran Adipati menetap di kawasan Telok Blangah. Mereka tinggal dengan aman sehinggalah pada satu hari perkampungan mereka diserang sekumpulan lanun. Pangeran menentang lanun-lanun dengan tangkas dan berani. Akhirnya, lanun-lanun dapat ditumpaskan. Oleh sebab ketangkasannya, Pangeran dianggap wira.

Sultan Singapura gembira dan menjemput Pangeran menghadapnya di istana. Apabila Sultan mendapat tahu asal-usul sebenar Pangeran, baginda bercadang mengahwinkan Pangeran dengan anak perempuannya. Pangeran menerima pelawaan Sultan kerana memikirkan inilah peluang untuk Raden Mas mendapat kasih sayang seorang ibu.

Pangeran Adipati dikurniakan seorang putera, Tengku Chik. Malangnya, perkahwinan mereka tidak mencapai kebahagiaan kerana isteri Pangeran cemburu dengan perhatian yang diberikan oleh Pangeran kepada Raden Mas. Perasaan cemburu itu menghantui dirinya sehingga isteri Pangeran merancang untuk membunuh Pangeran dan Raden Mas.

Isteri Pangeran meminta bantuan anak saudaranya, Tengku Bagus. Tengku Bagus memang ingin memperisterikan Raden Mas. Tetapi Raden Mas tidak menyukainya kerana sifat buruknya. Tengku Bagus mengatur langkah untuk menipu Pangeran. Akhirnya, Pangeran termakan dengan tipu muslihat Tengku Bagus sehinggalah beliau dipenjarakan dalam sebuah perigi buta.

Bagi isteri Pangeran, inilah peluang baginya untuk memaksa Raden Mas mengahwini Tengku Bagus. Oleh kerana, Raden Mas memikirkan akan keselamatan bapanya, dia pun terpaksa bersetuju berkahwin dengan Tengku Bagus.

Bapa sudah mati
Pada hari pernikahan, Imam bertanya kepada Raden Mas jika dia sudah meminta izin dari bapanya untuk berkahwin. Oleh kerana takut bapanya dibunuh, Raden Mas berbohong dan mengatakan bapanya sudah mati. Tiba-tiba, Tengku Chik memecahkan rahsia di mana Pangeran dipenjarakan.

Setelah rahsia terbongkar, Pangeran dengan cepat diselamatkan dari meringkuk di dalam perigi buta. Tengku Bagus yang jahat itu hendak membunuh Pangeran dengan keris. Malangnya, keris itu menikam Raden Mas pula. Raden Mas meninggal di dalam dakapan bapanya.

Lantas, Tengku Bagus ditangkap oleh pengawal. Isteri Pangeran ketakutan dan hendak melarikan diri. Tiba-tiba, langit menjadi mendung dan petir menyambar isteri Pangeran yang sombong itu.

Peribadi Raden Mas
Berdasarkan kedua-dua versi cerita ini, dapatlah kita rumuskan bahawa Raden Mas ialah:

? seorang yang berdarah raja
? seorang anak yatim
? sangat taat kepada bapanya
? seorang wanita suci yang tahu menjaga kehormatan diri
? seorang yang sabar dan berhati mulia

Sifat merendah dirinya juga terserlah walaupun dia baru mendapat tahu akan keturunan di-rajanya, dia tetap tidak meninggi diri.

Walaupun ketepatan kedua-dua kisah ini tidak dapat dipastikan dengan fakta sejarah yang diakui, namun yang lebih penting ialah pengajaran yang dapat kita jadikan teladan. Kata pepatah, “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”

Raden Mas merupakan lambang seorang wanita yang suci, taat dan berbudi. Betapa zalim ibu tirinya menyiksanya, dia tetap mahukan ibu tirinya meminta maaf kepada bapanya. Begitu juga, ketaatan kepada bapanya tidak luntur sehingga ke akhir hayat.

Kisah Raden Mas wajar dijadikan teladan warisan kerana hati budinya yang luhur dan yang tidak lupa diri walau dirinya seorang puteri raja. Mungkin, kerana sifat mulianya itu membuat orang-orang yang mengenalinya terasa benar akan kehilangannya. Lantas, memberikan perhatian yang istimewa ke atas kuburannya. Tradisi itu kemudian menjadi warisan turun-temurun sehinggalah nama Raden Mas tetap dikenang sampai hari ini.

Menjaga Makam Satu Anugerah

Raden Mas Ayu disemadikan di kaki bukit Mount Faber di kawasan Telok Blangah. Walaupun di kaki bukit, makam ini, seperti Makam Habib Nuh, terletak di atas sebuah tanah tinggi. Tetapi berbeza dari Makam Habib Nuh yang berada di dalam kawasan bandar, Makam Raden Mas berada di satu kawasan di hujung estet perumahan Telok Blangah. Kawasan sekelilingnya jauh dari kesibukan manusia. Makam itu sendiri dikelilingi oleh kawasan pokok-pokok tebal dan beberapa buah rumah privet.

Dalam filem Raden Mas yang diterbitkan pada tahun 1959, ada ditunjukkan keadaan makam ini pada waktu itu. Makam ini “dikawal” oleh 4 batang pokok di empat penjurunya. Dahan-dahan pokok itu sambung-menyambung di antara satu sama lain. Keadaannya seolah-olah melindungi makam ini. Pernah juga dibina satu struktur batu-bata lengkap dengan atap untuk melindungi makam ini.

Tidak dapat diketahui, jika makam ini pernah ada orang yang menjaga dan membersihkannya. Kalau Makam Habib Nuh dijaga dan dibaik-pulih, Makam Raden Mas terbiar dan tidak terurus sejak sekian lama.

Walaupun masih ada orang yang datang menziarahi Makam Raden Mas, tetapi tidak ada seorang pun yang ambil peduli mengenai keadaan sekitaran makam ini. Keadaan sekitarannya sangat usang, bersemak dan tidak selayaknya untuk sebuah makam. Malah, kawasan makam ini pernah dijadikan tempat menuntut ilmu batin yang karut-marut, tempat bermain muzik, berjudi dan entah apa kegiatan songsang lagi.

Hati mula terpaut
Di antara pelawat yang datang ke Makam Raden Mas ialah Encik Zainudin Atan. Beliau menziarahi makam ini sekali lagi kira-kira 4 tahun yang lalu setelah hatinya tergerak untuk ke sana. Kali terakhir beliau menziarahi makam ini ialah 20 tahun yang lalu.

Alangkah sedihnya hati Encik Zainudin Atan atau lebih dikenali sebagai Pak Daeng, 54 tahun, apabila beliau melihat keadaan Makam Raden Mas yang sangat daif. Beliau terkenang, “Bila saya naik (ke makam), keadaan sungguh menyedihkan. Lalang tumbuh tinggi dan terbiar. Anak tangganya sudah pecah-pecah.”

Tetapi, tidak seperti pelawat yang lain, hati Pak Daeng mula terpaut pada Makam Raden Mas itu. Beliau kembali semula ke sana sebulan kemudian. Keadaan makam tidak ada perubahan. Lalu hatinya terdorong untuk membersihkan kawasan makam itu. Beliau meminta persetujuan dan pandangan dari Habib Hassan (Imam Masjid Baalawi), Majlis Ugama Islam Singapura dan seorang Anggota Parlimen untuk membersihkan kawasan Makam itu.

Setelah semua pihak tidak membantah, beliau pun memulakan usaha untuk membersihkan sekitaran makam secara beransur-ansur. Namun, usaha itu bukan mudah. Banyak cabaran dan masalah yang perlu diatasinya terlebih dahulu.

Di antaranya ialah dana untuk membeli peralatan, tidak ada sumber air dan sumber eletrik, tangga menuju ke makam sudah pecah dan bagaimana mengangkut pasir dan batu-bata ke tempat makam serta berbagai-bagai persoalan lagi yang timbul satu demi satu.

Beliau menggembeling tenaga di kalangan segelintir kawan-kawannya untuk membantu. Begitu juga mereka berusaha untuk mencari dana samada dari para pelawat makam atau dikumpulkan sendiri.

Oleh kerana sumber tenaga dan dana terbatas, beliau merancang untuk membaiki sekitaran makam secara berperingkat-peringkat. Mula-mula dibersihkan semak dan lalang yang tinggi-tinggi. Kemudian membugar pokok-pokok besar yang sudah reput dan seterusnya satu demi satu.

Sejak hari beliau memulakan usaha itu, Pak Daeng menghabiskan masanya sehari suntuk di makam. Pernah beliau tidak pulang selama seminggu tetapi dirasakan baru dua hari. Walaupun dibantu oleh kawan-kawan, tetapi selalunya beliau yang melakukannya sendiri sebab hanya beliaulah yang berada di sana sepenuh masa.

Bayangkan, beliau seorang diri memikul pasir naik ke makam, memikul tong-tong berisi air, membugar akar pokok dan berbagai-bagai kerja berat yang dilakukannya sendiri tanpa peralatan canggih.

Tenaga kerja yang kurang serta modal kerja yang tidak mencukupi tidak menghalang Pak Daeng dari meneruskan usahanya. Malah, berbagai pengalaman yang ditempuhnya setiap hari di Makam menjadikan semangatnya semakin jitu untuk memulihkan keadaan makam.

“Satu hari, saya duduk di makam membaca surah Yasin. Tiba-tiba, angin bertiup kuat dan atap zinc terkopak dan jatuh ke luar makam,” cerita Pak Daeng. Beliau bersyukur, mujur atap itu tidak menghempapnya. Padanya, itu satu petanda bahawa makam ini perlu segera diperbaiki.

Setelah dirasakan modal untuk membaik-pulih sudah mencukupi, Pak Daeng mendapatkan khidmat kontraktor untuk melakukan kerja-kerja baik-pulih yang utama.

Beliau mahu membina sebuah bangsal untuk melindungi makam secara “open concept”. Bangsal itu tidak bertembok supaya makam dapat dilihat dari luar. Dapur-dapur kubur juga mahu ditinggikan serta kawasan keliling dan di halaman bangsal makam disimen. Seluruh kawasan makam itu dicat dengan motif warna kuning-hijau.

Usaha membaik-pulih yang dibuat oleh Pak Daeng dan kawan-kawannya serta kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor mengambil masa setahun untuk siap. Modal yang dibelanjakan sekitar S$15,000. Satu jumlah yang tinggi memandangkan wang itu dikumpulkan mereka sendiri tanpa ada peruntukan dari mana-mana pihak.

Empat kategori pelawat
Sebagai bekas seorang pelaut, sudah tentu berbagai-bagai pengalaman yang dilalui dan banyak negara pernah beliau lawati. Mungkin, menjadi seorang penjaga makam satu-satu kerja yang dapat memberinya ketenangan jiwa sebagai seorang pesara. Pak Daeng juga bersyukur, isteri dan anak-anaknya memahami keinginannya untuk selalu berada di Makam Raden Mas.

Sebagai penjaga makam, beliau bukan sahaja harus peka dengan keadaan sekitarannya tetapi yang lebih penting menjaga kesucian makam.

Pak Daeng menjelaskan, “Orang yg datang ada 4 kategori. Pertama, orang yang selalu datang untuk menurun atau menuntut ilmu seperti dukun atau bomoh. Kedua, orang yang datang kerana ada niat atau hajat. Ketiga, orang yang mahu cari nombor ekor atau menelek nasib dan yang keempat ialah orang biasa yang datang untuk ziarah.”

Menurut Pak Daeng, golongan yang paling ramai datang ialah dukun dan bomoh. Mereka datang pada waktu malam dan ramai yang membuat perkara-perkara yang karut, seperti, duduk di atas kubur, ada yang menghisap rokok di atas kubur, ada yang mengaku roh Raden Mas masuk ke dalam badannya dan macam-macam lagi amalan songsang. Ada juga bomoh yang menipu wang orang yang datang untuk meminta bantuan mereka.

Teguran Pak Daeng tidak diterima oleh golongan ini. Oleh sebab itu, Pak Daeng mengambil keputusan untuk memagar kawasan Makam Raden Mas dengan bantuan serta persetujuan pihak pengurusan taman Mount Faber.
Kini, Makam Raden Mas hanya dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang. Nampaknya, cara ini berkesan untuk membasmi kegiatan-kegiatan yang songsang serta dapat menjaga kebersihan makam.

Ada juga orang yang datang ke makam dan mengambil barang-barang di makam tanpa dipulangkan semula. Seperti gambar-gambar ulama, makalah-makalah sejarah mengenai Raden Mas dan Pangeran-Pangeran Jawa. Biasanya mereka berjanji untuk memulangkannya tetapi hingga kini tidak dikembalikan.

Pak Daeng memberitahu bahawa jika ada masa dan rezeki, beliau selalu ke Indonesia melawat makam-makam dan ulama-ulama di sana. Tempat yang sering beliau lawati ialah Banten, Jawa Barat. Bukan sekadar melawat, Pak Daeng juga sedang mengusahakan untuk membaik-pulih dua buah makam di Indonesia; satu di Tanjong Batu, Riau dan satu lagi di Banten.

Perubahan bagai mimpi
Sejak hari pertama Pak Daeng ke Makam Raden Mas, hatinya terpaut dan jiwanya tenang. Pak Daeng begitu akrab serta jiwanya sudah serasi dengan makam ini. Kadangkala, apabila beliau ke luar negara untuk beberapa hari sahaja, beliau akan mendapat alamat melalui mimpi yang menyuruhnya pulang menjaga Makam Raden Mas.

Berbagai cabaran dan dugaan sudah ditempuhnya selama beliau menguruskan makam. Beliau mengaku apa yang beliau lakukan sekarang bukannya dirancang, disuruh, bukan dibayar gaji atau bukan untuk menjadi masyhur, “Saya tidak pernah rancang untuk menjadi penjaga makam. Dulu, kalau boleh saya nak jadi orang kaya. Tak mahu susah.”

Beliau juga yakin, segala usaha yang dilakukannya di makam ini adalah satu anugerah Allah, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat atau dipaksa. “Ini semua adalah anugerah. Kalau tidak, tak boleh. Paksalah diri jaga makam, tak boleh. Sesuatu itu semua dari anugerah Allah,” jelas Pak Daeng dengan rendah diri.

Kini, setelah 4 tahun menjaga Makam Raden Mas, Pak Daeng menyifatkan perubahan pada keadaan makam ini bagaikan satu mimpi. Tidak pernah beliau menyangka beliau akan mampu mencantikkan keadaan makam yang sangat daif satu masa dahulu. Mungkin dengan berkat keikhlasannya, Allah memberikan kemudahan.

Namun, Pak Daeng menyimpan satu hajat yang belum dicapainya. Beliau berhasrat agar dapat dilihatkan wajah Raden Mas atau Pangeran Agung samada di dalam mimpi atau secara jaga.

Samada hasratnya itu diizinkan Allah atau tidak, yang lebih penting, Pak Daeng wajar dihargai kerana jasa dan usahanya yang luhur untuk memperbaiki Makam Raden Mas yang sangat usang dahulu. Kini, barulah layak makam itu menjadi tempat persemadian seorang puteri raja.